Review : Novel Pada Masa Yang Terhenti Karya Osman Deen

Surat merentas ruang masa? memang lain sungguh novel karya Osman Deen yang menarik hati umi untuk membelinya di shopee dan kemudian tengok agak ramai yang mengatakan novel ni best. uku ni memang sesuai dibaca oleh caretaker atau caregiver yang sedang menjaga atau ada pengalaman sebagai caretaker orang yang terlantar sakit.



Novel Pada Masa Yang Terhenti

Pada Masa Yang Terhento



Penulis: Osman Deen
Muka Surat: 300 m/s
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2024
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.25kg



Sinopsis Novel Pada Masa Yang Terhenti

 “Macam mana aku nak hidup tanpa abah?” 
 
“Aku pun takut, Malik. Tetapi sementara ada masa, kita hargai dia boleh?” 

Malik terdesak — kerana dia tahu, waktu abah semakin singkat. Dia kasihan melihat ibu yang lelah bekerja dan menjaga abah. Walau sebanyak mana pun Malik cuba meringankan derita mereka, masih tidak cukup. Jarum masa tetap berdetik.   




Tertekan dengan hidup, Malik mula meluahkan isi hatinya ke dalam surat yang dimulai dengan:  

“Ke hadapan malaikat maut ….” 

Surat yang hanyalah suatu luahan, namun tanpa disangka-sangka, mendapat balasan daripada seorang gadis bernama Kuntum. 

“Kuntum, siapa ni? Ada orang main-mainkan aku ke? ” 

“Malik, Tuhan hadirkan aku supaya kau terus kuat.”  

Apabila Malik mula menerima realiti hidupnya, kesihatan abah tiba-tiba merosot mendadak. Kesabaran Malik hancur berkecai. Dia akhirnya terjerumus ke dalam gaung yang gelap dan dalam. Dalam situasi getir ini, adakah Malik perlu terus menongkah arus takdir — atau melepaskan demi menghargai yang masih ada?  
 

Pada saat ini, adakah surat Kuntum mampu menyelamatkannya?


Ulasan Peribadi

BURNT OUT! Kisah seorang anak yang menjadi caretaker, menjaga ayah yang sakit kanser tahap akhir.

Kesian pada si ayah yang menangung sakit, kesian pada siibu yang harus bekerja dan lelahnya Malik menjaga si ayah hingga menangguhkan pengajian. 

Tidak dapat dipastikan berapa usia Malik tapi dia tangguhkan pengajian demi menjaga ayahnya yang sakit kanser.

Lebih memburukkan ada suara-suara yang menganggu hingga Malik menitipkan surat kepada Izrail. Menjemput Izrail ke rumah untuk menamatkan derita siayah. 

Surat yang ditulis disisipkan di dalam sebuah novel, kemudiannya ditemui Kuntum yang hidup pada  tahun 1969, didalam novel yang sama. Bezanya surat yang diterima Kuntum dalam keadaan cantik sementara surat balasan dari Kuntum, kekuningan kertasnya.

Menariknya surat Malik menyelamatkan keluarga Kuntum dari ancaman 13 Mei dan Kuntum juga menyelamatkan Malik yang hampir menamatkan nyawa ayahnya dengan menitipkan Orkid untuk mencari Malik di tahun 2019.

Memang tersentuh dengan kisah Malik dan Kuntum yang awalnya saya fikir dah macam cerita Korea, W Two Worlds dengan dua dimensi tapi tak serupa ya.

Bayangkan surat Malik dibalas dengan pengunaan bahasa dan ejaan yang sangat janggal bagi anak muda di zaman moden.

Sesungguhnya burnt out is real! 

Mereka yang burnt out perlu sokongan, perlu didengari dan harus bercerita supaya tidak terbeban. Mereka nampak kuat tapi tidak sebenarnya.

Ada babak Malik memberi makan kepada ayahnya melalui tiub mengingatkan saya pada Allahyarham abah yang hanya minum susu melalui tiub hingga ke nafas terakhirnya.

5⭐️ dengan penulisan yang cukup cantik dan bahasa mudah walau surat balasan Kuntum akan membuat kita terhenti untuk memahami kerana ditulis dalam ayat mereka yang lahir tahun 60an.



Rating : 5/5

Post a Comment

0 Comments