NAE Kitchenette, Sg Wang Plaza : Para Ibu Pasti Ralit Dengan Pinggan Mangkuk Cantik Pelbagai Jenis Dan Corak

Awal bulan hari tu habibi dan umi ke Plaza Sungei Wang lagi sebab kacamata yang baru dibuat tu terkeluar getahnya. Anak-anak tak nak ikut sebab masing-masing ada progrm sendiri sementara Cik Cha memang tak boleh ikut sejak dah bekerja. 

"Nak kumpul duit sebelum Aca masuk belajar" kata Cik Cha.


Sehari sebelum tu dah bagitau William tentang cermin mata tu dan bagi tahu kami akan sampai dalam jam 12 tapi sebenarnya kami sampai terlebih awal selepas menghantar CikCha ke tempat kerja.

Kalau balik rumah, memang sah malas nak keluar dah, so terus jer la ke sana.


Breakfast Di Station Kopitiam


Dah sampai awal, nak buat apa lagi kalau tak cari tempat untuk minum dan sarapan ringkas sebab kat rumah dah makan nasi goreng buat lapik perut.

Tak ada yang special sangat sebab kami just nak buy time, jadi order set kopi dan roti bakar, telur 1/2 masak dan teh lemon. Menu yang terpampang kat dinding kedai ni  nampak banyak pilihan tapi kami just nak duduk sambil edit video supaya boleh delete mana yang tak guna dah.

 

NAE Kitchenette

Lepas makan, waktu masih awal lagi, so kami decide untuk pusing dalam Sungei Wang ni dan ternampak pulak deretan pinggan mangkuk pelbagai jenis dan corak kat kedai depan mata. Haruslah masuk kan




Luas dan selesa tempat ni, memang bagi kita ketenangan untuk membelek, dan membeli dengan peace of mind sesambil boleh seluk poket tengok berapa ada dalam simpanan.



bekas pinggan mangkuk putih ni memang cukup memikat.


Dasar seorang umi yang terus rambang mata, ambil letak dan ambil letak balik sebab nak pastikan kalau dibeli bila kegunaan tu walau pasti akan diguan tapi bila. Kalau sekadar beli dan simpan, nanti-nantilah umi beli kan


Nak tengok sepenuhnya boleh ke youtube channel umi.


Mr DIY, Coklat Berly's Dan Kedai Viral Eye Pro Vision

Lepas NAE Kitchenette, habibi ajak singgah ke Mr DIY sebab nak beli syampu kereta tapi kalau dia masuk DIY ni memang bukan 1 atau 2 je barangan, terlebih pun sama sebab mulalah fikir tu tak ada, ini tak ada macam kita mak-mak juga kalau masuk pasaraya.



Dalam pada nak terus ke Eye Pro Vision,  sempat dia singgah ke kedai Berly's di sebelah untuk coklat favorite.


Lastly, kami ke kedai cermin mata viral, juga kedai cermin mata murah di KL yang tak pernah surut dengan pelanggan setiap kali kami pergi sejak tahun 2020 hingga kini.


Kalau tengok kedai lain tu, pelanggan tak seramai di kedai ini, mungkin sebab William ni sangat peramah begitu juga para kakitangan di kedai dia.


Baca Juga : Kedai Cermin Mata Viral

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!