Hujung minggu yang tak relax kisahnya. Hari Sabtu dah sibuk dengan aktiviti KRT untuk memasak bubur Asyura, sementara habibi pula ada tugasan kerja hingga lewat petang. Ingat boleh rehat pada hari Ahad tapi KY pula minta dihantar untuk tugasan di Puncak Alam sampai pecah rekod lebih 10,000 steps!
Diari 21 Julai 2024
Memang tak sangka, boleh cecah 10,457 steps untuk seharian ni. Penat tu tak boleh nak habaq la, sampai kaki rasa kebaslah, betis rasa keras..haha
Alpha Galaxy Logistics Hub
Ini kali kedua umi dan habibi temankan KY untuk buat check stock, saja dia nak bermanja lebih sebab malas nak drive seperti sebelumnya, tapi memang elok pun kami ikut sebab lokasi storage ni jauh di Puncak Alam dan kawasan yang luas dan sunyi sampai tak nampak orang pun kecuali seorang dua warga asing. Bila rakan Analyst dia sampai, baru la nampak sibuk penuh kereta di parkir.
Pertama kali dulu, hanya kurang dari 2 jam dah selesai kerjanya, kemudian kami jalan-jalan ke Kedai Coklat Viral tapi tugasan kali ni lebih 3 jam kami tunggu, sampai mengantuk pun ada.
Memandangkan dah lewat, lawatan ke Ikea dibatalkan sebab kat situ pun dah makan masa walau hanya tengok-tengok barangan.
Digital Mall
Lunch @ Nasi Ayam Melaka
Bila ditanya siapa yang lapar, semua sebulat suaralah lapar, jadi kami singgah makan di food court Digital Mall ni untuk makan nasi ayam, paling senang dan cepat
Laptop Buat CikCha dan Umi
Kalau ikut perancangan, kami akan ke IKEA tapi sebab dah lewat, terus kami ke Digital Mall di PJ sebab nak belikan laptop untuk CikCha yang akan daftar masuk Politeknik. Memang tak lama sangat kat sini, ada lebih kurang 2 jam
Nak jadi rezeki, bila habibi cakap nak belikan laptop untuk umi sebab laptop yang kat rumah tu dah uzur sangat, siap kena guna external keyboard. Maka laptop HP, jadi pilihan sebab harganya agak murah dan paling penting ringan untuk dibawa travel.
Kenanga Wholesale KWC
Dah lama sebenarnya tak ke sini, ada dalam 5 tahun atau lebih rasanya, sementara KY Amanda dan adik-adiknya dah 3 kali sebelumnya untuk cari barangan keperluan majlis dia nanti.
Memang jenuh dan pantang nampak kerusi jejr, memang umi duduk sebab bila berjalan dengan orang muda ni, memang penat tambahan pulak KY ni cerewet sungguh sebab nak pastikan warna baju aunties dan uncles tu sedondon.
Lebih 3 jam kami berjalan dari satu tingkat ke satu tingkat, memang keras perut betis tau! Memang pengalaman sangat lah
Dinner @ Member Tomyam Seafood
Dah lama kami tak berkunjung ke kedai makan Member Tomyam Seafood, kepunyaan Along (Allahyarham meninggal 6 Mei 2024) yang terletak di Medan Selera D'Rejang ni. Kali terakhir rasanya tahun lepas dan Along ni seperti biasa memang sangat mesra, mana taknya dah kenal dia lebih 30 tahun kot sewaktu sama-sama masih belum berkahwin.
Kalau waktu Along ada, dialah yang ambil order sementara isterinya yang memasak tapi kini isterinya yang ambil order, memasak dan rabung bercerita perihal Allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.
Masing-masing muka dah penat sangat tu, tapi lapar, jadi kena makan dulu dan balik boleh rehat dan tidur awal.
3 Comments
Betul2 sihat di hari ahad... Hihihi.. Lama linda tak pergi KWC tu... Last masa 2015 tak silap
ReplyDeleteheee...sihat sampai lenguh dan lemah lutut heee
DeleteWahhhhh menarik aktiviti kombinasi sihat berjalan + shopping + makan2. Saya suka aktiviti sebegini😅
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!