Amalan zikir dan berdoa selepas solat fardu adalah satu amalan yang amat digalakkan bagi mendekatkan diri kita sebagai seorang hamba kepada Allah SWT. Jangan tergesa-gesa bangun selepas menunaikan solat fardu tanpa duduk sebentar untuk berdoa dan berzikir.
Bacaan Doa Selepas Solat
Firman Allah SWT
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Surah Ghafir : 60)
Kata Ibnu Rajab al-Hanbali (w.795 H) :
“Sesungguhnya doa itu dituntut (untuk dilakukan) dan dijanjikan untuk ditunaikan (doa tersebut) seperti firman Allah swt : :” Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Rujuk Jami’ al-Ulum wa al-Hikam (hlmn 392)
Hadis - Kelebihan Amalan Zikir & Doa Selepas Solat
Ada beberapa riwayat hadis dan athar berkaitan galakan dan kelebihan amalan zikir dan berdoa selepas solat fardhu. Antaranya :
Daripada Abu Umamah : Beliau berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Rasulullah saw menjawab :
جَوْفَ اللَّيْلِ الْآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ
Maksudnya :”(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.”
Riwayat al-Tirmizi ( 3499).Beliau (Imam al-Tirmizi) berkata :Hadis ini adalah hadis Hasan.
Daripada Ibnu Abbas r.a. Beliau berkata :
أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم-كُنْتُ أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوا بِذَلِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ
Maksudnya :” Terangkatnya suara (kuat) ketika berzikir adalah apabila orang ramai selesai menunaikan solat fardu. Ianya berlaku pada zaman Rasulullah saw. Maka aku tahu jika mereka selesai menunaikan solat adalah ketika aku mendengar suara mereka berzikir.”
Riwayat al-Bukhari (841) & Muslim (1346)
sumber : Al-Kafi # 713
Senarai Wirid Selepas Solat
Wirid 1 -baca sebanyak 3 kali
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه
Astaghfirullah hal ‘azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi
Maksudnya: “Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya”
Wirid 2 – baca sebanyak 3 kali
لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ
La ilaha illallah wahdahu la syarika lahu lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumit, wa huwa ‘ala syai’in qadir
Maksudnya: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”
Wirid 3 – baca sebanyak 3 kali
اَللَّهُمَّ أَجِرْنِـى مِنَ النَّارِ
Allahumma Ajirni Minan-Naar
Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah aku daripada api neraka”
Wirid 4
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ وَإِلَيْكَ يَرْجِعُ السَّلَامُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ وَأَدْخِلْنَا دَارَكَ دَارَ السَّلَامِ تَبَارَكت رَبنَا وَتَعَالَيْت يَا ذَا الْجلَال وَالْإِكْرَام
Allahumma Antas Salam wa minkas Salam wa ilayka yarji’us salam fahayyina Rabbana bis salam wa adkhilna daraka daras salam tabarakta Rabbana wa ta’alayta Ya Dhal Jalali wal Ikram
Maksudnya: “Ya Allah, engkaulah Dzat yang memberi keselamatan (kesejahteraan), hanya darimu lah keselamatan (kesejahteraan) dan kepadamua lah segala keselamatan (kesejahteraan) itu kembali. Maka hidupkanlah kami Ya Allah dengan selamat (sejahtera), masukkan kami ke dalam surga rumah keselamatan (kesejahteraan), Engkaulah Dzat yang berkah wahai Tuhan kami dan maha luhur Engkau, Ya Tuhan kami yang Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.”
Zikir Selepas Solat
Zikir yang wajar diamalkan selepas solat. Biasanya diulang sebanyak 11 kali, 33 kali dan ada juga yang membacanya sehingga 100 kali.
SubhanAllah ( سبحان الله)
Alhamdulillah ( الحمد لله)
AllahuAkbar (الله أكبر )
Lailahaillallah ( لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ)
Moga zikir-zikir yang kita ucapkan selepas menunaikan solat fardu menjadi penghapus dosa.
Adab Berdoa
1. Memuji Allah
Antara adab berdoa yang dianjurkan oleh Nabi SAW adalah dengan memulakan doa dengan pujian terhadap Allah SWT.
2. Berselawat
Setelah memuji Allah, ia diikuti dengan berselawat kepada Rasulullah SAW.
3. Merendahkan Suara
Berdoa dengan rasa rendah diri, khusyuk, bersungguh-sungguh dan penuh harapan.
4. Menghadap Kiblat
Menghadap Kiblat, mengangkat kedua tangan dan menyapu kedua tangan ke muka setelah selesai doa.
5. Memilih Waktu Mustajab
Selain itu ketika berdoa, seseorang itu hendaklah memilih waktu, yang diistilahkan sebagai waktu mustajab, seperti pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut ada satu ketika, apabila bertepatan masanya, Allah SWT akan memperkenankan doa tersebut.
Begitu juga dengan berdoa pada waktu malam, iaitu pada dua per tiga daripada malam.
Akhirkata
Kita juga digalakkan memilih suasana yang mulia seperti dalam keadaan sujud, ketika suasana getir dalam peperangan, ketika hujan turun, ketika iqamah solat dan selepasnya.
Ingat, selepas selesai solat jangan terus bangun. Amalkan untuk membaca beberapa doa seperti yang dikongsikan.
3 Comments
Terima kasih umi atas perkongsian ini. Salam 10 Rejab
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan dan perkongsian ini kak
ReplyDeletealhamdulillah moga kita terus istiqmah berdoa aminnnn
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!