Program Kibarkan Jalur Gemilang Anjuran KRT 2C Wangsa Maju Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 67

Alhamdulillah, program kelima KRT 2C Wangsa Maju bertepatan dengan bulan kemerdekaan, program kibarkan bendera Jalur Gemilang ni berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang cukup simple tapi meriah dengan kehadiran Ahli Parlimen Wangsa Maju



Kibarkan Bendera Jalur Gemilang

Program Kibarkan Bendera KRT 2C Wangsa Maju

Segala persiapan dari logistik ke jamuan berjalan seperti yang dirancang dan sebagai Setiausaha, tugasan umi lebih banyak dengan mengadap komputer membuat surat jemputan, surat mohon sumbangan tapi sudah makin mudah sebab segalanya melalui whatsapp sahaja.


Alhamdulillah, ahli KRT yang lain sangat bekerjasama dan tanpa mereka, semua ini tak berjalan dengan lancar.



Pengalaman Sebagai Emcee

Kalau bercakap depan public memang tak ada masalah tapi buat pertama kali jadi emcee yang bukan hanya cakap sepatah dua tapi beribu patah. Bukan gentar tapi risiau sebab nak kena sediakan teks supaya tidak nama setiap VIP tidak disebut salah dan susunan aturcara pun kena betul.


Sadis sebab lupa nak minta kawan lain tolong ambilkan gambar untuk kenangan hehee. Tak pe, next time kita ambil banyak-banyak


Tapi bila tiba nama Ustaz tu memang rasa bersalah sebab last minit baru tahu nama dan tiada pula ejaan yang diberikan. Secara jujurnya, umi memang tak suka bila nama kita salah disebut apalagi orang lain kan.


Bila jadi emcee ni, kena buat ayat yang menarik, antaranya mesti ada pantun dan mujur dapat juga buat 3 pantun diselang seli dengan pengumuman. 


Selain buat teks sendiri, Pengerusi pulak mesej minta buatkan teks ucapan untuk dia. Sebagai ghostwriter, tu semua kacang jer..hehee

Atucara Majlis


MASA

PERKARA

08.00 pagi

AJK KRT berkumpul di parkir E2

0830 pagi

Ketibaan jemputan dan penduduk Wangsa Maju

0930 pagi

Ketibaan Yang Berhormat Tuan Ts Zahir Hassan

Ahli Parlimen Wangsa Maju

10.00 pagi

Nyanyian Negaraku, Lagu Wilayah

 

Bacaan Doa

 

Ucapan Aluan oleh :

Encik Teen Sang Wing

Pengerusi KRT Wangsa Maju 2C

 

Ucapan Perasmian dan pelancaran majlis oleh :

Yang Berhormat Tuan Ts Zahir Hassan

Ahli Parlimen Wangsa Maju

 

Upacara penyerahan bendera untuk petugas dan pemasangan bendera bermula.

11.30 pagi

Bersurai / Program memasang bendera diteruskan




Ini antara gimik pemasangan bendera yang turut dilakukan oleh YB Tuan Ts Zahir Hassan di salah sebuah blok  dan sebanyak 84 helai bendera dipasang di blok-blok yang lain.

Tema & Logo Hari Kebangsaan / Merdeka & Hari Malaysia 2024




‘Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.


Pemilihan tema itu merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya

HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Jiwa Merdeka menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.

Logo Hari Kebangsaan 2024

Logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2024.

Pemilihan logo Malaysia MADANI yang dikekalkan daripada 2023 ini berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’ serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.

Logo Malaysia Madani


Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia
Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan

Warna Biru - Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
Warna Merah – Keberanian, jatidiri dan keazaman
Warna Kuning – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
Warna Putih – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni

Post a Comment

2 Comments

  1. syok kalau komuniti best ada macam-macam aktiviti

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best tapi rasanya not for me, juggling dengan rutin dan kerja komuniti yang menuntut masa buat rasa lelah. Mungkin faktor usia dan juga dealing dgn org kita ni memang penat wooo

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!