Chicken Run : Dawn of the Nuggets Hiburan Seisi Keluarga Mesti Tonton

Kata anak-anak eh umi pun tonton cerita kartun?! Barangkali mereka ni lupa yang 20 tahun lalu, diaorang sama-sama tonton Chicken Run dengan umi. Memang enjoy cerita Chicken Run ni dengan watak Rocky (ayam jantan), ayam artis meriam Amerika dan Ginger (ayam betina), ketua ayam di ladang di England. Memang recommended buat seisi keluarga tonton movie ini.


Tonton movie di Netflix

Chicken Run : Dawn of the Nuggets

Kalau Chicken Run dulu, ayam-ayam perlu bertelur tapi kali ni ayam-ayam dijadikan nuget dan untuk menghasilkan nuget yang sedap, ayam-ayam perlu gembira. Bagaimana nak bagi ayam gembira. tu kena tonton di Netflix.

 Filem komedi 'stop-motion' itu tersedia di perkhidmatan penstriman pada 15 Disember 2023, lebih dua dekad sejak tayangan ansuram pertamanya


Sinopsis Chicken Run : Dawn of the Nuggets

Sekuel Chicken Run akan mengisahkan sekumpulan ayam yang melarikan diri dari ladang Tweedy dalam filem sebelumnya di mana Ginger akhirnya menemui impiannya – pulau yang damai untuk seluruh kawanan, jauh dari bahaya dunia manusia. Ketika dia dan Rocky menetas gadis kecil bernama Molly, kisah bahagian Ginger nampaknya hampir lengkap. Sementara di daratan, keseluruhan jenis ayam menghadapi ancaman baru dan mengerikan. Bagi Ginger dan pasukannya, walaupun ia memberi risiko pada kebebasan mereka sendiri – kali ini, mereka memecah masuk untuk menyelamatkan kawanannya.



Rocky dan Ginger telah berkahwin dan tinggal di tempat perlindungan burung yang indah bersama ayam-ayam lain dan anak perempuan mereka Molly. Bagaimanapun, Molly ni teruja nak melihat dunia di luar sempadan kawasan mereka. 



Ginger sangat berhati-hati  selepas ternampak satu kawasan hutan di seberang dimusnahkan dan  sekumpulan ayam lain dibawa keluar dari sebuah van yang mengiklankan Fun-Land Farms. Tapi Molly sebaliknya, menerbangkan reban dan cuba menyertai ayam yang diangkut pada apa yang dia syak akan menjadi pengembaraan baharu yang menyeronokkan di mana mereka dapat menunggang dalam baldi.


Tapi mereka menjadi pelik bila ayam-ayam jadi seakan zombi, dipakaikan gelang bernombor di leher hingga membuatkan Ginger mengintip untuk mengetahui apa sebenarnya hingga dia ternampak Mrs Tweedy.

Ayam-ayam di sini seakan dipukau dan sentiasa gembira (dalam kawalan Mrs Tweedy) kerana ayam yang akan dijadikan nuget harus gembira supaya  rasanya jauh lebih baik daripada ayam yang takut




Bila dah terdengar apa misi Mrs Tweedy dan Dr Fry, maka bermulalah episod menyelamatkan Molly oleh Ginger, Roger, Mac, Bunty, Babs, Fowler serta Nick dan Fetcher, tikus licik hingga Ginger pun habis dihipnotis (dipukau).


Ni antara part kelakar dalam usaha Rocky untuk keluar dari Fun Farm Land


Antara usaha Rocky dan rakan-rakan untuk membebaskan diri dari kurungan. Memang tak berjaya sebab kawasan tu dijaga oleh robot.


Ginger hampir terbunuh tapi berjaya diselamatkan oleh Rocky dan Molly yang berjaya membuka rantai leher yang dipasang pada Ginger.

Dalam mencara jalan keluar, mereka terperangkapa dalam silo berisi biji jagung tapi mujur Ginger punya banyak akal.diakui oleh Rocky. 



Terperangkap dalam silo berisi jagung makanan ayam tapi kemudian mendapat idea untuk menjadikan jagung sebagai bertih jagung hingga menghambur mereka keluar dari silo





Usaha para hero supaya ayam-ayam tidak memasuki dan menaiki tangga ke grinder yang akan menjadikan ayam-ayam tersebut nuget.



Mrs Tweedy disaluti breadcrumbs dan menjadi human nuget tapi masih tidak berputus asa 


Nick dan Fetcher, kedua-duanya tikus licik yang turut membantu dalam misi menyelamatkan ayam-ayam bersama Ginger dan Rocky.


Musnah akhirnya Fun Land Farms


Happy ending!

Dawn of the Nugget, siri set aksi terbaik apabila ia menikmati komedi visual dan kejuruteraan daffy yang menjadikan filem-filem ini begitu popular, daripada boneka pemadam api yang meluncur laju di jalan-jalan desa yang berliku-liku, kepada pengawal keselamatan yang digari hingga ke mercun, kepada silo jagung yang sangat besar yang bertukar menjadi mesin popcorn gergasi melalui memanfaatkan matahari. 


Artis (suara)

Thandiwe Newton (Ginger) | Zachary Levi (Rocky) | Bella Ramsey (Molly) | Imelda Staunton (Bunty) | Lynn Ferguson (Mac) | David Bradley (Fowler) | Jane Horrocks Jane Horrocks (Babs) Romesh Ranganathan (Nick, si tikus) Daniel Mays (Fetcher, si tikus) | Josie Sedgwick-Davies (Frizzle) | Peter Serafinowicz (Reginald Smith) | Nick Mohammed (Dr. Fry) | Miranda Richardson (Mrs. Tweedy)



Pengarah & Krew

Sam Fell (Flushed Away, ParaNorman) akan mengarah sekuel akan datang dari lakon layar yang ditulis Karey Kirkpatrick, John O’Farrell, dan Rachel Tunnard.


Trivia

  • Suara Ginger bukan lagi milik Julia Sawalha kerana dikatakan sudah bersuara tua sementara kontroversi lalu menyingkirkan Mel Gibson (Rocky)
  • Timothy Spall (Nick), Phil Daniels (Fetcher) turut diujibakat begitu juga Benjamin Whitrow (Fowler), yang meninggal pada 2017.
  • Masih mengekalkan Jane Horrocks, Imelda Staunton, Lynn Ferguson, dan Miranda Richardson sebagai Babs, Bunty, Mac, dan Mrs. Tweedy.

Info - https://www.imdb.com/title/tt8337264/fullcredits


Chicken Run Pertama

Filem pertama Chicken Run dibintangi Gibson sebagai Rocky dan Julia Sawalha sebagai Ginger, yang memimpin sekumpulan ayam yang usaha melarikan diri dari cengkaman Puan Tweedy sebelum dia mengubah ladangnya menjadi kilang pai ayam. Chicken Run menjadi filem animasi stop-selling terlaris sepanjang masa ketika tayangan perdana pada tahun 2000, memperoleh hampir $ 225 juta di box office seluruh dunia, dan menerima pencalonan Golden Globe untuk Best Motion Picture – Comedy atau Musical pada tahun 2001.

Post a Comment

0 Comments