Bantut Ikan Haruan atau dipanggil ruan bantut adalah sejenis cara masakan ikan haruan yang cukup sinonim bagi orang Utara. Masakan ikan yang menggunakan kelapa yang ditumbuk dengan cili bersama bahan-bahan lain dan kemudian dibakar.
Manfaat Ikan Haruan
Ikan haruan adalah sejenis ikan air tawar dan dipercayai dapat memberi banyak bermanfaat termasuklah mempercepatkan penyembuhan luka dan sering dicari bagi mempercepatkan luka akibat pembedahan sewaktu bersalin secara caesarean.
Resepi Bantut Ikan Haruan
Rezeki kami balik kampung bila abang ipar dapat tangkap banyak ikan haruan dan seronok tengok ikan segar dan masih hidup. Memang besar ikan haruan ni dan ada ikan puyu juga.
Kalau bab menyiang ni memang umi surrender la sebab tengok ikan haruan yang macam ular ni agak mengerikan tapi orang kampung dok kata isinya sedap.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan Haruan
garam kasar
Pemangang ikan
dawai
Bahan ditumbuk
5 tangkai cili kering (nak letak lebih atau letak cili api kalau nak pedas)
1 sudu jintan putih
sedikit asam jawa
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 inci belacan
Garam
Gula
serbuk perasa
Cara Menyiang Ikan Haruan
Ikan haruan ni masih hidup lagi liat nyawanya. Jadi kakak ipar, ketuk beberapa kali kepala ikan haruan ni supaya ianya tidak terlalu agresif. Kemudian di siang, dibuang sisik (pun masih bergerak-gerak), dibelah bahagian belakang, kemudian dibersihkan dengan asam jawa atau limau kasturi atau daun serai bagi membuang lendir dan hanyir ikan.
Cara Penyediaan
Ikan yang telah dicuci, ditoskan, kemudian dilumur dengan garam kasar dan kemudian bahagian dalam ikan dilumur dengan bahan yang ditumbuk sehingga menyeluruh.
Sesi meletakkan bahan yang ditumbuk ke seluruh ikan dengan sudu sebab isi ikan ni tebal dan umi pulak rasa ngeri. Maaf la ya.
4 Comments
Suka ikan puyu berbanding ikan haruan
ReplyDeletesedap tu kak:)
ReplyDeletesaya kalau mak mertua suruh masak ikan haruan ni memang surrender la, tak pandai menyiang. teringin pula nak makan style kakak ipar akak buat ni. nampak sedap
ReplyDeleteThanks for your sharing
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!