Bubur Asyura sangat sinonim bila tiba bulan Muharram kerana 10 Muharram adalah Hari Asyura. Antara tradisi masyarakat Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini, ia disambut dengan membuat dan mengadakan jamuan Bubur Asyura. ‘Bubur Asyura’ atau ‘Bubur Suro’ adalah makanan yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan sempena meraikan Bulan Muharram terutama hari ke – 10 Muharram (Hari Asyura).
Apa Itu Bubur Asyura
Bubur Asyura dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha. Dikatakan Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura
Jenis bubur Asyura di Malaysia
Bubur Asyura Utara
Disebut buboq syura, teskturnya kental malah ada juga yang kadangkala boleh dipotong seperti kuih sama seperti bubur Asyura Pantai Timur. Campuran beras, tepung, gula, kekacang, pisang, jagung, ubi-ubi seperti keladi, keledek dan sangat manis rasanya. Dimasak dengan masa yang agak lama.
Bubur Asyura Pantai Timur
Lebih tepatnya disebut suro di Kelantan dan sure di Terengganu, teksturnya sangat kental dan sama seperti jenis kuih talam dan perlu dipotong untuk dihidangkan. Bahan yang digunakan agak sama dengan bubur Asyura Utara tetapi dimasak bersama tumisan bawang, halia, lengkuas, daging, ayam dan rempah khas. Juga dimasak dengan masa yang lama.
Bubur Asyura Selatan
Tekstur yang lebih ceroi dan cair serta tidak manis, sama seperti bubur lambuk cuma ditambah pelbagai jenis kekacang.
sumber : wikipedia
1. Resipi Bubur Asyura Utara
Bahan-bahan:
1 kilo tepung beras
1/2 kg gula putih
1/2 kg gula merah
1 cawan gula apong (jika ada)
1/2 kg kacang kuda
1/2 kg kacang hijau
10 biji pisang emas
3 tongkol jagung
1 1/2 kg santan (lebihkan santan kalau nak berlemak)
4 liter air
Garam sikit
*Boleh tambah bahan lain seperti ubi keledek, lobak merah dan lain-lain mengikut kesukaan.
Cara memasak:
1. Rendam semua jenis kacang dan rebus sehingga empuk.
2. Cairkan gula merah dengan sedikit air dan tapiskan.
3. Bancuh tepung dengan air sampai cair dan tak berketul.
4. Panaskan kuali/kawah/periuk pun boleh.
5. Masukkan santan, gula putih, gula merah, gula apong dan garam ke dalam tepung yang dibancuh tadi.
6. Masukkan juga kesemua kacang dan jagung.
7. Kacau sehingga bancuhan tadi menjadi pekat. Kena selalu kacau supaya bahagian bawah tak hangit.
8. Bila dah pekat dan masak, lapik bekas dengan daun pisang dan tuangkan bubur.
9. Biarkan sehingga sejuk sebelum dipotong untuk dhidangkan.
Sumber: Facebook Rosliza Abdul Halim
Baca Juga : 15 Resipi Pengat Mudah Dan Sedap
2. Resipi Bubur Asyura Pantai Timur
pix sumber FB Iyrah Bustamam |
Bahan A
1 kg beras
1/2 kg kacang hijau
4 biji telur – opsyenal
Air secukupnya – termasuk air rebusan daging
Bahan B
150 gram kacang merah – boleh tambah
6 tongkol jagung – saya guna 3
2 biji ubi keledek – potong dadu
Bahan C
1/2 biji kelapa – 1500 ml santan
200 gram rempah asyura
Bahan goreng dan kisar di bawah
Bahan D
1 kg daging – kalau 1 1/2 kg lagi sedap
1 1/2 – 2 sudu besar garam kasar
6 cawan gula – ikut suka manis
1 sudu besar gula apong – opsyenal
2 keping gula melaka
Bahan Goreng & Kisar
14 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
1 inci halia
4 hiris lengkuas
Cara membuat
1. Rebus daging menggunakan periuk Noxxa 20 minit. Selepas masak, carik carikkan daging seperti sambal daging.
2.Goreng bahan kisar dengan sedikit minyak dan kemudian dikisar hancur. Masukkan semula ke dalam kuali.
3. Masukkan santan dan rempah asyura bersama bahan kisar. Kacau sehingga naik minyak muda. Tutup api dan ketepikan.
4. Masak beras dengan kacang hijau dengan air secukupnya sehingga beras menjadi bubur. Setelah nasi menjadi bubur, masukkan kacang merah dan kacang putih (jika guna), jagung dan ubi keledek.
5. Masukkan rempah yang dimasak di atas, gula, gula Melaka dan garam. Kacau rata.
6. Masukkan daging dan telur. Kacau rata sehingga pekat. Guna stir fry jika guna periuk Noxxa. Kacau sampai pekat dan berat. Kacau rata sehingga naik minyak dan berkilat, boleh lah ditutup api.
7. Tuang asyura ke dalam loyang yang dilapik daun pisang. Bila sejuk bolehlah dipotong. Jika sebelum sejuk, asyura dimakan panas panas menggunakan sudu.
Nota:
Kalau hendak menggunakan periuk Noxxa, masak hanya 250-300 gram beras.
Jika suka, boleh goreng beras tanpa minyak sehingga garing dan wangi. Beras tersebut dikisar halus dan ditabur atas asyura. Lagi sedap dan wangi baunya.
