Adakah Anda Seorang Introvert, Atau Extrovert, Mungkin Ambivert? Jom Kenali Diri Anda

Ramai beranggapan negatif mereka yang pendiam, tidak gemar bergaul dengan orang lain adalah individu yang sombong, misteri anti sosial, dan tidak mesra dengan orang lain tapi ini adalah antara sifat seorang introvert, salah satu keperibadian yang dimiliki dan sifat lawan kepada extrovert.




Apakah Anda Individu Yang Introvert?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Introvert boleh didefinasikan sebagai orang yang bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pada dirinya sendiri, tidak suka bergaul dalam masyarakat atau dunia luar. Introvert merupakan sikap atau karakter seseorang yang memiliki orientasi subjektif secara mental dalam menjalani kehidupannya.



Keperibadian introvert cenderung menyukai situasi yang tenang, suka menyendiri, biasa terkesan dengan apa yang mereka lakukan. Mereka memiliki kecenderungan untuk menjauhi interaksi kelompok baru.


Individu dengan personaliti introvert sangat senang untuk melakukan aktiviti secara berpasangan dan antara kegiatan yang memenuhi minat mereka adalah seperti menulis, membaca, analisis komputer, menonton filem dan memancing.


Kebanyakan seniman, komposer lagu, penulis novel atau pereka bentuk memiliki keperibadian introvert. Mereka lebih suka menikmati waktu yang dihabiskan sendirian kerana keadaan sebegitu lebih membuatkan mereka selesa.


Selain itu, introvert juga memiliki kemampuan yang sangat baik dalam melakukan analisis hal-hal yang rumit. Mereka lebih mudah memberi tumpuan dan menemukan punca masalah.


 

Sifat Seorang  Introvert


Introvert sangat menikmati “me time”

Individu sebegini sangat menikmati masa bersendirian dengan baik. Bila yang extrovert bosan bila bersendirian di rumah, anda pula rasa tenang dan happy. Pada masa ini, introvert biasanya akan menghabiskan masa berfikir dan termenung jauh, kadang-kala berfikir secara mendalam, ada masanya bermonolog seorang diri.


Bukan anti sosial tetapi sangat selektif

Individu sebegini bukanlah anti sosial seperti yang dikatakan masyarakat, tetapi mereka lebih cenderung dan berhati-hati dalam berkawan dengan seseorang. Anda ingin mengenali watak seseorang sebelum berkawan rapat dengannya.


Introvert merasakan keramaian itu merimaskan

Tidak kerana anda takut kepada orang ramai tetapi tidak selesa bila bersama dengan orang yang tidak dikenali. Anda tidak sabar untuk pulang semata-mata mengelakkan diri daripada bergaul dengan kelompok manusia yang bercakap tentang perkara yang tidak penting, apatah lagi anda langsung tidak tahu-menahu.


Lebih selesa “hang out” dengan orang yang dikenali

Anda jarang pergi ke acara yang ramai orang. Sekali-sekala, anda akan pergi ke acara sebegitu tetapi itu sangat jarang berlaku. Anda lebih selesa bersama dengan orang yang dikenali, rasa lebih selamat dan senang.


Introvert adalah pendengar yang baik


Individu sebegini adalah pendengar yang sangat baik. Dia mendengar, memerhati dan memahami. Tetapi dia tidak mudah untuk memberikan jawapan atau respon. Dia hanya akan bertindak balas jika seseorang meminta maklum balasnya.


Berfikir sebelum berbicara

Introvert adalah golongan yang sangat berhati-hati dalam bercakap. Selalunya mereka akan berfikir dan mengelak menyampaikan sesuatu yang sia-sia. Setiap kali berhujah, mereka akan berfikir sedalamnya agar apa yang disampaikan itu berkualiti dan berguna, langsung tidak merepek.


Seorang penulis

Introvert lebih suka untuk berkomunikasi melalui penulisan dan bukannya secara lisan. Kebanyakan introvert, seperti pengarang J.K. Rowling mengatakan bahawa dia berasa paling kreatif apabila mempunyai masa untuk bersendirian dengan pemikirannya.


Nada dering telefon adalah musuh

Mereka bukan orang yang selesa untuk bersembang melalui telefon. Sering merasakan bahawa telefon bimbit itu mengganggu tumpuannya terhadap sesuatu. Hanya kepada orang tertentu boleh berbual baik melalui telefon.


Lambat dalam membalas pesanan seseorang

Apabila anda tahu bahawa seseorang menhantar mesej kepada anda, anda tidak akan membalas serta-merta. Walaupun ia mungkin adalah mesej dari keluarga. Anda memilih untuk membalas mesej dalam keadaan yang bersedia, jadi anda akan membalas mesej dengan bahasa yang baik.


Suka mengamati keadaan sekitar


Mungkin sudah sifat anda yang gemar menyendiri, jadi anda suka mengamati dan memerhati persekitaran dengan terperinci. Anda cuba menyelam dan mengetahui apa yang berlaku dengan keadaan di sekeliling. Anda sering cuba mencari jawapan tentang apa sahaja di sekeliling anda.


