Margasatwa Membuka Tirai 2024 Dengan Single Terbaru Kasa Rubia Menggali Kekuatan Rohani

Margasatwa membuka 2024 dengan single terbaru Kasa Rubia yang ternyata menguatkan lagi signatur bunyian dan muzik Margasatwa yang tersendiri.



Kasa Rubia merupakan single pertama daripada album kedua Margasatwa yang bertajuk Seribudaya.



Mengandungi 11 lagu dijangka akan rilis pada pertengahan 2024.


Asalnya lagu ini disiapkan bersama Allahyarham Tony Alberto / Tony Spider selaku penerbit asal album.


Namun Allah lebih menyayangi beliau. Margasatwa mengambil masa yang agak lama untuk mencari pengganti beliau.



“Sepanjang perjalanan menghasilkan lagu ini ada antara kami yang telah kematian orang yang tersayang.


Maka seluruh jiwa dan raga serta air mata kami telah disertakan dalam lagu ini untuk dijiwai semua peminat kami dan seluruh dunia.


“Muzik Pop Klasik dan sentuhan Rock digabungkan menjadi karya ini begitu unik dan dinamik dilengkapi susunan muzik yang dihasilkan oleh Margasatwa dan Loque selaku penerbit bersama.


Apabila ditanya mengenai maksud lagu ini, Kimal berkata dia lebih suka jika para pendengar dapat menafsirkannya mengikut kefahaman masing-masing kerana ia akan lebih bermakna.



Namun menurutnya jika ada yang boleh dikongsikan, lagu ini menceritakan tentang cinta dan harmoni. “Kehidupan dan muzik punyai persamaan, kedua-duanya perlu kepada harmoni.”


-Jelas Kimal.


Kain Kasa Rubia

Sejenis kain yang digunakan untuk membuat Kebaya Nyonya, terkadang jarang dan tembus sehingga seakan menampakkan dalaman.


Sebagai satu simbolik untuk melihat tembus dari permukaan kehidupan dan keindahan sesuatu perkara atau makhluk untuk mencari yang tersirat.


Single kini boleh didengari di semua saluran digital dan pendengar boleh mengikuti laman sosial serta saluran Youtube Margasatwa untuk perkembangan terkini.

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!