Dah lama umi nak masak ayam karahi ni tapi asyik tertangguh sebab kekadang tu tak ada daun ketumbar, cari garam masala tak jumpa walhal ada jer elok dalam bekas kat dalam almari. Akhirnya 2 minggu sudah, terlaksana hasrat untuk masak untuk keluarga sebab dah jemu masak ayam seperti biasa.
Ayam Karahi ini merupakan salah satu menu yang sangat popular dalam kalangan warga Pakistan. Ia sesuai dimakan dengan nasi minyak atau roti arab atau roti canai pun boleh.
Ada teori yang mengatakan karahi atau kadahi dirujuk sebagai periuk yang digunakan dalam dapur di India tapi umi dok fikir karahi ni mungkin didapati dari perkataan Karachi. Diterjemah daripada bahasa Inggeris-Ayam karahi, atau ayam kadai, adalah hidangan ayam dari Asia Selatan. Ia terkenal dengan rasa pedasnya dan terkenal dalam Masakan Asia Selatan. Hidangan ini disediakan dalam karahi dan boleh mengambil masa antara 30 dan 50 minit untuk menyediakan dan memasak hidangan.
Kalau di tengok warna ayam karahi ni macam ayam masak merah tapi memang berbeza sebab ada bahan rempah yang menjadi sebahagian ramuan dalam resipi ini.
Umi memang recommend sangat anda masak ayam karahi ni sebab sedap dan wangi. Jom memasak.
Bahan-bahan
ayam, di potong saiz sederhana
2 biji tomato, belah 4
1/2 sudu besar serbuk ketumbar - beli sini
1 sudu kecil serbuk jintan manis (fennel) beli sini
1/2 sudu kecil serbuk garam masala - beli sini
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin) - beli sini
1/2 sudu kecil serbuk cili - beli sini
1/2 sudu kecil serbuk kunyit - beli sini
1/2 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus sikit - beli sini
minyak untuk menumis
garam, gula secukup rasa
sedikit daun ketumbar cincang
Bahan Tumisan
2 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
1 inci halia, ditumbuk lumat
Cara memasaknya :
- Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang besar hingga sedikit layu, dan masukkan bawang putih dan halia masak hingga naik bau.
- Masukkan ayam dan tomato, renih hingga kulit tomato boleh diambil keluar, kemudian masukkan semua bahan rempah serbuk, kacau sebati biar bersalut dengan ayam dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala.
- Masukkan sedikit air supaya rempah sebati dengan ayam, kacau dan masukkan garam, sedikit gula. Renih dan dikacau dengan kerap supaya tidak melekat dan ayam ayam lembut.
- Bila dah masak tabur sedikit daun ketumbar, dan sedia dihidang.
Nota :
- Kalau suka pedas, boleh tambah serbuk cili dan letak daun ketumbar sewaktu dimasak.
- Nak tukar dengan daging pun sedap.
2 Comments
Pertama kali tengok rempah tu. nanti boleh la cuba buat resipi ni.
ReplyDeleteNak try lah resepi ni! Kadang2 tu dah tepu dah nak masak apa... perlukan resepi2 baru, hehe!
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!