Richiamo Cafe : Kedai Kopi Premium Jenama Malaysia Harga Berpatutan

Richiamo Coffee, suatu jenama Malaysia yang cukup sinonim dengan kopi premium dan pelbagai variasi dengan harga berpatutan setanding jenama kopi terkenal. Kafe Richiamo Coffee bukan asing bagi umi sebab kafe ni memang jadi tempat berjumpa kawan-kawan dan kami sekeluarga antaranya di cawangan Wangsa Maju dan Puncak Alam.



Baru-baru ini umi dan KC Iman singgah ke Richiamo Coffee yang terletak di Gurney Mall sebab craving nak minum kopi. Gurney Mall ini terletak di sebelah UTMKL.


Kafe yang terletak berdekatan pintu masuk Gurney Mall ni menyediakan ruangan makan berhawa dinging di bahagian dalam dan ruang makan di luar. Kafe dengan pilihan warna hitam serta putih ini nampak santai serta punya kelas tersendiri. 



Umi pilih Hazelnut Cappucino panas (RM9.00) dan KC Iman pula pilih Double Chocolate Chip Ice Blended (RM10.50). Berbeza sungguh harga dengan kedai kopi lain dan rasanya pun memang sedap ikut selera kami berdua.

Selain tu kami ambil Chilled Nangka Cheese Cake yang tak muak dan wangi bau nangka. Rasanya tak terlampau manis dan bau nangka pun tak overpowering. Selain tu kami ambil Salted Egg yolk croissant yang memang puashati selepas disyorkan oleh staff kat situ sebab katanya itu adalah antara selling hot item.

Waktu tengok menu tadi dah rambang mata tengok set nasi dan pasta yang cukup menyelerakan.


Nasi Daging Masak Hitam. Perut dah lapar, tapi sebab dah lama tak makan daging masak hitam, jadi itulah pilihan umi. Memang umi approved dan recommended sangat. Rasa dagingnya lembut, masakan tu rasa complete dan sambal belacan tu pun sedap dan ikan masin bulu ayam tu melengkapkan rasa.



Spaghetti Salted Egg Prawn. Memang sedap betul pilihan KC Iman ni. Sedap dengan kuah telur asin yang serata dan tidak terlampau masin. Memang secukup rasalah pada selera umi.





Banyak pilihan pastri, nak manis atau yang savori pun ada. Kalau nak murtabak raja pun ada. Harganya pun cukup berpatutan



Menu 

Okay, umi kongsikan menu di Richiamo Coffee ni kot kalau anda ke sini, boleh la tahu apa nak order walau bila sampai nanti terus tertukar selera.


Terdapat pelbagai sajian masakan kampung seperti set nasi itik salai, set nasi ikan patin tempoyak, set nasi siput sedut, set nasi daging asam pedas dan pelbagai lagi yang pasti jadi kesukaan para ibu bapa sementara untuk anak, anda boleh pesan pasta yang ditawarkan dengan pelbagai pilihan.


Kalau ke sini waktu petang, anda boleh cuba keropok lekor atau murtabak raja tapi kalau lapar, anda pilih pasti atau set nasi.

Di Richiamo Coffee ni anda tak perlu risau sebab semua sajian yang disedikan adalah  halal dari segi bahan-bahannya dan juga cara penyediaan adalah mengikut syariat Islam.



Kafe Richiamo Coffee Gurney Mall dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam. 


Jadi kalau anda tak tahu nak ngopi atau ngeteh dengan kawan-kawan atau keluarga, singgah je ke Kafe Richiamo Coffee. Ada lebih 100 outlet di seluruh negara.

Post a Comment

1 Comments

  1. Alexandra Dhow Cruise is a testament to how tradition and luxury can harmoniously coexist.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!