Resipi Pajeri Buah Gajus, Khasiat Dan Bahaya Kacang Gajus

Tahu tak anda yang buah gajus adalah sumber lemak tak tepu tunggal dan lemak poly tak tepu yang menyihatkan jantung. Ia boleh membantu menurunkan paras kolesterol dan trigliserida yang seterusnya mengurangakn risiko penyakit jantung. Buah ini juga kaya dengan antioksidan, magnesium dan kalium yang menggalakkan kesihatan jantung. Siapa saja yang tidak kenal kacang gajus yang boleh didapati di pasaraya dan sedap dimakan dengan rasa lemak.  


Resipi Pajeri Buah Gajus

Pajeri Buah Gajus

Alhamdulillah, rezeki umi dapat buah gajus fresh dari pokok sebab kali ni pokok gajus jiran tu berbuah sangat lebat. Rezeki dapat jiran yang baik berkongsi rezeki.


Semalam lagi Cik Mat nak bagi tapi kami keluar hantar CikCha untuk temuduga program TESL, jadi dia simpan dulu dan pagi tadi Cik Mat nampak kami, disuanya sebekas buah gajus yang masak ranum. Ingat nak masak esok tapi fikir balik, masak hari ni je lah bila balik dari menghantar Kak Cik Iman ke UiTM Puncak Alam.


Maka, hari ini kami lunch dengan Pajeri Buah Gajus dan umi sempat makan buah tu secara mentah. Manis dan sedap.


Kalau anda ada buah gajus segar, bolehlah cuba memasaknya macam resipi cara umi.


Bahan-bahannya

Buah Pajeri, diasingkan dari biji, dibersihkan dan dibelah dua

3 sudu rempah kari ikan

Rempah 4 sekawan

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

2 urat daun kari

1 mangkuk santan

1 ketul gula kabung

2 sudu kerisek

Garam secukup rasa


Cara Memasaknya


1. Panaskan minyak, tumis rempah empat sekawan hingga naik wangi. 

2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, tumis hingga naik wangi dan kekuningan.


3. Masukkan daun kari, dan bila dah naik wangi, masukkan rempah kari ikan. Tumis hingga pecah minyak. Tambah air jika perlu, supaya rempah masak dengan sempurna.


4. Masukkan santan. Umi guna santan segar yang dibekukan, dimasak hingga ia mencair dan sebati. 

Kalau tak suka santan segar, boleh guna santan kotak (terpulang pada selera masing-masing)


5. Masukkan gula kabung, masak sampai sebati dengan rempah, kemudian masukkan buah gajus yang dibelah dua. Kacau biar buah gajus mesra dengan rempah


6. Masukkan kerisik dan garam secukupnya. Kacau biar sebati dan renih hingga pecah minyak.


7. Kuah akan jadi agak pekat dan pecah minyak. Dah siap dan boleh dihidangkan.



Khasiat Kacang Gajus

10 khasiat kacang gajus untuk kesihatan tubuh badan


1. Kurangkan paras tekanan darah

Kajian telah dijalankan ke atas penghidap diabetes mellitus tentang kesan pengambilan kacang gajus sebanyak 30 g sehari selama 12 minggu. Hasil kajian itu menunjukkan paras tekanan darah sistolik dapat dikurangkan manakala paras HDL ditingkatkan (kolesterol baik)  dalam darah pesakit diabetes mellitus ini.


2. Lindungi mata

Terdapat satu komponen dalam kacang gajus yang dikenali sebagai zeaxanthin. Komponen ini menghasilkan perlindungan terhadap mata dari kesan-kesan bahaya sesetengah jenis cahaya jika ia dibawa ke bahagian mata.


3. Cegah anemia

Terdapat kandungan vitamin C yang tinggi dalam kacang gajus. Untuk pengetahuan anda, pengambilan vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi untuk penghasilan hemoglobin yang membina sel darah merah. Elemen copper juga terkandung dalam buah ini untuk pembentukan sel darah merah sekaligus membantu penghidap anemia.


4. Cegah kerosakan sel

Terdapat polifenol dalam kacang gajus yang bertujuan untuk mencegak kerosakan sel yang berpunca daripada radikal bebas. Selain itu, kandungan vitamin C di dalam kacang ini, bersifat antioksida yang sama seperti polifenol di mana kedua-dua ini berupaya untuk menjaga kesihatan sel tubuh badan anda.


