Gulai Utara : Ikan Sembilang Dengan Telur Ikan DiMasak Campur Rebung Kuning

Setiap kali ke pasar, kalau nampak ikan semilang ni memang habibi tak lepaskan peluang untuk beli, lebih-lebih lagi kalau ikan tu ada telur. Selalunya ikan sembilang yang dibeli tidak terlalu besar cukup sekadar 2 ekor.

Ikan Sembilang Masak Gulai Dengan Telur

Gulai Ikan Sembilang

Bukan umi silap eja ikan semilang tu tapi kalau kat kampung habii, diaorang sebut ikan semilang bukan sembilang. Tapi tak kisah apa sebutannya sebab ikan ni memang sedap dimasak gulai utara dengan kuah yang tidak pekat, masam dan bertambah sedap dengan rebung kuning yang dipanggil rebung bukit.


Kalau balik Kerpan, rebung bukit ni akan diambil dari pokok buluh, diperisi dan jarang sekali dibeli. Memang sedap dan berbeza rasa dengan rebung yang dibeli kat pasar.


Bahan-bahan:

2 ekor ikan sembilang, disiang, dikerat 4 (ikut kesukaan)

3 sudu besar rempah kari ikan Adabi

Rebung kuning, dipotong dan dihiris 

1 cawan santan

½ cawan air

1 cawan jus asam jawa

2 tangkai daun kari

1 camca teh halba campur

garam secukup rasa


Bahan ditumbuk 

4 ulas bawang merah 

2 ulas bawah putih 

½ inci halia 


    Cara Penyediaan :

  • Rempah dicampur dengan air (dalam ¼ cawan) dan bawang yang ditumbuk dan dikacau hingga sebati.  Pastikan pes tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  • Panaskan minyak didalam periuk.  Tumis halba hingga naik bau dan masukkan bahan yang ditumbuk, dan daun kari, tumis hingga kekuningan dan naik bau.  
  • Masukkan rempah dan dikacau selalu untuk pastikan rempah tidak melekat dan hangit.


  • Bila nampak pecah minyak, masukkan rebung serta air asam jawa.  Masak hingga nampak rebung nampak sebati dengan rempah. Tambah air jika nampak agak kering. Biar dimasak dengan api sederhana.
  • Bila rempah nampak pecah minyak, masukkan santan dan kacau supaya sebati


  • Bila kuah hampir mendidih, masukkan ikan sembilang.  Ikan tak boleh dimasuk terlalu awal bimbang sebab isinya akan terlalu lembik atau hancur. Masukkan garam secukupnya.



  • Akhir sekali bila nampak isi ikan dah masak, masukkan telur ikan. Telur ikan smbilang ini tidak terlalu lembut sebab biji telurnya agak kecil tapi tetap kena hati-hati semasa mengacau supaya telur tak pecah
  • Masak dalam 5 - 7 minit dan boleh ditutup apinya dan dhidang.



Nota :
Rebung kuning dipotong dalam 2 inci dan kemudian dihiris di bahagian atas dan bawah supaya bila dimasak, rempah akan menyerap masuk dalam rebung

Post a Comment

2 Comments

  1. Pn is3 wak paling minat ikan semilang yang bertelur.
    Wak pulak tak makan ikan semilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. isteri Wak boleh geng dgn saya tu, mmg tak ramai suka ikan semilang sebab dia ada bau yg kuat kalau tidak dicuci dengan baik

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!