Resipi Kuah Pecal Jawa Simple Dan Mudah, Ada Ubi Cekur Penambah Selera

Pecal, siapa saja yang tak kenal pecal, makanan orang Jawa yang lebih kurang salad dengan bahan terdiri daripada sayur-sayuran bercampur dengan kuah kacang. Antara bahan yang terkandung dalam pecal seperti kangkung, daun paku, daun ubi kayu, kentang, jantung pisang yang direbus atau dicelur kecuali timun yang hanya dihiris halus.

Pecal Jawa

Resipi Kuah Kacang Pecal Letak Ubi Cekur


Ni pecal jowo yang umi beli di Tanjung Karang, beberapa bulan dulu. Pecal ni cukup simple dengan adanya kangkung, daun pucuk paku, tauge tunas dan nasi impit. Memang mengancam bau dan rasanya. Ubi cekur yang dimasukkan ke dalam pecal ni memang buat rasa tak sabar nak makan dengan bau wangi menggoda, Serius tak tipu punya.

Jom cuba resipi kuah pecal jawa yang ikut selera umi pulak. Buat sekali pasti nak buat lagi, baru puas makan berkali-kali.

Bahan-bahan A

Kacang tanah, disangai dan dikisar 

2 ulas ubi cekur, dibuang kulit

Air asam jawa

1/2 keping gula kabung (kalau tiada pun tak apa)

Garam dan gula (secukup rasa)

Sedikit air suam


Bahan-bahan B (digoreng dan dikisar)

20 tangkai cili kering

5 tangkai cili api (kalau suka pedas)

5 ulas bawang kecil

3 ulas bawang putih

belacan sebesar ibu jari

3 helai daun limau purut



Bahan-bahan C 

Tauhu, digoreng

Tempe, digoreng

Tauge, dicelur

kangkung, dipotong dan dicelur

Daun pucuk ubi kayu, dicelur

Daun pucuk paku, dicelur

Timur, dipotong dan dicelur


Cara-cara Penyediaan

1. Sangai kacang tanah (goreng tanpa minyak) sehingga menjadi keperangan. Bila sejuk, bolehlah dikisar bersama kulit atau boleh buang sedikit kulit kacang tersebut. Umi suka kisar yang tidak terlalu halus.

2. Panaskan minyak, goreng bahan B hingga kekuningan, biarkan sejuk kemudian dikisar bersama ubi cekur yang telah dibuang kulit. Kalau letak ubi cekur ini, rasa kuah pecal lebih sedap dan wangi.


Bagi yang tak suka bau ubi cekur, boleh cuba resipi pecal Jawa ala Melayu tanpa ubi cekur pun sedap.



3. Masukkan bahan dikisar ke dalam bekas, masukkan kacang tanah yang dikisar, tambah air asam jawa, gula dan garam secukupnya. Gaul biar sebati dan siap untuk dinikmati dengan sayuran yang dicelur.



Nota

1. Resipi ni tiada sukatan spesifik, ikut sesedap rasa selera sendiri dengan ada rasa pedas dan manis.


2. Bagi yang suka serta tak alergik dengan udang kering, boleh tambah udang kering sewaktu digoreng dan kisar bersama bahan-bahan B.


3. Kalau masukkan gula kabung, rasa pecal tu lebih sedap sebab ada rasa manis dan pedas.





Post a Comment

5 Comments

  1. Lamanya tak makan pecal . Last makan tahun lepas . Itu pun semasa berkunjung ke rumah kakak angkat CCL di selangor . Dia ada hidangkan menu pecal ni . Memang sedap .

    ReplyDelete
  2. aduh sedap nya kak... feveret ni kak oii

    ReplyDelete
  3. wah sedap ni favourite saya

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!