Kudapan Petang Dengan Kacang Poi Rebus, Hasil Belian Nat Sungai Korok

Pagi hari kami keluar dari rumah abang ipar menuju ke Nat Sg Korok, ingatkan nak sarapan pagi macam kat Nat Pokok Getah, tapi rupanya pasar pagi di sini tak besar dan hanya pasar pagi biasa. Kalau di Nat Pokok Getah jualan bermacam-macam selain ada gerai makanan antaranya bihun sup utara yang cukup digemari pengunjung.


Nat Sg Korok


Nat Pekan Sg Korok

Kalau balik Kedah, healing di kampung memang tak lengkap kalau tak singgah Nat yang selalunya diadakan pada setiap hari tapi dikawasan yang berlainan. Nat kat sini diadakan pada hari Jumaat dan hanya biasa-biasa saja tapi seronoknya hampir kesemua jualan makanan laut tu segar dan agak murah beranding di KL. Memang tak oleh nak banding tanpa mengira pelbagai kos.


Rasanya ada lebih kurang 30 minit atau kurang, kami berjalan melalui deretan gerai tapi tak ada yang menarik kecuali buah bidara, putu perak walau seronok tengok harga ikan, udang dan makanan laut yang lain segar dan murah.




Dalam pada tengah berjalan tu rakan sekerja habibi call mintak belikan kacang poi dalam 8 kilo, dan katanya memang dia suka makan kacang poi ni.


Kalau gerai di bahagian dalam pasar pagi ni, ditanda harga kacang poi RM12 sekilo tapi kat bahagian luar tu RM10/sekilo. Banyak bezanya kan, jadi kami belikan kat bahagian luar je


Masa kat Nat Pokok Getah dulu memang ada nampak kacang poi ni tapi tak pernah terfikir nak beli tapi dah alang-alang belikan untuk si kawan, kami pun belilah sekilo untuk merasa betulke sedap?


Kacang Poi / Kacang Pool

Tidak dapat dipastikan apa panggil untuk kacang ni di tempat atau negeri lain tapi di Kedah, kacang ni dipanggil kacang poi. Rupa kacang berkulit keras ni bulat-bulat dan tidak terlalu besar. Agaknya agaimana rupa pokoknya tapi rasanya macam kacang tanah yang kacangnya erada dalam tanah sea kulit kacang ini diselaputi tanah dan selut.




Isi dalam kacang ni ada selaput berwarna maroon (merah) dan ada juga yang selaput warna putih, kedua-duanya punya isi dalam yang putih. sekali tengok seakan bentuk dalam kacang panjang


Ubi Kemili aka Ubi Keling

Ubi Keling a.k.a Ubi Kemili sama seperti kacang poi, yang mengeluarkan hasil setahun sekali dan lazimnya dituai pada hujung tahun. 


Selain kacang poi, kacang tanah mentah juga ada dijual, tapi idoklah nak memelinya seaa kurang kerajinan untuk mereus. Teringat dulu Allahyarham aah ada menanam kacang tanah dia atas atasan semasa kami menginap di Kg Pasir Wardieurn dulu.


Cara Merebus Kacang Poi

Kacang poi harus direndam untuk membuang selut dan pasir yang melekat dan dibasuh beberapa kali hingga nampak kulitnya.




2. Masukkan kacang poi didalam periuk/kuali yang berisi air dan direbus hingga mendidih. Buangkan air rebusan dan rebus lagi hingga bila dikacau dengan senduk tiada lagi bunyi pasir. Umi buang air rebusan sebanyak 3 kali hingga tiada lagi bunyi pasir sewaktu mengalihkan kacang.


3. Kacang poi ini agak lama untuk direbusan dan kalau dah lembut, kulitnya akan merekah dan mudah untuk dikeluarkan isi kacang yang berwarna maroon. Pada rebusan ketiga tu, bolehlah di taburkan garam secukupnya. Toskan dan sedia untuk dimakan bila dah sejuk.


Rasa Isi Kacang Poi

Sebenarnya susah nak cakap macam mana rasa isinya, tapi umi oleh katakan isinya seakan kita makan kacang kuda rebus. Memang sedap dan ralit memakanya walau harus dipicit untuk keluarkan isinya. Tapi kalau direbus dengan sempurna, tak susah pun untuk dipicit dan makan.

Post a Comment

7 Comments

  1. bestnya pasar situ macam2 ada. tak pernah lagi makan kacang poi.

    ReplyDelete
  2. Adik saya kalau balik dari Kedah, kampung suaminya mesti bawa kacang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan kacang poi ni...ni pun dah rindu nak makan lagi..hehe

      Delete
  3. Tahu pasal Nat tu adalah pasar pagi dari blog Ujie Othman.
    Tak pastilah dah pernah makan ke belum kacang poi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nat ni mmg sinonim dengan orang Kedah dan kacang poi tu sedap

      Delete
  4. banyak jugak tu member kirim sampai 8 kilo. rasanya pernah makan kacang pool yang dah dimasak di JB.

    ReplyDelete
  5. Sedap juga sesekali layan kacang poi ni. PH lagi suka ubi keling dan sempat beli masa balik kampung bulan lepas. Alhamdulillah rezeki merasa setahun sekali :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!