Pesta Buku ke 41 akan kembali lagi bermula 24 Mei ini! Seperti peminat buku yang lain, memang tak pernah tak teruja setiap kali dapat tau PBKL akan diadakan walau ianya berlangsung setiap tahun kecuali waktu PKP.
PBAKL 2024 : Tarikh Dan Waktu
Tarikh & Waktu Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024)
Tarikh : 24 Mei hingga 2 Jun 2024
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
PBAKL telah bermula sejak tahun 1981 ini, telah menjadi salah satu acara yang dinanti-nantikan oleh para peminat buku dan pembaca tegar. Lebih menarik tahun ini, ia akan diadakan secara hibrid iaitu bersemuka dan dalam talian dalam usaha memartabatkan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan.
Baca : Cerita pasal bibliophile
Dengan lebih dari 1.25 juta pengunjung setiap tahun, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur / KLIBF tahun ini bakal membawa lebih banyak kejutan dan aktiviti yang lebih menarik untuk disertai oleh semua peminat buku dari segenap usia!
Tips / Peringatan Untuk Pengunjung PBAKL 2024
Adakah anda bakal hadir pertama kali di PBAKL?
Berikut dikongsikan tips dan peringatan untuk anda jika ini adalah pertama kali anda ke PBAKL:
1. Senaraikan buku yang anda ingin beli. Sediakan list/target buku/author/publisher yang anda cari supaya pencarian menjadi lebih mudah
3. Dapatkan maklumat lokasi booth / reruai PBAKL yang anda ingin tuju.
4. Bawa beg yang sesuai yang berpadanan dengan bilangan buku yang akan dibeli
5. Pakai pakaian dan kasut yang selesa sebab anda akan ralit berjalan dari satu tingkat dan ke tingkat lain dan ruangan jualan yang luas.
6. Sediakan air mineral dan kipas supaya tidak dehidrasi.
7. Pastikan anda rancang pergerakan anda sekiranya memandu kereta, menaiki e-hailing atau sebaiknya naik pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan jalanraya.
8. Tak digalakkan membawa anak kecil kerana ia akan merasa bosan, panas, lapar dan pencarian anda akan terganggu melainkan anda hanya ke tempat yang spesifik sahaja. Apa pun terpulang kepada anda.
9. Pergi awal tak kalut.
Ada yang nak tambah tip, bolehlah komen dibawah.
Bagaimana Nak Ke PWTC Dengan LRT/MRT/KTM
- Naik mana-mana LRT laluan Sri Petaling & Laluan Ampang menuju ke Sentul Timur
- Jika naik LRT laluan Kelana Jaya, tukar di stesen LRT Masjid Jamek & naik tren di platform menuju Sentul Timur.
- Turun di stesen LRT PWTC, dan terus jalan menggunakan jejantas hingga anda sampai ke Hotel Seri Pacific. Anda boleh turun dengan lif atau tangga menuju ke sebelah hotel untuk memasuk ruangan dimana PBAKL sedang berlangsung.
Nota : Pastikan anda membaca papan tanda supaya tidak terlajak!
Maklumat PBAKL 2024
Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila ikuti saluran berikut:
Laman web rasmi : http://www.klibf.my/
Facebook : Pesta Buku_Antarabangsa Kuala Lumpur
Ikuti Telegram rasmi : https://t.me/ShareInfoKLBookFair
E-mel : klibf.bookfair@gmail.com
1 Comments
teringinnya nak pergi... wahh PBAKL tu sama usia dengan saya...
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!