Pasar Day! Roti Boom Dan Nasi Lemak Kangkung Pasar Datuk Keramat Jadi Favorite

Hari Sabtu adalah pasarday bagi umi sejak beberapa  tahun dulu hingga kini, cuma sekarang ni pergi ke pasar tu dua minggu sekali sebab tak larat dah nak ke sana setiap minggu dengan rutin yang sama. Rutin setiap minggu bertukar ke dua minggu sekali sejak tahun lepas sebagai percubaan dan, Alhamdulillah, stok makanan tak pernah putus dan kadang-kala masih ada lebihan bila ke pasar pada minggu ketiga.



Apa Yang Dibeli Di Pasar

Kalau ke pasar ni, memang kami dah siap tahu bahagian masing-masing seperti ayam, ikan, makanan laut adalah tugasan habibi sementara umi akan ke gerai daging, sayuran, bahan kering, sayuran kampung dan santan


Tugasan habibi


1. Gerai ayam segar yang disembelih depan mata dan cara penyembelihan ayam pun memang mengikut syarak tapi kalau ditanya harga, memang agak mahal berbanding harga ayam yang boleh di beli di pasaraya. Kalau dulu kami beli 2 ekor ayam setiap minggu, tapi kini 4 ekor ayam setiap dua minggu dan kadang kala ada tambahan seperti itik atau ayam kampung.


Kat gerai ni, ayam disembelih seperti mana dalam syarak, cara disembelih, cara dia basuh pisau sembelihan pun tepat.


2. Gerai Ikan / Udang / Sotong

Gerai yang dipunyai Anuar ni memang jadi favorite sebab selain harga yang berpatutan, mereka ni pun ramai tapi hampir semua peniaga kat pasar ni ramah sebab kami dah bertahun membeli kat sini. Makanan laut ni memang kena ada stok dan lazimnya 3 atau 4 jenis ikan selain ikan kembung atau ikan tongol yang harus ada dalam stok selain udang dan sotong.


Kalau teringin tu, ketam, siput retak seribu atau kerang jadi pilihan bila dah tersedia menu yang akan disediakan dengan makanan laut ini.



Bahagian tugasan umi

1. Gerai Daging memang jadi kemestian dibeli sebanyak 2 kilo atau lebih tak termasuk kadang kala ditambah dengan daging cincang, tulang rusuk, paru mahupun perut. 

Kalau dulu memang beli daging pejal tempatan tapi lebih jimat beli daging import sebab bukan nak memasak pada hari yang sama, tetap kena simpan dalam peti sejuk tapi kalau untuk gulai raya memang umi akan beli daging tempatan yang segar. Lebih manis kata habibi.

3. Gerai barangan kering. Kat sinilah umi kenal ikan bilis pepat yang sedap dan Mizi memang tahu ikan bilis mana yang sedap rangup bila digoreng. Bestnya kat sini ada dilabel bawang dari negara mana, kalau dulu cuma kenal bawang siam, bawang india tapi rupanya ada bawang dari Burma juga dengan harga yang berbeza. Ada beberapa jenis sotong kering dengan harga yang berbeza. Tanya je pada Mizi, dia memang pakar.


Kat sini juga semua barangan ada label, jadi bila membeli itu lebih berhemah seperti cili kering yang ada 3 jenis cili kering, beberapa jenis bawang kecil dari India, Pakistan, Myanmar dan Siam. 


4. Gerai Sayuran - Gerai Jeff/Jepp ni memang port favorite sebab kat sini boleh dikatakan semua sayuran yang umi nak ada je terutama cili masak Kulai. Dulu sebelum dia bekerja dengan orang lain kat gerai sayuran berdekatan gerai ayam,  memang lebih senang berurusan dengan Jepp atau Ard. 

2. Gerai sayuran kampung - Memang tak sangka kat gerai sayuran kampung ni kadang kala ada ulaman kampung rare seperti daun dan buah putat, ulam temu pauh, daun untuk buat kerabu


3. Santan segar - Selalunya umi hanya perlu tunjuk jumlah jari dari jauh jer untuk mereka sediakan bungkusan santan RM2 dan bila selesai urusan membeli bahan yang lain, dah tersedia santan untuk dibawa balik.


Nasi Lemak Kak Nor


Gerai ni memang kena singgah awal bila sampai ke pasar sebab kalau nak tunggu memang kena beratur panjang tapi kedai ini dah sediakan no giliran dimana pembeli kena ambil nombor dan tunggu no mereka  dipanggil dan seterusnya penjual akan siapkan nasi lemak ikut apa yang diminta.

Nasi lemak kukus Kak Noor ni sedap sebab adanya kangkung dan pilihan lauk seperti ayam goreng, ayam rendang, rendang daging dan sambal sotong kering yang setiasa jadi pilihan kami.

Selain nasi lemak, ada juga pulut kuning dan kuih muih yang dijual dengan harga RM0.70 tapi masih bersaiz besar dari gerai lain. Kuih apam kampung kat sini pun sedap.


Roti Boom Pasar Datuk Keramat



Roti boom sedap di Pasar Datuk Keramat ni memang cukup lembut dan tebal.  Selain dari roti yang sedap, semestinya kuah dal yang pekat sedap tu jadi kesukaan kami selain sedap sungguh bila dihidup. Kalau nak lagi sedap, ada sambal tumis yang umi letakkan ikan bilis untuk dimakan bersama roti boom ni selain kuah roti boom ini juga diberikan sambal.


Gerai Samosa Dan Ayam Goreng

Gerai ni terletak di bahagian depan pasar ni selalu jadi singgahan untuk beli samosa ayam dan daging. Selain samosa, ada juga ayam goreng tepung dan ada juga congkeng goreng bersalut tepung. Memang recommended sebab samosanya sedap dan terasa isi daging atau ayamnya.


Berapa lama di pasar?


Memang agihan tugasan ni buat kerja kami lebih cepat sebab dalam masa 2 atau kurang 3 jam urusan membeli dapat diselesaikan tanpa buang masa.

Apa yang pasti, membeli dengan peniaga yang dah cukup kami biasa ni memang mudah, tak perlu nak minta kurang sebab peniaga yang kami dah biasa ni sendiri bagi diskaun. Alhamdulillah, itulah rezeki namanya kan.

Post a Comment

3 Comments

  1. bertahun dah rasanya tak masuk pasar keramat, kalau dulu selalu ikut mak sedara ke sini naik bas Sri Jaya hehe nostalgia silam , ana lama duk Keramat tu sis.. dari habis belajar sampai lah berumahtangga , lepas tu baru pindah ke Ampang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke AJ, wahh lama betul tu dan nostalgia sungguh dgn naik bas Sri Jaya tuu. Seronok di pasar ni sbb majoriti peniaga adalah orang Melayu kita dan ada juga org seberang

      Delete
  2. lama tak ke pasar keramat.. kalau ke sana, i pun boleh rambang mata nak beli itu ini

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!