Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar bila cikapplepie kini bergelar siswi. Syukur bila segala urusan kami dipermudahkan bermula dengan proses pengesahan kursus, ambil gambar, pengesahan borang, pembayaran dan pemeriksaan kesihatan di klinik. Kesemua ni diselesaikan habibi dengan si bongsu sepertimana dibuat dari anak yang sulung hingga ke nombor 5 tu sebab umi ni sibuk dengan hal ehwal di rumah bonda dan rumah sendiri.
Jarak 55km Ke Politeknik Nilai
Memang dah awal-awal lagi habibi bagitau nak bertolak selewat-lewatnya jam 7.15 pagi sebab tak nak bersesak dengan orang lain walau perjalanan hanya dalam 1 jam +-35 minit. Kalau ada rezeki dapatlah kot Cik Cha hostel di tingkat 1, memandangkan parents atau ahli keluarga tak boleh masuk ke asrama tapi seperti kedua kakaknya tapi Poli yang berbezalah. Kesian pula nak memikir dia seorang diri akan mengangkut bagasi yang besar dan barangan lain seperti baldi, bantal dan macam-macam yang dah dia siapkan dua minggu sebelumnya.
Alhamdulillah, perjalanan agak lancar selain duit tol pun lancar keluarnya dan kiranya sampai Nilai mengikut kiraan masa habibi. Sempat juga bersarapan di Restoran Suhada, bimbang proses pendaftaran yang lazimnya mengambil masa dan perut nanti berkeroncong.
Lapar, memang masing-masing lapar, dahlah keluar awal dan tengok pulak pulak sajian kat kedai ni menarik sangat dengan bihun soto, lontong dan lauk untuk makan tengahari pun dah tersaji. Tapi kami cuma ambil yang cepat dengan nasi lemak setiap seorang dan KC Iman makan roti canai. Harga kesemuanya untuk kami berlima dalam RM35 termasuk air.
Pendaftaran Cepat
Tak boleh nak bayangkan perasaan CikCha sebab dia duduk dibelakang dan nampak cool jer tapi dalam hati tak tahu apa yang bergolak. Tak pe, nanti dia akan biasa dan kena pandai sesuaikan diri walau memang rasanya dia okay.
Pendaftaran kemasukan hanya dibuat di kawasan parkir dan berdekatan padang bola yang luas. Kesian anak-anak kena beratur dalam terik matahari tapi ok kot untuk membiasakan diri dengan aktiviti yang akan dilakukan nanti.
Masa CikCha beratur tu, umi siap kira yang dia berada di barisan kurang 45 orang, dan ramai ibubapa yang menunggu anak masing-masing, siapa ambil gambar, video dan tak terkecuali umi sendiri la. Memang nak kena simpan seperti mana umi simpan untuk anak-anak terdahulu kecuali Ayong dan Ammar sebab masa tu pakai Blackberry tapi gambar tidaklah cantik macam kamera dari handphone masakini kan;.
Baca Juga : Cik Meya Graduan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
Jalan-Jalan Ke Aeon Nilai
Serah Borang Secara Fizikal
12 Julai lepas, kami ke sini nak serahkan borang pendaftaran secara fizikal dan dapat juga kenal-kenal jalan supaya bila tiba hari kemasukan nanti dah tahu apa dan dimana bangunan yang harus diituju, kata habibi.
Memang laju sesi serahan sebab tak ramai yang menghantar cara sebegini kerana borang sudah lengkap dan borang boleh dihantar secara kurier.
Selain Cik Meya, graduan PSIS yang dapat deanlist, Kak Cik Iman juga merupakan graduan Polimas dan sekarang PJJ di UiTM Puncak Alam dan bakal tamat pada 2026.
Struktur Program Kejuruteraan Pembuatan (Mechatronic Engineering)
Memang agak tough jurusan ni sebab KY Amanda pun dah lalui, cuma mungkin sedikit berbeza sebab yang ini peringkat Diploma. Wallahuallam.
Politeknik Nilai
Politeknik Nilai, adalah politeknik yang ke-23 ditubuhkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 1 April 2007 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Politeknik ini terletak di Bandar Enstek, Labu, Negeri Sembilan dan mula beroperasi di kampus sementara dengan pengambilan pertama pelajar pada Disember 2007.
Kursus- Kursus Di Politeknik Nilai
6 program yang ditawarkan diperingkat Diploma sahaja, terdiri daripada 3 Jabatan iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri.
Kursus dibawah Jabatan Perdagangan ialah
- Diploma Sistem Maklumat Perniagaan (DBS)
- Diploma Kewangan & Perbankan Islam (DIB)
- Diploma Pengurusan Lojistik & Rangkaian (DLS)
- Diploma Pengurusan Peruncitan(DRM)
- Kursus dibawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal ialah
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
- Diploma Kejuruteraan Mekatronik(DEM)
- Kursus dibawah Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri ialah
Diploma Holtikultur & Landskap (DLH)
- Diploma Bioteknologi (DBT)
Sumber : Wikipedia
Informasi
Politeknik Nilai mempunyai 3 blok asrama 4 tingkat yang mampu menampung seramai 404 orang pelajar lelaki dengan satu (1) blok asrama dan seramai 808 orang pelajar perempuan dengan satu (2) blok asrama.
Blok Asrama Pelajar Lelaki
Blok Jati: Kapasiti 404 orang
Blok Asrama Pelajar Perempuan
Blok Cengal: Kapasiti 404 orang
Blok Meranti: Kapasiti 404 orang
PERKHIDMATAN DI UNIT/ PUSAT
Bagi setiap blok asrama, setiap bilik menempatkan 4 orang pelajar dan dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut:-
- katil dan tilam
- kerusi dan meja belajar (student carrel)
- almari pakaian
- lampu kalimantang
- kipas
- Kemudahan yang disediakan di blok asrama adalah seperti berikut:-
Setiap aras dilengkapi dengan kemudahan bilik mandi, bilik membasuh, pantry, ruang menggosok, ampaian dan tandas.
Di aras bawah di setiap blok ada menyediakan kemudahan Bilik Rekreasi, Bilik TV, Bilik Sakit dan Bilik Gerakan Persatuan Pelajar Kolej Kediaman (PPKK).
Setiap blok asrama juga menyediakan kemudahan mesin pencuci, vending machine dan penapis air minuman.
sumber : https://pns.mypolycc.edu.my/index.php/test/17-menu-jabatan-pusat-unit/44-menu-kamsis
8 Comments
Oooo cepat pula ye pendaftaran Poli ... semoga success slalu anak nya tu hehehe
ReplyDeleteterima kasih dik, bagus cepat ni supaya cepat habis hehehe
DeleteThanks for your sharing
ReplyDeletethank you
DeleteBestnya jadi student. Teringin nak jadi student balik 😢
ReplyDeletekann...umi dia pun terasa nak jadi student balik tapi tak de kolej yg nak..hehe
Deletetahniah princess cantik, semoga terus sukses dan sentiasa di dalam perlindungan Allah swt, aamiin
ReplyDeleteKalau di UiTM..DEM tu membawa maksud Diploma In Estate Management..salam singgah
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!