Tidak sukakan perhatian

Mereka leih suka menyendiri dan tidak berapa gemar bergaul 


Ciri-Ciri  Seorang Introvert

  • Pendiam dan suka menyendiri
  • Tidak menyukai perbualan kosong
  • Alergi bunyi telefon
  • Tidak gemar membalas mesej
  • Berasa rimas ketika berada di majlis-majlis
  • Sukar bergaul
  • Selesa dikelilingi kawan rapat atau jumlah sedikit orang sahaja
  • Suka memerhati keadaan sekeliling dengan cermat
  • Jarang bercerita, lebih suka mendengar orang yang bercerita
  • Lebih suka memerhatikan dalam interaksi
  • Gemar menulis
  • Suka berfikir dan berimaginasi
  • Pemalu
  • Lebih suka bekerja sendiri
  • Lebih suka berinteraksi secara langsung dengan 1 orang (interaksi 1 pada 1)
  • Pandai membaca karakter orang
  • Berfikir sebelum berbicara
  • Lebih mudah untuk meluahkan perasaan secara bertulis
  • Senang dengan aktiviti yang tenang (membaca, bermain komputer, memancing, bersantai dll)

 

Sifat Seorang Extrovert?

Seorang extrovert adalah berlawanan dengan introvert kerana mereka yang extrovert lebih menyukai lingkungan yang interaktif. Mereka bukan sahaja bersemangat tetapi juga cukup berskil dalam pergaulan dan suka mencuba perkara baharu.


Ini kerana seorang extrovert secara luaran mempunyai personaliti yang kuat dan menyenangkan selain pandai membawa diri ketika berhadapan dengan khalayak. Bagi mereka, aktiviti sosial, berinteraksi dengan orang lain, berkongsi informasi dengan orang ramai dan membuat kawan baharu adalah sesuatu yang menyeronokkan.


Golongan ini mudah merasakan bosan sekiranya bersendirian. Ciri khas extrovert, suka mendominasi perbualan, menjadi perancang majlis dan mengetuai sesuatu kumpulan.


Seorang extrovert cenderung menjadi lebih bersemangat untuk melakukan banyak hal jika mereka berada di lingkungan yang interaktif. Seorang extrovert biasanya adalah seorang ice breaker atau pencair suasana.


Mereka yang extrovert biasanya mudah menyesuaikan diri dan bekerja sama dengan baik dalam sebuah komuniti atau organisasi sosial.


Seorang extrovert akan terlihat lebih energik dan memiliki karakteristik yang lebih terbuka. Seorang Extrovert juga memiliki kelebihan dalam berinteraksi yang terkesan cenderung impulsif atau mudah mesra.


Oleh kerana itu, orang-orang extrovert menyukai aktiviti spontan dan lebih mudah melakukan interaksi dengan dunia luar.


Ciri-Ciri Seorang Extrovert

  • Selalu berkeyakinan dan semangat (kadangkala boleh berlebihan)
  • Aktif
  • Pandai berinteraksi dan bersosial
  • Pandai membawa diri dan disenangi dalam pergaulan
  • Cenderung spontan dalam bertindak atau berbicara
  • Lebih suka berinteraksi dengan banyak orang sekaligus
  • Pandai menghangatkan suasana yang bosan
  • Suka dikenali dan menjadi perhatian ramai
  • Senang jadi pembicara daripada pendengar
  • Lebih suka mengambil bahagian dalam interaksi
  • Lebih mudah untuk meluahkan perasaan dengan kata-kata
  • Extrovert tahu akan kelebihan dan kemampuannya
  • Energetik dan adakalanya tegas
  • Suka bekerja dengan orang ramai/kumpulan
  • Bercakap / Lakukan dahulu kemudian fikirkan

 


Sifat Seorang Ambivert?

Ambivert, adalah ciri keperibadian kombinasi antara introvert dan extrovert. Umumnya seorang ambivert lebih cenderung mendominasi daripada kelemahan introvert dan extrovert. Namun seiring bertambahnya usia dan semakin luas pengalamannya seorang ambivert mampu mengendalikan potensi dan kelebihan yang ada pada diri mereka.


Ini adalah sesuatu hal yang biasa sebenarnya kepada sesiapa pun. Pengalaman itu adalah sebuah proses yang mematangkan.


Ambivert mempunyai kualiti si ekstrovert. Tapi juga memiliki ciri-ciri introvert. Kadang-kadang dia menjadi si ekstrovert yang senang sosialisasi dan pada ketika lain pula menjadi si introvert yang suka dengan privasi.


Ciri-Ciri  Seorang Ambivert

  • Suka berada di khalayak ramai
  • Resah bila terlalu lama menyendirii
  • Keperibadian berubah bergantung lawan bicara
  • Ada masanya suka perbualan yang mendalam dan spesifik
  • Tidak selalunya pendiam
  • Selalu memikirkan soal kerja.
  • Pandai menyesuaikan diri
  • Boleh melaksanakan sesuatu tugasan secara kelompok mahupun individu
  • Ambivert adalah seorang yang berpotensi sebagai pemimpin.
  • Tinggi sifat belas kasihan


Sudahkah anda mengenali diri anda? Adakah anda seorang Introvert, extrovert atau ambivert?

Post a Comment

0 Comments