Ulasan Peribadi : Filem Thriller Seram Shaitann, Tonton Di Netflix

Memang best dan recommended untuk anda tonton filem arahan Ajay Devgan dengan genre seram thriller dan lain dari yang lain. Bukan seperti sesetengah filem thriller lain yang membuat penonton terkejut, tidak sama sekali dan sesuai untuk ditonton seisi keluarga.


Filem Shaitann

Fakta Menarik Filem Shaitann


1. Filem Shaitann ini merupakan filem arahan kerjasama Vikas Bahl dan Ajay Devgan,  hasil remake dari filem Gujarat bertajuk Vash (2023). 


2. Tiga (3) pelakon hebat, Ajay Devgan sebagai tonggak utama bergandingan dengan Jyotika, yang kembali selepas 26 tahun menyepikan diri dan pelakon ternama R Madhavan dengan watak antagonis.


3. Filem seram ketiga lakonan Ajay Devgan selepas filem Bhoot (2003) dan Kaal (2005).


4. Penggambaran diadakan di beberapa buah bandar besar seperti Mumbai, Mussoorie, dan juga London yang terkenal dengan keindahan dan pemandangan memukau



Sinopsis

Kisah satu keluarga bahagia, Kabir Rishi dan isterinya, Jyoti, serta anak-anak mereka, Janhvi dan Dhruv, yang bercuti di kediaman ladang di kawasan bukit yang terpencil. Mereka berkenalan dengan seorang lelaki sewaktu berhenti makan dan mempelawa beliau untuk duduk semeja memandangkan dia berkeseorangan.

Tidak lama tiba di rumah percutian, lelaki misteri ini bernama Vanraj Kashyap, turut tiba di perkarangan dan masuk ke dalam rumah dengan kebenaran dari Janhvi.

Percutian yang sepatutnya menyeronokkan berubah menjadi buruk apabila mengizinkan Vanraj Kashyap untuk menumpang sementara telefonnya dicaj.

Vanraj mula menguasai Jhanvi, mengarah Jahnvi untuk mencederakan Dhruv dan mengaku menggunakan ilmu hitam ke atas Jahnvi, bermula dengan memberi Jahnvi makan pemanis sewaktu di kedai makan. 

Jahnvi antara sedar dan tidak pada awalnya, akhirnya berada dalam gengaman Vanraj dan mengikut apa sahaja arahan Vanraj.


Barisan Pelakon

Ajay Devgan - Kabir

Jyothika - Jyoti Rishi

Janki Bodiwala - Jahnvi Rishi

Anngad Raaj - Dhruv

R. Madhavan - Vanraj Kashyap


Ulasan Peribadi

Filem ini yang menarik untuk ditonton dengan keluarga sebab tiada yang seksi, aksi menghairahkan dan tidaklah seram macam cerita Thai. Kisah yang menarik yang juga memberi pengajaran supaya tidak mengambil sebarangan barang atau makanan yang diberi orang asing yang baru dikenali. 

Dah namanya budak-budak walau Jahnvi tu gadis remaja, boleh pula ambil pemanis yang diberikan oleh orang asing hingga dia dipukau. Walau  dia seakan terasa lain macam tapi bila disua biskut sebelum bergerak ke lokasi percutian, dia masih mengambil pemberian lelaki asing  hingga kemudian membenarkan lelaki tersebut memasuki rumah. 

Menariknya cerita ini memaparkan keakaraban anak-beranak, tiada rahsia antara satu sama lain tapi menjadi kucar kacir setelah munculnya Vanraj si shaitann.


Adegan menarik bila seorang ibu (Jyoti) bertungkus lumus bergelut berlawan dengan Vanraj dalam cubaan membebaskan anak gadisnya dan mengalih perhatian Vanraj. 

Paling geram bila Jahnvi diarah mengawal sementara Vanraj dengan pisau sedia ditangan bagi memastikan si ibu, bapa dan adiknya yang dah luka di kepala tidak turun.

Sedih bila Jyoti turun dan Jahnvi yang tidak tahan hingga kencing dalam seluar secara berdiri akibat kawalan si syaitan. Geram sebab boleh pula si syaitan tu suruh tukar seluar kat depan ruang tamu pulak. Walau di tangan anak ada pisau, cukup berani si ibu menukar ke seluar panjang.

Nak bagi lebih panik bila si kakak kejar si adik sebab kedua ibu bapa Jahnvi harus bersetuju melepaskan si anak untuk dibawa  tapi keengganan Kabir dan isteri menyebabkan Dhruv hampir mati dan Jahnvi pula menikam belakang tangan Kabir dengan pisau. 


Memang tak senang duduk masa babak kejar mengejar hingga ke bumbung dan masing-masing dalam rumah ni panik.

Spoiler 

Kejadian yang menimpa Dhruv hingga menyebabkan dia hampir mati menyebabkan Kabir dan Jyoti akhirnya bersetuju menyerahkan Jahnvi kepada Vanraj.


Ingatkan Kabir akan bersama Jyoti membawa Dhruv ke klinik tapi rupanya Kabir secara bersendirian menjejaki Vanraj. Sempat pulak Kabir meletakkan GPS pada peranti Vanraj sewaktu adegan cemas untuk menjejaki Vanraj dengan menaiki basikal kepunyaan Shyam.


Dalam perjalanan tu ada halangan dari pesuruh-pesuruh Vanraj dan sebagai bapa, pastilah sedaya upaya menewaskan mereka dan sampai ke lokasi pemujaan yang akan mengorbankan anaknya Jahnvi dan 107 gadis yang berjaya dikumpul Vanraj bagi tujuan pemujaan.


Ingatkan Kabir akan ikut bersama isterinya bagi merawat Dhruv sebab di tapak tangan Kabir tercacak pisau tapi rupanya ada kegunaan pisau tu rupanya. Pisau itulah yang digunakan untuk memotong lidah Vanraj dan gadis-gadis tu pula dapat disedarkan dengan rakaman suara Vanraj. Brilliant sungguh hingga gagal sudah upcara tersebut.


Apa jadi pada Vanraj?

Ana-anak gadis dikembalikan pada keluarga dengan ada yang terkejut (mungkin hilang jangka masa lama) dan polis tak dapat menjejaki Vanraj. 

Mula terfikir kenapa Kabir ni tak tolak jer si Vanraj ke dalam api tapi rupanya Kabir telah menangkap dan  mengurung Vanraj di tempat tersembunyi sebagai hukuman seumur hidup.


Rating : 5/5

Post a Comment

5 Comments

  1. Filem seram2 memang tak intai langsung lah, seremmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh tak seram, kalau saya pun mmg tak tonton dah cerita seram sbb risau terbayang2 bila nak tidur tapi tidak pada cerita ni

      Delete
  2. Dah lama x layan cite hantu..X suka tengok sgt..Hahaha..Hantu kelakar xpe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee..sama la sbb sejak dah makin tua ni tak nak rasa terkejut dan panik bila tonton cerita seram tapi tidak pada cerita ni..

      Delete
  3. Nampak macam seram kan. Walhal, lebih kepada kekeluargaan. Ending dia terbaik.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!