Sky Mirror Tour : Must Try Tour Dengan Pemandangan Menakjubkan Dan Pengalaman Berada Di Tengah Lautan (Repost)

Anda pernah ke Sky Mirror? Sky Mirror merupakan satu fenomena alam di Malaysia yang seakan-akan di Salar de Uyuni, Bolivia. Bezanya tiada garam di sini. Sky Mirror ini terletak 30 minit perjalanan dengan menaiki bot dari Jeti Sungai Buluh di Jeram, Kuala Selangor, ke tengah Selat Melaka.


Sky Mirror

Fenomena Air Laut Surut

Fenomena ini terjadi apabila air di kawasan tersebut (di tengah laut-) surut. Sebenarnya kita akan berdiri dasar laut yang airnya menyusut dengan keluasan menjangkau 50 padang bolasepak. Memang sangat luas dan kita semua tahu, di dasar laut ada bukit, gunung, pertembungan air tawar dan masin serta pelbagai lagi. 

Apabila air menipis, akan memberikan refleksi kepada objek yang berada di atasnya seperti cermin yang memantulkan imej. 

Berapa Lama Ianya Berlaku

Kejadian ini berlaku hanya kira-kira 10 hari dalam sebulan di waktu yang berlainan. Tempahan pakej adalah wajib. No walk-in okay.



Sky Mirror

Kami bertolak selesai solat subuh menuju ke destinasi dengan perjalanan lebih kurang 1 jam kerana kami harus berada di sana mengikut masa unuk bertolak seperti yang ditetapkan.



Kami sampai awal dan sambil menunggu wakil pihak penganjur, kami sempatlah layan ambil gambar dan tengok karenah monyet-monyet liar kat sini. 

Ada seekor monyet tu dah lama duduk kat tiang lampu yang sangat tinggi sambil menggoyangkan tiang. Memang risau pulak tengok kot-kot tiang ni terbalik jatuh atas bumbung kereta yang diparkirkan



Sebelum menaiki bot, kami diberi penerangan dan setiap peserta diberikan life jacket. Bot-bot yang membawa peserta dan pengunjung ini menelusuri laut dan mengambil masa dalam 30 minit untuk sampai ke kawasan yang mana air akan surut.

Bot ini melalui kawasan paya bakau, perjalanan ke tengah laut dihias dengan pemandangan camar yang sangat banyak sedang mencari rezeki.



Kami dah sampai dan para team Sky Mirror mengambil tempat untuk sesi fotografi. Masa ni air masih belum surut sepenuhnya yang akan memberi refleksi cantik bila di ambil gambar.




Mengagumkan bila ternampak ada  ada sea creatures yang biasa kita jumpa sudah mati di darat, sedang bergerak perlahan di dasar lautan yang terbuka tu. MasyaAllah! Siput, ketam, ni memang cukup membuat kita teruja.

Pantai Sasaran @ Sky Mirror bukanlah pantai tapi nampak macam pantai. Ia terjadi apabila air di kawasan tersebut surut sehingga mendedahkan dasar lautan. 




Memang indah dan DH yang pakai baju berwarna oren cukup terang dan menyerlah.






Kami berada di sini lebih kurang 1 jam 30 minit untuk bergambar dan menikmati keindahan serta melihat pelbagai spesis kerangan yang hidup. Anda boleh sentuh dan pegang tapi jangan dibawa pulang.






Memang puashati dan seronok dengan pengalaman yang kami dapat, bukan selalu boleh ke sini kerana kita perlu buat tempahan


Bila Ianya Berlaku?


"Kejadian fenomena air pasang-surut merupakan lumrah alam ciptaan Allah s.w.t. Kejadian pasang-surut juga dikenali sebagai naik turun paras air laut yang berpunca dari tarikan graviti bulan, matahari serta putaran bumi. Faktor kedudukan bulan dan matahari dengan bumi serta putaran bumi mempengaruhi naik turun paras air laut setiap hari. Mana-mana bahagian bumi yang berhadapan dengan bulan akan mengalami air pasang. Ini menyebabkan graviti yang menarik air laut ke atas. Graviti matahari turut mempengaruhi air pasang, tetapi disebabkan jarak bumi dan matahari lebih jauh, kesannya lebih kecil."- Cancelori Universiti Malaysia Terengganu.


Tip untuk ke Sky Mirror @ Sasaran

1. Anda disarankan memakai pakaian berwarna warni,  berwarna terang serta ringan dan memakai selipar kerana di tengah laut nanti, kita kena berkaki ayam (barefoot) saja. 


2) Pastikan anda buang air besar atau air kecil terlebih dahulu sebelum menyertai trip ini kerana kat tengah laut memang tak ada tandas.


3) Sapukan krim untuk sun burn bagi memastikan kulit anda kurang terbakar dek panas matahari


4) Pihak SMTT juga ada sediakan props berserta jurugambar yang akan mengambil gambar. Kalau nak bawa payung, topi pun boleh.


5) Anda boleh bergambar mengikut kreativiti atau mengambil video.


Tip Mengambil Gambar

Bagi mendapatkan gambar yang cantik dan jelas, pastikan anda tidak mengocak air yang nipis yang akan memberi refleksi yang menarik dengan langit terang.




Berapa lama pakej Sky Mirror?

Pakej ke Sky Mirror hanya setengah hari sahaja kerana air akan mula pasang dan pantai akan kembali menjadi lautan. Trip ke sky Mirror ini hanya sekali sehari.


Untuk mengetahui jadual perjalanan silalah berhubung dengan SMTT untuk mendapatkan maklumat yang lengkap


Harga pakej

Sila rujuk dan hubungi pihak Sky Mirror Travel and Tours


Peringatan

Pesan Tour Guide, jangan ambil apa-apa seperti kerang, cengkerang tapi ambillah seberapa banyak gambar yang cantik.


Sky Mirror Tour & Travel Sdn Bhd

15, Jalan Yu 1, 45800 Pekan Sasaran, Kuala Selangor,

Selangor, Malaysia.

Tel: +6019 266 6665 (YM Lim)

Email: skymirrortour@gmail.com

https://skymirrormalaysia.org/

Web: https://www.facebook.com/skymirrortour/

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!