Tempat Menarik Di Ipoh, Jejak Warisan Concubine Lane, Koh Heng Square Dan Bangunan Lama Jadi Tarikan

Cadangan anak-anak untuk menginap semalam di Ipoh tak dapat dipenuhi walau teringin sangat sebab dah lama tak real holiday dengan bermalam di inap desa atau hotel, tapi sejak rutin berubah, dah jadi tanggungjawab untuk bonda, cadangan terpaksa ditolak.

Concubine Lane


Kedah - stopover Ipoh - Bidor - Kuala Lumpur


Seawal jam 10 pagi kami dah berada di jalanraya untuk mengelakkan kesesakan sebab cuti Krismas, dan dalam kereta, anak-anak berkira-kira nak singgah Ipoh untuk lunch tapi masing-masih masih  kenyang makan bekalan bihun yang dibeli di pasar Kerpan dan kakak ipar habibi pula bekalkan nasi goreng. 

Memang balik kampung dan menginap di kampung selama empat hari kali ni memang digunapakai sepenuhnya dan memang uat kami healing


Baca juga : Tempat Menarik Di Ipoh

Singgah Concubine Lane

Habibi cuma turut jer anak-anak untuk singgah, jadi kami park kereta di kawasan berhampiran Padang Ipoh. Terkenang dulu waktu kecil, Allahyarham abah akan bawa kami singgah Ipoh untuk makan, kenangan yang kini hanya kenangan.

Kisah Menarik Concubine Lane

Concubine lane atau diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai Lorong Gundik, dikatakan tempat taikun Cina menyimpan gundik mereka dalam pekan Ipoh pada zaman dulu.


Ada juga yang mengatakan hartawan bijih timah Ipoh ini telah memberikan setiap satu seorang dari tiga isterinya, sebuah lorong di kawasan rumah kedai yang kita lihat hari ini. Kini, lorong Concubine dan kawasan sekitarnya adalah lokasi bersejarah di Ipoh yang gah dengan industri timah suatu masa dulu dan menjadi tumpuan untuk dilawati masa sekarang.


Lorong Concubine (Yee Lai Hong dalam bahasa Kantonis), terletak berhampiran dengan Jalan Bandar Timah (Leech Street) di Ipoh, memiliki sejarah yang melewati lebih dari satu abad:


Menurut apa yang umi baca, sewaktu Malaysia menjadi tanah jajahan British, terjadi suatu kebakaran besar pada tahun 1892. 


Kisanya, seorang taikun perlombongan bijih timah terkenal, Yao Tet Shin, memberikan tiga lorong kepada ketiga-tiga isterinya.


  • Wife Lane – Lorong Hale (大奶巷),
  • Concubine Lane – Lorong Panglima (二奶巷),
  • Second Concubine Lane – Market Lane (三奶巷).


Tarikan Jejak Warisan Ipoh

Concubine Lane – Lorong Panglima

Terletak di Lorong Panglima, lorong Concubine, adalah lorong yang paling ramai dikunjungi dengan deretan kedai, restoran, dan hotel butik. Memang agak sesak di lorong ni terutama di bahagian kedai tepi jalan yang menjual pelbagai jualan  antaranya ais kepal, kuih titisan hujan, dorayaki



Jadilah ice kepal, tanghulu dan dessert ni untuk dikongsi sebab selain nak kena tunggu giliran, harga kat sini pun keras juga. 



Memandangkan kami singgah ni sehari sebelum Krismas, memang sesak la tempat ni dan mungkin ada yang dah bercuti sehari sebelumnya dan lokasi mesti jejak kalau datang ke Ipoh.



Kalau tak nak sesak, kena datang waktu bekerja la kot tapi tak pasti kalau semua kedai dibuka. 


Selain jualan pencuci mulut, kopi, terdapat kedai-kedai menjual cenderamata dan mainan, jadi mak ayan kena sabar la kalau bawa anak kecil sebab semuanya akan menarik minat mereka.


Wife Lane – Hale Lane

Lorong isteri ini tidak berapa dikunjungi walau punya banyak kedai, laluan yang pendek dan sunyi berbanding Lorong Gundik tapi mungkin berbeza 120 tahun dulu.


