Kisahnya umi dilantik menjadi setiausaha KRT Wangsa Maju 2C masuk penggal kedua tahun 2024/2025 dan penggal kali ni ramai juga orang Melayu yang menjadi ahli. Penggal sebelum ni memang tak ada aktiviti langsung memandangkan waktu tu baru pulih dari PKP dan waktu pemilihan pun ada beberapa kerat yang datang.
Sambutan Minggu Perpaduan
🗓️ Tarikh : 8 hingga 9 JUN 2024 (Sabtu hingga Ahad)
🕰️ : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
📍Tempat : Dewan Mestika ,Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB)
Pertandingan Seni Kreatif Masakan
Inilah ahli KRT Wangsa Maju 2C yang hadir memeriahkan sambutan minggu perpaduan dan acara pertama sejak KRT kami ditubuhkan.
Aktiviti Minggu Perpaduan
Banyak aktiviti yang telah dirangka oleh pihak Jabatan Perpaduan dan ahli KRT dan keluarga yang hadir boleh memilih apa aktiviti diingini.
✅ Jualan RAHMAH
✅ Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta
✅ Rumah KAMI
✅ Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma
✅Kaunter Pembayaran Saman PDRM
✅ FoodUnites & Foodtruck
✅ Dj Corner Bersama KL FM
✅ Bicara Perpaduan
✅ Sukan Rakyat
✅ Senam Harmoni
✅ Unity Fun Walk
✅ Unity Fun Game
✅ Unity Got Talent
✅ Pertandingan Mewarna Sentuhan Seni Keluarga
✅ Pertandingan Busana Si Cilik
✅ Jualan Produk Projek Ekonomi Kawasan Rukun Tetangga WPKL
✅ Pertandingan Seni Kreatif Masakan Dan Pelbagai
Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat WPKL ini merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara dalam memupuk semangat perpaduan dalam jiwa masyarakat Malaysia
Tentang KRT Wangsa Maju 2C
Alhamdulillah, sejak ada 5 top gun termasuk umi dan, Linda yang dipilih sebagai penolong setiausaha, terdapat 22 AJK yang muda-muda turut serta dan mereka pun sangat aktif.
Aktiviti pertama KRT kami memberi sumbangan untuk program bubur lambuk semasa bulan Ramadan, diikuti dengan gotong royong di SMKWM2 tapi kedua-dua program ini umi tak join sebab hari bekerja, bonda lebih penting.
Menjadi ahli atau top 5 ni, bukan dibayar gaji tapi kami adalah sukarelawan yang dilantik atas sokongan untuk menjadi perantara yang mengeratkan perpaduan bersama semua kaum dalam negara dan bertanggungjawab membantu Jabatan Perpaduan dalam mengeratkan perpaduan antara penduduk setempat.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!