Kacang Panggang Ayam Brand™ : Nikmati Beans Mania, Pilihan Makanan Versatil Bagi Ibu-Ibu Pintar

Tambahkan kebaikan kekacang dalam hidangan  keluarga anda bersama sumber serat dan protein berasaskan tumbuhan terbaik, Kacang Panggang Ayam Brand™ 

Kacang Panggang Ayam Brand™


Adakah keluarga anda mendapat serat yang diperlukan bagi mencapai kadar kesihatan yang optimum? Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023, sebanyak 95.1% rakyat Malaysia tidak mengambil sayur dan buah-buah yang mencukupi setiap hari.


Adakah anda ketahui bahawa kacang panggang, satu pilihan makanan yang biasanya boleh didapati di dapur, merupakan sumber serat yang baik dan mengandungi protein tumbuhan? Ibu-ibu pintar, inilah masanya untuk menikmati mania kekacang (beans mania) dengan menambahkan kacang panggang dalam diet keluarga anda kerana ia merupakan satu makanan super yang kaya dengan nutrien, memberi manfaat kesihatan dan kesejahteraan, berharga berpatutan, memberikan keseronokan dan sedia untuk dimakan terus daripada tin!



Kacang panggang didatangkan dalam sos tomato yang enak, satu kombinasi yang kaya dengan nutrisi. Ayam Brand™ menghasilkan salah satu kacang panggang kegemaran rakyat Malaysia dengan menggunakan kacang haricot utara terbaik yang diimport dari Amerika Syarikat. 


Pada kebiasaannya rakyat Malaysia mengaitkan kacang panggang dengan hidangan sarapan tetapi ia merupakan satu ramuan enak yang versatil dan boleh dimanfaatkan secara kreatif dan menyeronokkan dalam pelbagai hidangan utama dan snek, daripada kari ke sos pasta, sup, telur dadar, mufin kacang (!) dan banyak lagi. 


Kacang Panggang Ayam Brand™ didatangkan dalam dua saiz - saiz keluarga 425g dan 230g, serta tiga varian berkhasiat yang enak. Anda boleh mendapatkan pilihan klasik Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato atau Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato bersama Keju yang diperkayakan oleh keju parmesan sebenar yang enak yang menambahkan lagi keseronokan rasa berkrim dan protein. Bagi mereka yang menginginkan rasa hebat seperti pilihan klasik tetapi dengan kandungan gula yang lebih rendah, Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato Light yang diformulasikan dengan 48% lebih rendah kandungan gula adalah pilihan anda. 


Berikut adalah beberapa sebab mengapa Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand™ perlu berada dalam senarai 10 makanan super dan versatil ibu-ibu pintar:


Kesemua varian Kacang Panggang Ayam Brand™ adalah sumber serat yang baik. Kandungan serat yang tinggi dalam kacang panggang membantu mengurangkan penyerapan gula dalam darah, mengenyangkan dan memberikan tenaga sepanjang hari. Satu tin Kacang Panggang Ayam Brand™ mampu menceriakan hari anda! 


Protein tumbuhan dalam kacang panggang membantu pertumbuhan otot, meningkatkan kekuatan serta pengembalian tenaga selepas bersenam. Ia merupakan sajian snek ideal untuk kanak-kanak, wanita hamil dan individu yang bertumpukan kecergasan, terutamanya selepas bersenam. 


Disebabkan kandugan protein, kacang panggang juga boleh dijadikan sajian alternatif untuk daging bagi golongan vegetarian. Secawan kacang panggang (240g) mengandungi 10g protein yang bersamaan dengan kandungan protein dalam 50g stik.  


Kacang Panggang Ayam Brand™ adalah rendah lemak - satu cara enak dalam mengurangkan risiko penyakit jantung. 

 

Kacang panggang dalam sos tomato juga kaya dengan zat besi. Ia merupakan sajian ideal untuk vegetarian, vegan dan wanita yang mengalami aras zat besi yang rendah. Zat besi membantu tubuh kita menghasilkan darah yang lebih sihat. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada rasa penat, kurang fokus serta aras tenaga yang rendah. Bagi kes-kes yang lebih teruk, zat besi yang rendah boleh menyebabkan anemia. Ibu-ibu pintar sedar bahawa penambahan kacang panggang dalam pemakanan keluarga mereka akan mampu memberikan pelbagai manfaat.


Ia kaya dengan likopen - sejenis antioksida yang diekstrask daripada tomato. Likopen berupaya mengurangkan kerosakan sel menerusi manfaat antioksidannya. Bagi bakal ibu-ibu pintar yang sedang merancang kehamilan mereka, penambahan kacang panggang dalam diet anda tiga bulan sebelum penghamilan boleh menambah folat yang boleh membantu meningkatkan aras Vitamin B secara semulajadi. Folat telah menunjukkan bahawa ia mampu mengurangkan kemungkinan kecacatan tiub saraf dalam kalangan bayi. 



Sertai Permainan Mania Kekacang di laman Instagram Ayam Brand™ @ayambrandmy untuk memenangi hadiah menarik antara 17 hingga 30 Julai 2024. Nikmati penjimatan dengan membeli sebarang produk  Ayam Brand™ bernilai RM40 ke atas daripada laman Ayam Brand Shopee atau Ayam Brand Lazada untuk menikmati penghantaran secara percuma. Tambahkan varian Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand™ pilihan anda pada harga hanya RM4.60 bagi tin besar 425g atau RM3.35 untuk tin 230g. 


Cadangan hidangan

Kacang Panggang Ayam Brand™ adalah snek mudah yang boleh dinikmati terus daripada tin. Bagi hidangan versatil dan mudah disediakan, tiada yang lebih ringkas berbanding kombinasi telur dan kacang panggang. Tambahkan Kacang Panggang Ayam Brand™ sebagai asas sos pasta, sup kacang ala minestrone segera mahupun kari!



Produk-produk Ayam Brand boleh  didapati di kedai-kedai runcit berhampiran anda, termasuk rangkaian, Aeon, Aeonbig, Econsave, Giant, Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotuss, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers dan Family Store. Produk Ayam Brand™  juga boleh didapati di laman Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada.


Mengenai Ayam Brand™

Ayam Brand™, adalah satu jenama warisan Tanah Melayu terkemuka di Malaysia dan Asia selama 131 tahun yang dikenali untuk pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggi dan sihat yang bebas daripada bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk-produk Ayam Brand™ dihasilkan di kemudahan-kemudahan berteknologi terkini yang memenuhi standard antarabangsa tertinggi dan menerima pensijilan yang diiktiraf antarabangsa (HACCP, ISO 9001). Rangkaian produk Ayam Brand™ juga telah menerima pensijilan Halal.  Ayam Brand telah disenaraikan dalam senarai putih Jakim sebagai Jenama Makanan Halal Yang Diyakini.Ayam Brand™ telah disenaraikan sebagai antara 10 Jenama Pilihan FMCG Malaysia, menurut Kajian Jejak Jenama Asia 2023 oleh Kantar Worldpanel.


Untuk maklumat lanjut berkenaan Ayam Brand™, sila layari www.ayambrand.com.my atau sertai https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia. 

Post a Comment

2 Comments

  1. semuanya saya suka beli dan gunakan... kacang panggang, santan, tuna spread... Kacang panggang tu paling suka makan dgn kentang bakar.. tiba rasa macam berdarah kacukan.. padahal kacuk jawa-melayu je

    ReplyDelete
  2. sedap kacang panggang Ayam Brand compared dgn brand2 yg lain..selalu mkn dgn roti kosong & buat sos pasta...masak kari x pernah lg...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!