100 Pesanan Terakhir Rasulullah : Berdoalah Selagi Belum Dimakbulkan

Terdapat sesetengah daripada kita apbila doanya tidak dimakbulkan, mereka berasa kecewa atau putus asa.  Mereka beranggapan ALLAH tidak mendengar doanya serta tidak mendapat perhatian ALLAH. 


100 Pesanan Terakhir Rasulullah


Anggapan mereka sebenarnya salah. DIA sentiasa mendengar doa para hamba-NYA.

ALLAH akan memperkenakan doa hamba-NYA selagi tidk mengandung unsur-unsur seperti permintaan yang melibatkan dosa, memutuskan silaturahim atau perasaan tidak sabar agar doa terseubt segera diperkenankan.


Seseorang yang berdoa tu hendaklah sentiasa bersangka baik dengan ALLAH bahawa DIA akan memperkenankan doa tersebut walau dengan cara apa sekalipun.  Begitu juga dia tidak boleh mudah putus asa dan hendaklah sentiasa berharap agar doanya itu dimakbulkan.


Sama ada doa itu dipercepat dan lambat diperkenankan, hanya ALLAH yang tahu.  Sudah tentu ada  sebab dan musababnya sesuatu doa itu dipercepatkan atau dilambatkan.  Oleh keana itu, usah henti berdoa dan teruslah berdoa.


Cara bagaimana ALLAH memperkenankan doa seseorang hamba-NYA juga berbeza-beza. Umpaamanya mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar dan rezeki yang melimpah ruah tetapi ALLAH Maha Mengetahui, apabila diberikan kekayaan, dia akan sombong dan bakhil lau dia hanya diberikan rezki yang hanya secukupnya.


Oleh yang demikian, kita yang berdoa usah sekali-kali membuat kesimpulan bahawa doa tersebut idak diterima, sebaliknya hendaklah melihat ke dalam diri sendiri apakah yang menyebabkan doa itu lambat diperkenankan.


Berdoa kepada ALLAH merupakan satu ibadat, Maksudnya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadat selama sejam.  jika dia erdoa sepanjam malam,bererti dia beribadat sepanjang malam.

Rasulullah s.a.w berkata dalam satu hadis daripada Abu Dau dan At-Tirmiizi, Rasulullah s.a.w berkata . "Doa itu adalah ibadat."

Walaupun doa itu satu ibadat, usah pula kita berdoa kepada sesuatu yang lain selain ALLAH seandainya doa itu belum diperkenankan kera ia akan membawa kepada perbuatan syirik sebagaimana yang ditegasakn dala al-Quran surah al-Ahqaf ayat 5-6 bermaksud 

"Dan tiada yang lebih sesat daripada orang yang menyeru selain ALLAH, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat sedang mereka(makhluk-makhluknyayang merka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebutDan apapbila manusa dihimpunakn (pada hari akhirt) segala yangdisembah itu menjadi musuh (kepada orang yang menyembahnya) dan membantah mereka"

Kehidupan ini memiliki rahsia yang tersembunyi dan tida sesiapa mengetahuinya. Adakal apa yang kita harapkan tidak menjadi, sebaliknya apa yang kita tidak minta, kita memperolehinya. Hanya ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita dan yang tidak baik untuk kita.


ALLAH Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi.  Hanya kita selalu keliru dalam menilai sesuatu keadaan.  Sehingga kadangkala kita berdoa hendakkan sesuatu sedangkan ALLAH mengetahui ia tidak baik untuk ktia.  ALLAH menggantikan dengan perkara lain tetapi kita mungkin tidak perasan atau sedar.


Seseorang itu mungking beranggapan doanya belum diperkenankan tetatpi pada hakikatnya dia sedang menikmati apa yang dipintanya.  Oleh itu, usah cepat berputus asa dengan rahmat ALLAH dan terus menghukum bahawa doa kita tidak diperkenankan.


Teruskanlah berdoa di samping merenung ke dalam diri apakah yang telah ALLAH berikan kepada kita dalam hidup ini. 

Ingatlah, usah terlalu mudah beranggapan bahawa ALLAH menolak doa kita.  Jauhilah prasangka itu!


Baca Juga : Jaga Lidah Berkatalah Yang Baik


Sumber : Buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah (ms : 137 - 139)

Post a Comment

2 Comments

  1. Allah swt sangat suka mendengar doa hamba2Nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, walau dah dimakbulkan, kita teruskan berdoa juga

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!