Second Concubine Lane – Market Lane

Tidak banyak kedai di Lorong Gundik Kedua atau Lorong Pasar, tapi ada Nam Chau Coffee Shop yang terkenal dengan mi kari mereka, dan iJuicy, sebuah kedai jus buah-buahan, terletak di satu hujung lorong. Keunikan lorong ini adalah payung merah dan putih yang tergantung di atas, yang hanya ada di lorong ini sahaja.


Mungkin nanti boleh kami singgahlah ke iJuicy bila berkunjugn ke Ipoh lagi. Dari apa yang umi baca, kedai ini memiliki beberapa hiasan yang cukup unik, seperti penggunaan cat merah untuk menulis kata-kata di tingkapnya — suatu kaedah yang biasa digunakan oleh peminjam untuk mendesak pembayaran hutang. Frasa “欠债回水” bermaksud “membayar hutang dengan air”, dan dalam konteks iJuicy, ‘air’ tersebut mungkin merujuk kepada jus buah.


Dikatakan terdapat tiga mural di lorong ini. Mural pertama menggambarkan suasana di kedai kopi, dilukis dengan teliti pada dinding luar Kedai Kopi Nam Chau. Mural kedua menampilkan kanak-kanak yang melompat dengan gembira, menjadi titik tarikan utama pada hujung minggu.


Mural ketiga terletak di hujung lorong yang lain. Ia adalah mural 3D yang dicipta oleh Ernest Zacharevic, menggabungkan sebahagian basikal roda tiga sebenar sebagai elemen mural tersebut.


Harga / Lokasi / Waktu Operasi 

PERCUMA. Hanya perlu menyediakan wang untuk membeli makanan atau cenderamata.

Alamat : 30000 Ipoh, Perak, Malaysia.  Dibuka setiap hari dan kebanyakan kedai di sini beroperasi dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 malam.



Kong Heng Square

Terletak tak jauh daripada Concubine Lane, Kong Heng Square adalah tempat yang menawarkan pelbagai jenis makanan (termasuk restoran, kafe Plan B), butik pakaian dan barang perhiasan. 





Tempat ini pernah diabaikan, tapi telah dibina semula sebagai tempat melepak yang ceria dan menarik di tengah-tengah kota Ipoh.

Di sini terdapat Kong Heng Square Artisan Market, kiosk-kiosk yang menjual cenderamata, seni tangan, makanan dan macam-macam lagi!


Harga / Lokasi / Waktu Operasi 

PERCUMA. Hanya perlu menyediakan wang untuk membeli makanan atau cenderamata.

Alamat : 75a, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak.  Dibuka setiap hari dan kebanyakan kedai di sini beroperasi dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 malam.




Masing-masing dah penat, jadi sempat menghilangkan lelah di kerusi sambil mengadap bangunan yang dilitupi pokok. Habibi sempat snap gambar pasangan pengantin yang tengah buat outdoor photography dan bila tengok balik gambar dan video baru perasan ada cafe Roquette yang menyajikan pelbagai dessert. 


Rasanya kami habiskan masa kat sini dalam 4 jam lebih, dan harus bergerak singgah ke rumah bakal besan di Bidor sebelum balik ke Kuala Lumpur.

Bab gambar memang banyak sebab pemandangan yang cukup menarik bagi mata umi dan habibi dan untuk simpanan kenangan pada masa akan datang kelak. 


Destinasi kami seterusnya : Bidor, menjengah rumah bakal besan tapi terus disediakan makan malam untuk kami.


Kesimpulan

Cukup menarik sejarah Concubine Lane di Ipoh, yang gah di zaman perlombongan bijih timah dan kini tetap menarik dengan kafe, kedai cenderamata, dan seni jalanan yang meriah, menambah warna kepada sejarah asalnya.

Alang-alang ah ke Concubine Lane, wajib singgah ke Kong Heng Square, Bookxcess Ipoh, Muzium Yasmin Ahmad dan banyak lagi di laluan yang berdekatan. 

Pastikan anda punya tenaga dan kaki yang tak meragam, kalau tak memang penat dan sediakan $$ sebab harga makanan di kawasan pelancongan ni selalunya agak keras.

Apa yang pasti, umi memang kena repeat ke sini dengan bermalam di Ipoh untuk cover mana yang terlepas.




Post a Comment

2 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian, jika ke Ipoh, bolehlah masuk dalam Iti

    ReplyDelete
  2. Concubine Lane tu memang penuh sesak orang. Kami hari tu singgah masuk kejap lepas tu keluar semula.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!