PBAKL 2024 telah pun melabuhkan tirainya hari ini (2 Jun) dan tahun ni memang umi separa puashati sebab dapat bau buku baru. Lebih teruja KY pula melayan dan membayar buku pilihan umi tapi bukan semuanya sebab umi memang dah ada bajet untuk buku baru. Memang nak pergi PBAKL tahun ni sebab tahun 2023 langsung tak sempat jejak tapi tetap ada buku baru juga
Jejak Ke PBAKL 2024
Ikut perancangan Cik Cha pun nak ikut jadi dia minta cuti hari Jumaat tapi since dia cuti, KY yang cuti pun ajak adik-adik ke GPO jadi progam umi kena postponed lah.
Pepagi umi dah bersiap awal konon nak pergi jam 10 pagi memandangkan habibi kerja, tapi bila KY, KC pun nak ikut, jam 12 lebih baru keluar rumah.
Baca Juga : Bau buku baru dari PBAKL 2022
Kami pusing satu mall dan akhirnya pilih valet parking berharga RM20 untuk 4 jam! Kira oklah kan
Baca Juga : Tip Ke PBAKL di PWTC
Reruai Poreng Kertas Dan Prolog Media
Booth pertama yang umi jengah seperti tahun lalu sebab nak dapatkan naskah dari Lynn Dayana, Anna Lee, mungkin dari Hezzy Azra dan Dhiya Zafira tapi kena tengok bajet juga bukan boleh beli semberono kan.
Hasilnya 5 naskah dari reruai yang kedudukannya bersebelahan. Ingat nak tambah lagi tapi bajet kena jaga walau KY dok tanya "umi nak buku mana lagi"
Reruai Karangkraf
Dapat juga 3 naskah Ramlee Awang Murshid, novelis thriller no 1 Malaysia yang terbaru iaitu Perempuan Busana Merah. Dah alang-alang Kak Yang belanja, umi ambil juga Ranggu dan Majis. Kata KY, tunang dia minat RAM, so lepas umi baca, dia boleh baca dan simpan. Jimat storage space umi kan.
Pada awal mencari naskah RAM, kami terjumpa novel yang nampak menarik sinopsisnya, KY pun ralit tengok sinopsis dan tertarik nak beli novel May (Rozanna) dan terus membayar sementara umi masih lagi melayan tengok apa yang menarik.
Memang kami round dengan santai, alang-alang parking kat valet untuk 4 jam, jadi really make use la time limit tu.
Reruai Hilal Asyraf
Tunang KY minta belikan novel dari Hilal Asyraf yang kebetulan umi ada ternampak kat FB, jadi nak tengok juga novel apa dan rupanya novel yang banyak mengisahkan pertarungan dan ada sekuelnya.
Kat booth ni penulisnya pun ada tapi umi malas nak bergambar atau mintak sign sebab lebih suka nak layan diri bulu-buku.
Memang panjang betul queue kat booth ni, ada novel Teme Abdullah, Anjell dan ramai lagi tapi sebab panjang, umi tak jadi nak beli novel Bayang Sofea walhal kat atas tu pun ada. Memang bukan rezeki lagi nak beli, esok lusa mana tau kot umi beli online.
Akhirnya, umi memang tersenyum manis sebab ada buku baru dan tak sabar nak kongsi ulasan nanti.
Anda pergi tak ke PBAKL?
2 Comments
Masa bujang muda2 dulu rajin betul baca novel. Sekarang ni banyak guna hp je dah tak membaca sangat.
ReplyDeleteBest nya dapat singgah! btw UZ ada buat review pasal perempuan busana merah tu kat blog. Jemput singgah! ^^
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!