Resepi Ikan Keli : Ikan Keli Masak Lemak Kencur Masakan Jawa Yang Ngences

Alkisahnya Kak Yang dah lama minta umi masakkan ikan keli masak lemak putih selepas kami balik dari Pengerang bulan Disember tahun lepas. Masa kat restoran hari tu dia ambil kuah tapi tidak ikan keli sebab nampak kembang dalam kuah tu. Tapi KY terus jatuh suka sampai dok canang nak suruh umi masakkan tapi  umi dan habibi bukan makan ikan keli pun. Agak fobia la.


Lauk Ikan Keli Masak Putih

Bila sajian makanan tu banyak, mata jadi rambang tapi seperti KY, umi suka kalau lauk tu panas-panas atau sedikit suam, baru rasa sedap dan menyelerakan. Memang tak boleh expect la diaorang akan panaskan sebab punya banyak juadah tu dan kami sampai pun dah agak lewat.


Umi memang tak pandang lauk ikan keli sebab tak gemar tapi lebih terliur dengan gulai lemak kulit lembu yang kenyal-kenyal sedap. Bukan senang nak dapat makan lauk kulit lembu ni kecuali kalau ke sebelah Selangor tapi sekarang ni Cik Meya pun dah tamat belajar. Mungkin kalau rajin boleh ke sana untuk bercuti dan cari makan sedap.


Resepi Ikan Keli Masak Lemak Kencur

Jadinya umi google punya google sebab dari kuah tu umi tau ada dimasukkan ubi cekur dan daun cekur. Bukan susah sangat pun bila dah tua ni lidah pun dah pandai kenal bahan dalam masakan walau bukan pakar. Try and error kata orang, asal bila masak orang lain tak sakit perut atau masuk hospital. Heee


Resipi Ikan Keli


Paling best ubi cekur dan daun cekur tu umi ambil dari pokok dalam pasu, jadi tak perlu beli di pasar dah.

Bahan-bahan:

6 ekor ikan keli

5 helai daun cekur, dihris (letak lebih lagi sedap)

2 keping asam gelugur

2 mangkuk santan segar

Garam


Bahan ditumbuk

10 tangkai cili api (kalau nak lagi pedas tambah lagi)

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci belacan

3 ketul ubi cekur sebesar ibu jari 

1 sudu lada hitam


Cara memasak:


1. Ikan keli dibersihkan, dicuci dengan asam jawa dan tepung supaya hilang lendir. Toskan dan digaul garam kunyit dan digoreng separuh masak atau disalai atas pan atau bakar 

2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.

3. Masukkan asam gelugur dan santan tambahkan dan sedikit air.

4. Perasakan dengan garam  secukupnya

5. Akhir sekali masukkan ikan  keli dan daun cekur. Masak seketika dan tutup api. Siap


Memang puashati la KY sebab craving dia terlaksana! 


InsyaAllah, mana tau kalau rajin nanti umi nak buat Daging Masak Lemak Kencur atau Ayam Masak Lemak Kencur


Kedai Kopi Jentayu Corner

Kami ke Pengerang bulan Disember 2022 atas pelawaan untuk raikan pesta bola. Selalunya kami sekeluarga ke Johor terus tuju ke Skudai atau Muar tapi pertama kali kami ke Pengerang yang tak kurang menarik tempatnya.


Pengerang

Ni antara view cantik yang umi suka sangat ketika melalui laluan ke Pengerang. Waktu pergi tu cuaca cerah dan gambar yang umi ambil ni sewaktu bergerak balik ke Kuala Lumpur. Gambar tidak berapa cantik sebab hujan sudah mulai turun.


Tapi bukan tu yang umi nak cerita, ni rentetan percutian ke Pengerang dan kami singgah makan di Kedai Kopi Jentayu Corner.


Kedai kopi Jentayu ni terletak di Sri Gading di laluan untuk kembali ke Kuala Lumpur, jadi kami singgah makan tengahari di sini. Kedainya nampak biasa-biasa macam restoran lain tapi luas dengan juadah makanan yang banyak. 


Nampak tak kulit lembu yang dibersihkan tu dan dimasak gulai cili api, memang sedap sangat.


Kami sampai pun bukan awal jadi banyak lauk yang dah kurang, jadinya kami cari sajian yang rasanya boleh diterima perut. Kekadang tu perut ni cerewet jugak kan.







Selesai makan, ramai pula kawan-kawan ke kedai sebelah, jadi umi yang nak ke bas terus patah balik masuk kedai jajan. 

Ya ampun! memang rambang mata dengan pelbagai jenis keropok bawang, pelbagai jenis antaranya rempeyek kacang hijau, rempeyek kacang dal, cookies dan umi beli rempeyek kacang kuda. Memang terbaik.


Lokasi : Kedai Kopi Jentayu Corner - Sri Gading, 86400 Sri Gading, Johor

Post a Comment

2 Comments

  1. Emergency plumbing situation at my place! If anyone knows a good plumber nearby, please share their contact details.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!