Minta Maaf Bukan Kerana Tidak Salah Tapi Diri Sebahagian Penyebab Musibah Pada Orang Lain

Dah takdir, kata habibi. Ya, nampaknya habibi dah berdamai dengan takdir bila ditanya kenapa dia tak marah budak perempuan yang menyebabkan kami jatuh dari motosikal baru-baru ini. Bukan nak suruh marah tapi habibi tampak relax sedangkan budak perempuan yang menyebabkan kami jatuh tu boleh pulak kata salah habibi sebab bawa motor laju.



Kejadian 16 November tu menyebabkan kami berdua jatuh motor dalam jarak lebih kurang 5 meter dari lampu isyarat di Setiawangsa. Keadaan dengan kenderaan memperlahankan kenderaan sebab lampu isyarat dan mujur sewaktu kami jatuh tu kereta bersusun berhenti  sebab lampu isyarat merah.


Menurut habibi, budak perempuan tu berada di hadapan kami dan kemudian dia masuk ke sebelah kanan tapi kemudian dia masuk balik di lane kami tanpa berhenti untuk melihat motor yang sedang bergerak. 


Sepatutnya dia tunggu dia tunggu diantara kereta yang berhenti tu sebelum mencelah masuk ke lane kami sebab ada halangan di laluan yang dia ambil tadi tu. 


Paling geram dia boleh berhenti, pandang belakang (dia tak jatuh) dan cakap "abang laju"! dan terus masuk ke kanan untuk patah balik ke arah Wangsa Maju atau masuk DUKE. Dah tu tak mengakui kesalahan dan langsung tak reti nak minta maaf sebab dia kami jatuh!


Memang rasa terkejut, malu sebab jatuh motor dan memang menggigil sampai rasa nak cancel tak nak ke event tapi mujur motor tak teruk. Kalau teruk memang tak pergi la ke event pelancaran WonderMeat di Renaissance Hotel



Waktu kami masih berhenti di lampu isyarat tu, umi dah rasa tenang dan sempat ambil gambar dia. Bukan untuk tujuan viral tapi nak simpan untuk berhati-hati dengan budak ni kalau terserempak kat jalan raya.

Tiba-tiba dia boleh meluru ke arah kami dan cakap 'akak ambil gambar saya" berulang kali. Umi cakap ya la, dah la salah tak reti nak minta maaf pulak tu. Part dia pusing balik ke kami tu, mujur umi tak ambil gambar atau video sebab memang tiada niat nak viralkan sebab kalau kita boleh buat kat orang, takut nanti orang pulak buat kat kita.


Terus dia hulur tangan dan minta maaf! Umi pulak, sorry la nak sambut sebab umi rasa memang kurang ajar betul bila dia jadi penyebab kami jatuh, boleh pulak kata habibi bawa motor laju. Bila ditegur baru nak minta maaf. 


Sampai kat Renaissance Hotel, umi sempat check kerosakan dan rupanya lutut habibi luka masa jatuh tu dan hingga hari ini, habibi solat kena beralas tebal sewaktu sujud.



Alhamdulillah, tak serius luka di lutut habibi ni. Umi pulak ingat tak ada luka, rupanya lepas beberapa hari baru perasan ada lebam biru di tapak tangan (bahagian ibu jari dan lebam biru di lengan. Ingatkan tu saja tapi rupanya dua hari lepas umi perasan lebam biru agak besar di lutut kanan. 



Mujur aksesori ni boleh dibeli kat shopee tapi dah bukan original rasanya sebab fairing side winglet wind tu harganya kurang RM50 (lepas diskaun kat shopee) dan coverset tu hampir RM500 di Shopee. Memang tutup mata je la dulu sebab bulan ni nak servis kereta, servis motor dan insurance serta roadtax motor habibi ni.


Kesimpulannya, memang takdir dan malang tidak berbau. Walau kita bawa motor (umi ni pembonceng je) dengan cara berhemah tapi tetap kemalangan bila ada yang pentingkan diri sendiri dan tak berhenti untuk tengok ke kiri sebelum masuk ke laluan orang lain.

Post a Comment

2 Comments

  1. alhamdulillah tak de kecederaan serius... kami pun kena sekali.. masa kami lalu.. ada kereta dekat nak mencelah juga.. jatuh tapi fey sempat tahan.. patah pemijak kaki belakang belah kanan.. jari kaki i terkepak sikit masa di hentam tepi kami.. xde yg serius tapi lebam jugak seminggu.. terus fey taknak bawak i naik motor lagi.. hampeh betul

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!