Resepi sumber Azie Kitchen
3. Resipi Bubur Asyura Selatan Versi Pedas
2 cawan beras
2 cawan daging lembu /daging ayam kisar - yang cincang
3 sb rempah sup (boleh juga guna rempah briyani @ kurma)
2 cawan santan
Secukupnya Air (nak buat pekat @ sedikit berkuah)
1 sk serbuk lada putih
1 sk / lebih serbuk lada hitam
secukup rasa Garam dan gula
Serbuk perasa jika suka cth serbuk pati ayam
Bahan Kisar
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sb udang kering*
Bahan Tumis
1 pkt sup bunjut
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Potong Dadu
1 biji Kentang
1/2 batang Carrot
Untuk Taburan
Sedikit daun sup -dipotong halus
Bawang goreng
Cara Memasak
1. Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, tumis seketika baru masukkan bahan kisar. Tumis hingga sedikit garing dan naik bau.
2. Bancuh perencah sup ngan ½ cawan air, masukkan dalam tumisan tadi. tumis seketika
3. Masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih n sup bunjut dan sedikit air dulu. Masak hingga dging separuh lembut.
4. Kacau seketika masukkan beras dan kacang kuda jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula dan serbuk pati ayam jika suka. Sentiasa kacau supaya bubur tak melekat.
5. Apabila nampak beras dah kembang, baru masukkan kentang dan carrot.
6. Apabila kentang dan carrot dah lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.(macam buat bubur nasi). Perasakan dgn Garam secukupnya
7. Tutup api, hidangkan dan tabur bawang goreng dan daun sup / daun saderi. Sedia untuk dihidang.
Sumber : Cookpad Aznie Khasri
4. Resipi Bubur Asyura Perak
Bahan-bahan:
1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacang tanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
Cara penyediaan:
1 Bancuh tepung beras bersama 7 liter mair,kacau di atas api. Masukkan pati santan dan daun pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
2 Masukkan gula pasir,gula merah dan garam.
3 Masukkan kacang hijau,kacang kuda, jagung dan keledek.
4 Masukkan kesemua bahan yang lain dan kacau sehingga masak.
5 Bila sudah masak tuang ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.
Nota: boleh dimasukan isi durian, rasanya lagi bertambah sedap. Selamat mencuba!
5. Resipi Bubur Asyura Kelantan
Bubur asyura kelantan memerlukan masa yang begitu lama untuk masak. Sebab itulah di kampung-kampung, mereka akan sepakat buat gotong-royong. Biasanya jika bermula jam 8 pagi, lebih kurang jam 6.30 petang barulah siap.
Bahan-bahan:
Bahan A:
1 kg beras
1/2 kg kacang hijau
4 biji telur – opsyenal
Air secukupnya – termasuk air rebusan daging
Bahan B:
150 gram kacang merah – boleh tambah
6 tongkol jagung – saya guna 3
2 biji ubi keledek – potong dadu
Bahan C:
1 1/2 biji kelapa – 1500 ml santan
200 gram rempah asyura
Bahan D:
1 kg daging – kalau 1 1/2 kg lagi sedap
1 1/2 – 2 sudu besar garam kasar
6 cawan gula – ikut suka manis
1 sudu besar gula apong – opsyenal
2 keping gula melaka
Bahan goreng & kisar:
14 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
1 inci halia
4 hiris lengkuas
Cara penyediaan:
1 Rebus daging hingga masak dan carikkan halus. Goreng bahan kisar dengan sedikit minyak. Kemudian kisar hingga hancur dan masukkan ke dalam kuali
2 Masukkan santan dan rempah asyura bersama bahan kisar. Kacau hingga naik minyak muda. Tutup api dan ketepikan
3 Masak beras dengan kacang hijau dengan air secukupnya sehingga beras menjadi bubur. Setelah nasi menjadi bubur, masukkan kacang merah dan kacang putih (jika guna), jagung dan ubi keledek
4 Masukkan rempah yang dimasak di atas, gula, gula Melaka dan garam. Kacau rata.
5 Masukkan daging dan telur. Kacau rata sehingga pekat dan berat. Bila dah naik minyak dan warnanya berkilat, boleh tutup api dan tuang asyura ke dalam loyang yang dilapik daun pisang
6. Resipi Bubur Asyura Terengganu
1kg beras
250g kacang hijau
1/2kg ubi keledek
1kg daging
1 ekor ayam – dipotong kecil
2kg santan
250g kerisik
6 sudu rempah asyura
1/2kg dijadikan bawang goreng
1kg gula
Garam secukup rasa
Bahan dikisar:
1/2kg bawang merah
5 batang serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
Bahan hiasan:
kelapa goreng
isi ikan – hancurkan
telur dadar – hiriskan
Cara penyediaan:
1 Rebus beras, kacang, keledek,daging dan ayam dalam periuk sehingga lembut dan hancur.
2 Masukkan bahan dikisar ke dalam rebusan beras dan daging tadi.
3 Masukkan rempah, kerisik, bawang goreng dan santan.
4 Masukkan gula dan garam. Kacau sehingga rata dan pekat. Biasanya dalam 3jam.
5 Apabila siap, tuang di dalam bekas dan tabur bahan hiasan di atas bubur asyura.
6 Biarkan sejuk seketika sebelum dihidang supaya mudah dipotong.
7 Kalau nak sedap lagi simpan dalam peti ais dahulu. Selamat mencuba!
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!