Perkahwinan adalah penyatuan seorang lelaki dan seorang perempuan selepas melalui fasa bercinta, atau juga jodoh yang diatur hingga ke fasa menjadi halal dengan harapan dan niat untuk bahagia hingga ke akhir hayat. Setiap perkahwinan akan diduga dan bagaimanakah kita mampu menghadapi dugaan dalam perkahwinan dan membina persefahaman bergantung kepada sikap setiap pasangan dengan menghindari 6 "silent killer" dalam perkahwinan.
Kenali 6 'Silent Killer' Dalam Perkahwinan
Silent killer, kehadirannya tidak disedari, tidak diingini namun memiliki impak yang akan menghancurkan perkahwinan yang dibina tidak kira berapa lama usia perkahwinan tersebut. Menurut Dr. John Gottman silent killer ini tidak akan dapat dilihat tapi akan dirasai oleh pasangan dan jika sudah terjadi, rumahtangga akan berantakan, jadi pastikan anda mengubahnya sebelum terlambat!
Baca : Tip bagaimana untuk semarakkan cinta buat pasangan suami isteri
Kaum lelaki yang bakal digelar suami atau anda yang sudah bergelar suami, sila hindari dan jauhi kerana kesannya kepada kehidupan bahagia yang anda sedang nikmati.
1. Silent socializing
Berinteraksi secara diam-diam dengan berlainan jantina, contohnya berhubungan melalui media sosial dengan sapa menyapa, puji memuji kemudian bermesej secara personal, langsung bercerita kisah dan masalah yang awalnya hanya masalah biasa tapi direka hingga kedengaran lebih menarik. Innteraksi semacam ini akan menjurus kepada kecurangan.
Jangan cuba-cuba mengetuk pintu kecurangan!
Allah SWT melarang lelaki mahupun perempuan untuk mendekati zina “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)” (Surah al-Isra’, 17:32)
2. Silent nights
Tidur sekatil tapi tidur dalam keadaan sepi tanpa ada pillow talk atau aktiviti 'fore play' rutin kerana masing-masing sudah penat atau pasangan tidak suka berbicara dan diajak berbual.
3. Silent scrolling
4. Silent solidarity
Setelah bernikah dan, kemudian punya anak, selalunya pasangan sudah kurang ambil peluang untuk berduaan atau berdating, padahal tidak kira berapa lama usia perkahwinan, atau sibuk dengan anak-anak, setiap pasangan harus merawat dan refresh cinta dalam pernikahan.
5. Silent spending
Menggunakan wang di luar bajet keluarga yang sudah ditentukan secara sembunyi untuk membeli barangan yang tiada keperluan atau memberi sejumlah wang kepada orang lain tanpa memberitahu pasangan hingga menimbulkan pertelingkahan.
Bukan tidak boleh tapi sebagai menghormati pasangan, sebaiknya anda telus dan tidak sembunyi apabila kena mengena dengan kewangan kerana keperluan keluarga seharusnya jadi perkara utama.
6. Silent sloth
Tugasan rumahtangga dipertanggungjawabkan kesemuanya keatas si isteri baik di segi membeli barangan dapur dan tugasan di dapur, pakaian dan keperluan barangan dalam rumah juga dilepaskan atas bahu si isteri kerana sebagai suami anda merasakan tugas mencari wang sudah memadai.
Urusan domestik bukan hanya tugas isteri tapi, idealnya, suami dan isteri saling bekerjasama dalam hal ini.
5 Comments
semoga hubungan kite dan pasangan kekal bahagia til syurga firdausi.. ameennnn..
ReplyDeleteaamiin. semoga kita dan mana2 pasangan suami isteri menghindari 6 silent killer ni
Deletesemua yg silent mmg membunuh T__T
ReplyDeletebetul tu, itu pentingnya kejujuran, kesetian dan sikap toleransi bersama kan
Deletesebolehnya berbuallah dengan pasangan. Ada yang malu nak berbual mesra, bergurau senda dengan suami atau isteri depan anak...tapi why not. Sekurang-kurangnya anak pun boleh terapkan nilai yang sama bila dah berkahwin nanti.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!