5. Kurangkan paras kolesterol LDL di dalam darah

Kesan pengambilan kacang gajus ke atas pesakit yang mempunyai risiko dan juga telah menghadapi paras LDL tinggi mendapati buah ini mengurangkan kadar jumlah kolesterol dan paras kolesterol LDL di dalam darah.


6. Mengandungi serat

Kacang gajus juga mengandungi kandungan serat yang tinggi. Serat penting untuk pelbagai tujuan kesihatan seperti dapat menurunkan kadar kolesterol di dalam darah dan melambatkan kenaikan gula dalam darah. Selain itu, serat juga mampu menghalang sembelit kerana ia merangsang proses peristalsis.


7. Mengandungi vitamin C

Untuk pengetahuan anda, setiap 100 g buah gajus boleh membekalkan sebanyak 140 mg vitamin C berdasarkan jadual komposisi mikronutrisi. Apa yang bagusnya, jumlah ini telah dapat memenuhi lebih dari separuh keperluan vitamin C harian anda.

Pengambilan vitamin C yang mencukupi boleh menghalang penyakit skurvi, meningkatkan sistem imunisasi badan dan menolong penyerapan zat besi.


8. Untuk kesihatan tulang dan sendi

Kerapuhan tulang dan kehilangan mineral dari tulang dapat dicegah dengan kandungan copper dalam kacang gajus. Di samping itu, copper juga penting dalam pembentukan kolagen dan tisu penghubung yang berupaya untuk menjaga kesihatan sendi.


9. Turunkan paras insulin

Hasil kajian terhadap pesakit diabetes yang mengambil kacang gajus dalam diet mereka selama lapan minggu mendapati bahawa paras nisbah LDL-HDL dan juga kadar serum insulin telah dikurangkan. Paras insulin yang terlampau tinggi akan mengakibatkan penyakit jantung dan juga obesiti.


10. Menurunkan nisbah kolesterol LDL-HDl

Satu kajian ke atas 50 orang pesakit diabetes telah dijalankan demi mengkaji keberkesanan kacang gajus dalam menurunkan paras nisbah kolesterol LDL-HDL Kajian ini telah berjalan selama 8 minggu dan hasilnya menunjukkan nisbah kolesterol LDL-HDL dalam pesakit yang mengambil kacang gajus lebih rendah berbeza dengan yang tidak memakan buah itu dalam pemakanan mereka.

Kesimpulannya, kacang gajus ini memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan seseorang. Selain kelazatannya dalam masakan, ia juga memberi banyak kebaikan kepada kesihatan tubuh badan yang tak patut anda abaikan. Cuba makan lebih banyak kacang gajus melalui masakan yang melibatkan buah ini untuk meningkatkan tahap kesihatan anda.

Bahaya Kacang Gajus



Walau punya khasiat, buah  gajus tidak boleh dimakan secara mentah, kerana ia mengandungi racun berbahaya yang dipanggil sebagai urushiol.

Urushiol adalah sejenis zat yang terdapat di semua keluarga Anacardiaceae dari pokok termasuklah seperti kacang gajus, mangga, racun ivy, oak racun, sumac, lada peru, dan pistachio. 

Walaupun racun ini berada si semua bahagian tanaman seperti akar, batang daun. Tetapi ia juga banyak ditemukan di dalam minyak di antara buah gajus dan kacang di dalamnya.

Jika anda bersentuhan langsung dengan urushiol ia akan mengakibatkan dermatitis kontak alergik, ruam kulit yang hampir serupa simptom apabila terdedah kepada racun ivy.

Justeru, elak dari makan gajus secara mentah adalah digalakkan. Panggang atau kukus gajus pada suhu tinggi akan menghilangkan urushiol yang mungkin meresap melalui cengkerang dan masuk ke kacang, menjadikannya selamat untuk dimakan.  Oleh sebab itulah, gajus tidak dijual bersama kulit luarnya.

Post a Comment

2 Comments

  1. Duduk Kedah dulu memang byk cuba menu rare mcm pajeri Gajus ni.. sedap sebab arasa dia lain machammmm

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!