Singgah Hi-Tea Di Ah Cheng Laksa, Pekena Rojak Buah Sedap

Bulan lepas kami ke Sungei Wang Plaza lagi untuk perbaiki cermin mata habibi yang tertanggal dan KC Iman pun ambil kesempatan untuk repair cermai mata yang terkeluar talinya. Kali ni bukan hanya bertiga tapi berlima. Paling keesian CikCha yang tidak dapat ikut sebab kena kerja. 


Makan Sedap Ah Cheng Laksa

Cerita 22 Mei 2024

Selalunya kami kalau ke sini waktu pagi tapi sebab ramai yang nak ikut tu pulak ada aktiviti, jadinya kami keluar jam 4 lebih. Bila ramai tu memang mana nak dapat keluar cepat, nak-nak dengan 3 anak dara yang nak bersolek.

Kalau anda ke sini, especially anak muda memang tak nak miss ke kedai pakaian, kedai handphone walau tak semeriah di Plaza Low Yat yang bersebelahan.


Singgah Hi-Tea Di Ah Cheng Laksa


Dah lewat petang, lepas selesai misi, perut pun dah berbunyi, jadi KY syorkan kami ke Ah Cheng Laksa walau pada awalnya habibi keberatan tapi bila tengok ada sijil HALAL, dia ikut jer.


Ini dia rojak buah penambat selera habibi yang dia dok makan berulang kali. Rojak buah ni mengimbau kenangan umi makan rojak buat cina yang dimasukkan keropok tak terlalu nipis, rangup dan kombinasi yang cukup kena.

Rojak ni ada keropok tapi tebal dan kuah pulak terlampau pekat tapi tetap habis la jugak. 




Habibi makan roti bakar dan telur 1/2 masak serta teh tarik sebab perut dia ni memang tahan bila dah makan lunch. Tu yang dia maintain slim walau sebenarnya dah makin berisi.


ABC memang favorite, jadi Umi memang tak sah kalau tak order dan kekadang tu habibi pula yang akan orderkan. 

Memang menarik tapi sebenarnya biasa-biasa je sebab condiment dia tak seperti yang umi expect dan lebih sedap ABC RM5 yang umi makan sehari sebelum tu



 
Asam laksa pilihan KC Iman, yang tanpa sayuran sebab dia kat semak. Ishh, geram sungguh kalau dia letak at least daun pudina dan bawang pun dah sedap. Tapi oklah kuah dia sedap la jugak.


KakYang pula makan Mee Kari, seperti biasa kami akan kongs-kongsi makanan, jadi dapatlah umi rasa sikit kuahnya. Not bad.



Perut terasa kenyang tapi tak tahu nak order apa, jadinya Cik Meya makan nasi lemak rendang dan umi pulak makan pan mee. Bestnya pan mee cina ni guna daun pucuk manis yang menambahkan kemanisan pan mee tapi jangan lupa kena letak cili kicap untuk rasa lebih sedap.


Rating : 3.5*


Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision

Tujuan utama kami memang nak ke kedai cermin mata viral ni yang dah beberapa kali kami kunjung dan memang puashati dengan servis dan layanan staff juga boss kedai ini. Kedai ni terletak di bersebelahan dengan kedai coklat Beryl's yang pasti dikunjungi habibi bila stok coklat dia habis.


Jadi kalau anda nak cari kedai spek murah di KL ni, umi sangat syorkan anda ke kedai spek viral, Eye Pro Vison, G1111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Solat Di Plaza Sungei Wang

Selesai misi di kedai spek, jam dah menunjukkan 5.50 petang, terus kami cari surau untuk solat Asar. Risau juga tak ada musollah ni memandangkan mall ni dah lama tapi rupanya ada surau yang terletak di kawasan parkir di tingkat lima di zon hijau. Ianya boleh diakses melalui escalator dari tingkat 3 berhampiran dengan Mr DIY; tidak semua lift di plaza ini boleh naik ke tingkat 5.


Masa sampai tu memang agak sunyi tapi bila dah masuk ke area ni, rupanya ramai yang susah selesai solat dan menunggu di kawasan luar.

Ruang solat wanita boleh memuatkan dalam 10 orang dengan ruang mengambil wudhu berada dalam ruanganya yang sama.

Kata habibi, ruang solat lelaki boleh memuatkan lebih kurang dua puluh jemaah dalam satu masa dan dilengkapi alat penghawa dingin.

Kemudahan Di Plaza Sg Wang

Tandas lelaki atau wanita, terletak di tingkat 2 atau 3. Kalau parking pula memang banyak tapi kalau ada waktunya memang penuh la jugak.


Bestnya di sini ada kedai pakaian yang fashionable dijual dengan harga agak murah.

Post a Comment

6 Comments

  1. Laksa feveret kita , mmg tak lari. kalau jumpa kat mana2 mesti nak cuba. Terima kasih share

    ReplyDelete
  2. selalu baca pasal ah cheng laksa ni... kat area jb ni macam tak pernah jumpa pula.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. dah alang2 kat sana, perut dah lapar tu yang cari menu sedap untuk perut tu

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!