Drama Terjerat : Kisah Cinta Terlarang Hingga Terjerat Dan Menjerat Hidup Hakiki

Jujurnya umi memang suka dengan nyanyian serta suara merdu Aliff Aziz dan waktu GV dulu memang ternanti turn dia beraksi dan suka sangat bila dia dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 8. Bila dia join GV 10 pun tak sabar untuk turn dia tapi masa GV 10 ni dia dah macam kurang feel dan rupanya ada kes dia dengan pelakon baru yang cantik tapi entah tak tahu kenapa umi tak minat sebab nampak macam plastik karater dia..hehee

Waktu kes dia dengan bekas kawan baik, bekas isteri tu menjadi tajuk-tajuk utama, memang rasa sedih kenapa dia masih terpalit dengan kontroversi, bukan sekali tapi berkali-kali tapi dia tetap seakan tidak berubah. Entah di mana silapnya, salah ibunya? Mungkin tapi lebih salahkan dirinya yang seakan tidak boleh berubah selepas berkali-kali dengan isu yang sama.

Memang cukup sayang dengan bakat yang Aliff punyai, paras rupa yang menarik tapi tercalar kontroversi dan mungkin drama ni memang seakan kena pada dirinya yang terjerat dan menjerat dan sanggup dijerat hingga meruntuhkan rumahtangganya sendiri.


Drama Terjerat


Drama Terjerat dah mula ditayangkan di iQIYI Original, drama arahan Azmi Hata ini ditayangkan pada setiap Jumaat dan Sabtu mulai 21 Jun 2024. Layari www.iq.com atau tonton melalui aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store.


Drama : Terjerat

Episod: 12

Tarikh Tayangan: 21 Jun 2024

Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: iQIYI

Penulis Skrip: Hannah Newman

Pengarah: Azmi Hata

Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd


Pelakon & Watak

Aliff Aziz sebagai Faliq

Ruhainies sebagai Nadia

Fendy Bakry sebagai Izham

Jaja Iliyes sebagai Anis

Omar Abdullah sebagai Husin

Aishah Atan sebagai Zaleha

Haifa Halina sebagai Humaira

Idzham Ismail sebagai Joe

Dayang Areeda sebagai Shasha

Hanna Aqeela sebagai Dr Rahimah

Erry Putra sebagai Rashid

Amanda Misbun sebagai Ustazah Huda


Lagu Tema (OST)

Tinta Cahaya - Nonny Nadirah

Amarah Cinta - Aliff Aziz


Sinopsis Terjerat

Mengisahkan tentang Nadia (Ruhainies) yang dibayangi krisis hutang suaminya, Izham (Fendy Bakry) yang parah akibat judi. Nadia dijadikan taruhan oleh pemiutang suaminya. Tanpa diduga, Nadia bertemu Faliq (Aliff Aziz) yang telah terperangkap dahulu darinya.


Semakin hari berlalu, ikatan platonik mereka semakin mendalam seterusnya menjadi hubungan cinta yang terlarang. Masing-masing punya pasangan hidup justeru, keadaan telah memaksa mereka untuk memilih antara kesetiaan kepada pasangan mereka ataupun berserah pada takdir.


Tanpa disedari, mereka telah terjerat dalam satu permainan percintaan yang terlarang


Makna Cinta Platonik

Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud.


Agak-agaknya kisah sebenar Aliff Aziz dan Ruhaines ni cinta platonik?  Macam tak jer kan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Orang kata, kalau terbercinta sesama actor di set lakonan, dikira tak professional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah, kalau dua2 single kira ok la jugak kan tapi...

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!