Soto ni dah jadi antara sajian kegemaran rakyat Malaysia dan hari minggu baru, umi masak soto bila cikcha cakap dia teringin nak makan soto tapi harganya RM12 sebekas seperti tertera dalam aplikasi makanan online. Uish memang tak berbaloi sebab kuantiti sikit dan sedapnya belum tentu. Jadi, umi fikir baik buat sendiri, boleh makan sampai puashati dan berkali-kali kan.
Resepi Soto Mudah Dan Sedap Ikut Selera Umi
Bahan Untuk Soto
Bihun, direndam dan dicelur hingga lembut dan toskan
Nasi impit, direbus dan toskan
suhun, digoreng. Yang ni kalau tak ada, memang rasa kurang kick kan
Taugeh, dibuang ekor
bawang goreng
1/2 mangkuk kacang tanah, digoreng
1 tangkai daun bawang, dihiris
1 tangkai daun sup, dihiris
Resepi Kuah Soto
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam, dipotong besar
2 batang serai, diketuk
1 1/2 sudu besar serbuk sup
1 1/2 sudu serbuk kurma
1 kiub pati ayam
Akar daun sup, di cuci bersih
1 jug air
Bahan-bahan kisar:
4 biji bawang merah besar, dibelah
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Cara memasak:
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar, serai dan akar daun sup sehingga betul-betul naik bau, masak dan sedikit garing.
- Masukkan serbuk sup dan serbuk kurma (dicampur dengan air, jadi pes). Masukkan 1 mangkuk air dan ayam. Bila air sudah hampir kering, baru masukkan air banyak
- Masukkan kiub pati ayam dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
- Renehkan kuah sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan. Ketepikan ayam untuk dicarikkan nanti. Siap!
Resepi Sambal Kicap
Bahan-bahan
10 - 15 tangkai cili api
1 ulas bawang putih, diketuk
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Kicap
Sos cili
Garam
Gula
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak, tumis awang putih hingga kekuningan dan kemudian masukkan cili kering. Goreng hingga kelayuan, angkat dan toskan.
- Tumbuk bahan gorengan, tambahkan gula, sos cili dan kicap dengan secukupnya.
- Kautkan dan masukkan di dalam mangkuk dan tambah makan minyak gorengan tadi dan perahkan sedikit limau kasturi. Gaul rata.
Nota :
- Jangan dibuang minyak gorengan tad untuk dimasukkan ke dalam sambal supaya jadi lebih sedap.
- Sambal isi tidak perlu diisi garam kerana kicap itu sudah berasa masin.
Resepi Bergedil Daging
Bahan-bahan
5 biji ubi kentang, dikupas kulit, potong kecil & rebus, toskan
100 gm daging kisar
Hirisan daun sup dan daun bawang
½ gengam bawang goreng
1 tangkai cili merah, dihiris halus
½ sk serbuk lada sulah
1 biji telur
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
Cara memasak:
- Ubi kentang dibuang kulit, potong kecil dan rebus bersama daging kisar. Rebus hingga ubi kentang menjadi empuk.
- Kemudian lenyekkan hingga halus. Masukkan hirisan daun sup, daun bawang, cili merah, bawang goreng, lada sulah dan sedikit garam. Gaul dan ramas-rama sehingga sebati.
- Cubit sedikit adunan dan kepalkan menjadi bulat dan leperkan sedikit.
Tip Memasak
- Cara goreng begedil supaya tidak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil sahaja. Jangan penuh.
- Pastikan dimasak dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas.
- Bila sudah garing dan kekuningan, barulah balikkan. Jangan balikkan terlalu awal kerana begedil akan pecah.
2 Comments
bila entah nak buat soto ni.. beria aje beli rempah soto... tapi sotonya tak buat buat juga
ReplyDeleteSimpan dulu resepinya, kena cukupkan bahan2 dulu. Tq puan 👍
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!