Solat Dengan Suasana Tenang Dan Damai Di Masjid Sri Sendayan

Masjid Sri Sendayan yang dibuka pada 20 September 2019 menjadi tular kerana keunikan hasil seni bina masjid hingga digelar sebagai Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah.


Singgah Solat Di Masjid Sri Sendayan

Alhamdulillah, dapat mengerjakan solat di sini selepas kali kedua sampai, sebabnya kali pertama hanya sempat ambil gambar dari jauh sebab hujan lebat sewaktu ambil CikCha untuk outing.

Masjid Sendayan

Kali kedua ini, datang ke sini selepas menghantar CikCha balik ke kolej dan kami singgah untuk solat sebelum meneruskan perjalanan balik ke KL.


Senibina Menarik

Difahamkan Masjid Sri Sendayan ini dibina dengan kos lebih RM100 juta itu adalah hasil seni dan arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.





Kebanyakan seni bina itu ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar.


Bukan setakat dalaman masjid ini cantik, di luar dan persekitaran masjid ini pun cukup membuat kita rasa tenang dan damai.





Fakta Masjid Sri Sendayan

  • Masjid ini diwakafkan oleh Tan Sri Abdul Rashid Hussain, pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB. Ini adalah masjid kedua diwakafkan oleh Abd Rashid selepas Masjid Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.
  • Terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar 
  • Masjid ini mempunyai 2 menara, tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu menampung seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua dengan 800 jemaah dan dewan solat wanita dengan 800 jemaah.

  • masjid itu turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.
  • Kapasiti jemaah: 5,000 orang


Lokasi Masjid Sri Sendayan

Masjid Sri Sendayan terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan ini mula dibina pada 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019. 

Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

 +606 775 9119  inquiry@masjidsrisendayan.com.my


Koordinat: 

3°00′16″N 101°40′22″E / 3.0043142°N 101.6726755°E Koordinat: 3°00′16″N 101°40′22″E / 3.0043142°N 101.6726755°E



Senibina

Masjid Sri Sendayan terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah)[1]. Masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.


Dalaman

Kebanyakan seni bina dalaman masjid ini ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar. Bahagian dalaman kubah utama dihiasi dengan cat emas 24k. Seni dalaman masjid ini menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.


Luaran

Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan tiga kubah kecil di bahagian laluan hadapan. Selain itu terdapat juga 2 menara di bahagian hadapan masjid.


Masjid Wakaf

Masjid ini diwakafkan oleh , Tan Sri Abd Rashid Hussain.



Post a Comment

5 Comments

  1. betul sis, ana suka sangat kalau dapat singgah solat di sini.. rezeki kan princess dah jadi warga negori selalu lah ronda-ronda N9 lepas nih, kami dulu ke Pilah tapi kejap je Kak Long cuma transit satu sem sementara kampus UiTM Tapah siap sepenuhnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya AJ, rasa tenang. Alhamdulillah, jadilah penutup seorang di Selatan yg dekat bukan Selatan jauh. Tu yg bestnya bila anak-anak belajar luar dari KL, mak2 mmg suka dapat jalan2 jugak kan..hehee

      Delete
  2. salam ziarah :) i pernah singgah kat masjid ni last year (rasanya), memang cantikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik dan persekitaran pun tenang kan..

      Delete
  3. Wahhhhh sukanya perkongsian ni. Udah lama teringin hendak ke sini. Semoga ada rezeki hendak solat di sini 1 hari nanti

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!