THSS : Aepul Roza Juara Pertama The Hardest Singing Show, Bawa Pulang RM150,000

Tahniah Aepul Roza! Memang kami rasa anxiety menunggu siapa juara antara Aepul Roza dan Ayda Jebat selepas Stacy dinobatkan di tempat ketiga. "She deserved to be top 2" kata Cik Meya dan yang lain merujuk kepada Stacy yang setiap minggu mendapat undian dalam talian sebanyak 9 kali! Tapi boleh nak dibuat kerana markah terbanyak datangnya dari juri tetap dan juri jemputan yang pastinya punya favorite artis atau terikat pada apa yang pihak Astro tetapkan. Mungkin kan.


Jujur kami sekeluarga sedih sebab Stacy di tempat ketiga kerana bagi kami dia selayaknya di tempat kedua tapi mungkin bukan rezeki dia.


Keputusan Dan Markah Pemenang

Juara : Aepul Roza (82.30%)  - RM150,000

Naib Juara : Ayda Jebat (80.81%) - RM20,000

Ketiga : Stacy (75.09%) - RM10,000

Keempat : Aisha Retno (74.69%) - RM5,000

Kelima : Putera Muhammad (73.51%)- RM5,000

Keenam : Zizi Kirana (63.39%)  - RM5,000


Komen :

Stacy dan Zizi punya suara yang bagus tapi punya kelebihan dalam tarian. Aepul Roza dan Putera Muhammad juga suara bagus tapi tahap kreativiti Aepul memang dashyat.  

Tema 1: Taruhan Akhir - Peserta memilih salah satu tema dari minggu-minggu lalu

  • Aisha Retno - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris) - Tema Dunia Belagu
  • Ayda Jebat - Malam Ini Kita Punya (Bunkface) - Tema Dunia Belagu
  • Zizi Kirana - Atouna El Toufoule (Remi Bendali) - Tema Revolusihat
  • Stacy - Erti Hidup (Dayang Nurfaizah) - Tema Mega Dansa
  • Putera Muhammad - Jeritan Batinku (Tan Sri P Ramlee) - Tema Rotasing
  • Aepul Roza - It's My Life (Bon Jovi) - Tema Emosi Instrumentasi

Tema 2: Kolaberdua (Dua peserta bekerjasama dalam persembahan)

  • Ayda Jebat X Aisha Retno
  • Stacy X Zizi Kirana
  • Aepul Roza X Putera Muhammad


Keputusan Konsert Minggu 9 /Separuh Akhir 

Tema: Luar Limitasi (Persembahan Ekstra Luar Biasa)

  • Aisha Retno - Getaran Jiwa (P Ramlee) - 90.74%
  • Ayda Jebat - Sedang Ingin Bercinta (Dewa 19) - 89.80%
  • Zizi Kirana - Amboi (Altimet) - 85.15%
  • Stacy - Peronda Jaket Biru (Wings) - 84.87%
  • Putera Muhammad - Hati Yang Kau Sakiti (Dato Sri Rossa) - 77.98%
  • Aepul Roza - In the End (Linkin Park) - 72.20%


The Hardest Of The Week (Markah Tertinggi) - Aisha Retno

Pemenang Pilihan Alha Alfa (Undian Dalam Talian) - Stacy

Tiada penyingkiran


Juri Tetap & Pengacara

Edry Abdul Halim Datuk Seri Rossa dan Zizan Razak sebagai juri tetap. Pengacara dan penyampai radio Nabil Ahmad bergandingan dengan Rina Nose, pengaca, pelawak dan penyanyi popular dari Indonesia.






Hadiah Juara

Pemenang juara THSS akan menerima ganjaran wang tunai sebanyak RM150,000 dan trofi sumbangan Astro


Hadiah Mingguan

Anugerah The Hardest OF Night (Markah Tertinggi) - RM2,000

Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa (Undian Dalam Talian - RM3,000


Lagu Tema

Astro melancarkan lagu tema 'I'm The Best' yang ditulis oleh komposer muda, Iqie Hugh


Penaja

Alha Alfa Cosmetics merupakan penaja utama 'The Hardest Singing Show'



Senarai Peserta The Hardest Singing Show

Seramai 9 orang penyanyi hebat yang megambil bahagian dan mempertaruhkan kemantapan vokal serta daya persembahan pada progam realiti The Hardest Singing Show yang bermula 12 Mei 2024


  • Datin Alyah - Tarik diri
  • Kaka Azraff - Tersingkir
  • Epul Roza
  • Zizi Kirana
  • Putera Muhammad
  • Aisha Retno
  • Ayda Jebat
  • Kumpulan De Fam - Tarik diri
  • Stacy


Rancangan ini disiarkan  di Astro Ria (saluran 104) juga boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro Go dan Sooka.

Facebook Astro Gempak

Laman web www.gempak.com

Youtube https://www.youtube.com/@astrogempak

Post a Comment

0 Comments