Nak Sihat? Jangan Malas dan Cari Masa Untuk Kesihatan Diri

Akhirnya dapat juga umi tukar rutin hujung minggu dengan senaman ringan dan briskwalk. Dah tua-tua ni kena la usaha untuk kesihatan badan sebab nak sihat dan bila sihat, hilang rasa beban dan juga dapat tenangkan fikiran. Nak sihat? jangan malsa dan cari masa untuk kesihatan diri sendiri bukan orang lain!



Nak sihat


Nak Sihat?

Dah jadi lumrah kita walau siapa pun diri kita ni, memang selalu sebut nak sihat tapi selalu culas untuk cari cara untuk sihatkan badan. Memang bab nak keluar rumah, buat sedikit senaman, lari-lari anak atau briskwalk pun malas. 


Sama juga bila bab makan ni, selalu fikir makan pun dah tak banyak tapi kenapa badan macam dipam-pam. Mana taknya, kita tak pernah cuba kurangkan gula, kabohidrat dalam apa yang kita makan dan terpaling penting cukup malas nak buat excercise kan. 


Ya! itulah umi dan kita ni kena ambil kesedaran sendiri dan pucuk pangkalnya bermula dengan diri kita kalau nak berubah. Jom kita berubah!


Hari Sabtu

Seperti hari-hari biasa, sama seperti hujung minggu, selepas solat subuh, memang umi terus ke dapur untuk siapkan sarapan pagi dan makan pagi dengan habibi tapi minggu ni memang umi terus nekad ubah. Umi tak masuk dapur sebab ingat lepas briskwall nak masuk dapur untuk goreng nasi.


Hari agak cerah, umi terus briskwall, sambil lari-lari anak. Memang segar dan sesegarnya dapat menghirup udara segar dan waktu 


Waktu melalui laluan yang biasa umi lalu ni, umi terhidu bau haruman seperti bunga kenanga tapi jenuh toleh kiri kanan tak jumpa dan memang umi tahu memang tak ada pokok kenanga tapi fikir mungkin ada pokok kenanga di celah pokok di hutan kecil.


Memang tak puashati tapi umi tak boleh lama sebab nak briskwalk dan tak nak overdo.


Stepper Untuk Kesihatan

Sampai kat rumah, umi terus guna stepper (link) nak bagi keluarkan peluh. Memang berbaloi ada stepper ni, nak simpan pun tak susah dan boleh adjust bagi mudah bila digunakan atau kalau nak bagi kita extra effort supaya betis dan kaki buat kerja lebih pun boleh. 



Ni gara-gara teracun dekat youtube bukan kat shopee atau tiktok!


Masuk ke rumah, ehh ada nasi lemak yang DH beli, so memang tak berasap lagi dapur sebab tengahari nak ke walimatulurus anak kawan sekolah.


Selain membuat senaman ringkas, jaga pemakanan, boleh juga amalkan pengambilan minuman kesihatan yang mengurangkan penyerapan kanji.


Majlis Walimatulurus Anak Kawan Sekolah

Kami pergi bertiga sebab Kak Yang dah booking servis kereta, Cik Cha pulak ada graduasi sekolah di Hotel Olimpik, Cik Meya malas nak join sementara Ayong nak rehat dan Angah pula kerja.


Bila hadiri majlis perkahwinan, memang tak sah kalau tak bergambar dengan mak pengantin an


Meriah sungguh kenduri kahwin ni bila dapat berjumpa kawan-kawan sekolah tapi biasanya umi memang malas nak tunggu lama sebab majlis walimatulurus bukan majlis reunion. Kesian kalau kita lepak duduk lama dan tetamu lain yang datang menanti kerusi kosong untuk duduk.




Waktu nak balik tu CikCha pulak call mintak dijemput di lokasi. Maka berjenuhlah kami ke tengah bandar untuk menjemput. Dari Hotel Olimpik, turunkan habibi ke pejabat sebab dia kena bertugas.


Sebelum balik tu sempat singgah ke Pasaraya Hero untuk cari kangkung, tauge dan fish ball  yang akan  dimasukkan dalam bihun untuk makan malam. Mana tau kot habibi balik awal dan lapar, tak perlu nak singgah kedai atau tidur dengan perut lapar. Perut orang Melayu memang gitu kan. 


Hari Ahad

Ikutkan rasa malas nak briskwalk sebab penat menjemput DH jam 12 tengahmalam tapi fikir, memang kena juga untuk kesihatan diri.


Memandangkan bihun masih ada lagi, jadi selepas solat subuh, tunggu hari cerah sikit dan misi untuk sihat pun berjalan seperti yang diinginkan.


Ada muka-muka mereka yang umi jumpa semalam dan muka-muka baru (atau diaorang pun cakap ehh umi ni muka baru juga) dan paling sweet umi jumpa dan bertegur sapa dengan pasangan uncle dan isterinya yang berusia 60'an yang briskwall bersama. Manis!


Bunga Beautyleaf

Eh! masih bau lagi haruman bunga dan memang umi nekad untuk cari. Dalam dok menghidu bau wangi tu ada juga bau seperti spray ubat nyamuk jenama terkenal tapi tak mungkin semburan tu menjangkau jauh .



Kemudian umi tengok ada pokok dengan bunga-bunga yang bertaburan di jalan raya, umi kutip dan hidu. 


Ya, memang haruman dari bunga ni tapi bau seperti spray ubat nyamuk pun dari bunga ni yang dah layu dan membusuk,



Jenuh juga google bunga apa, dari pokok apa tapi hampa. Tapi bila guna ip12promax ni kita boleh tau apakah gambar yang diambil contohnya ada ikon seakan daun yang kita boleh klik dan tahu pokok apa. Tapi bukan mudah juga berdasarkan gambar tu mungkin pokok lain tapi umi cuba dan cuba untuk teliti kesamaan dan akhirnya berjaya kenal pasti apakah jenis pokok tu.


Tak pasti kalau pokok tu di tanam kerana tak pernah nampak pokok yang sama di sekitar laluan pejalan kaki atau ianya tumbuh sendiri. Setahu umi, pokok yang banyak ditanam oleh pihak bandaran ialah pokok semarak api dan tacoma.


Apa pun, bila dah kenal pasti pokok tu hati jadi tenang dan relax.


Cukuplah umi ambil masa antara 30 minit ke 1 jam menghirup udara dan keluarkan peluh. Bila sampai kat rumah sambung guna stepper balik, rehat, mandi dan buat sarapan ringkas dan rehat. 


Berjaya!


Nota buat diri

Ya, semoga minggu depan tiada halangan untuk umi buat perkara yang sama walaupun Sabtu ni adalah minggu ke pasar. Risau pun ada sebab kekangan masa tapi bak kata orang, nak seribu daya dan tak nak seribu dalih.


Tiada siapa pun dapat mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri. 


Post a Comment

5 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!