Singgah Solat Di Masjid Sri Sendayan
Kali kedua ini, datang ke sini selepas menghantar CikCha balik ke kolej dan kami singgah untuk solat sebelum meneruskan perjalanan balik ke KL.
Senibina Menarik
Difahamkan Masjid Sri Sendayan ini dibina dengan kos lebih RM100 juta itu adalah hasil seni dan arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.
Kebanyakan seni bina itu ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar.
Fakta Masjid Sri Sendayan
- Masjid ini diwakafkan oleh Tan Sri Abdul Rashid Hussain, pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB. Ini adalah masjid kedua diwakafkan oleh Abd Rashid selepas Masjid Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.
- Terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar
- Masjid ini mempunyai 2 menara, tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu menampung seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua dengan 800 jemaah dan dewan solat wanita dengan 800 jemaah.
- masjid itu turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.
- Kapasiti jemaah: 5,000 orang
Lokasi Masjid Sri Sendayan
Masjid Sri Sendayan terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan ini mula dibina pada 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019.
Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
+606 775 9119 inquiry@masjidsrisendayan.com.my
Koordinat:
3°00′16″N 101°40′22″E / 3.0043142°N 101.6726755°E Koordinat: 3°00′16″N 101°40′22″E / 3.0043142°N 101.6726755°E
Senibina
Masjid Sri Sendayan terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah)[1]. Masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.
Dalaman
Kebanyakan seni bina dalaman masjid ini ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar. Bahagian dalaman kubah utama dihiasi dengan cat emas 24k. Seni dalaman masjid ini menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.
Luaran
Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan tiga kubah kecil di bahagian laluan hadapan. Selain itu terdapat juga 2 menara di bahagian hadapan masjid.
Masjid Wakaf
Masjid ini diwakafkan oleh , Tan Sri Abd Rashid Hussain.
5 Comments
betul sis, ana suka sangat kalau dapat singgah solat di sini.. rezeki kan princess dah jadi warga negori selalu lah ronda-ronda N9 lepas nih, kami dulu ke Pilah tapi kejap je Kak Long cuma transit satu sem sementara kampus UiTM Tapah siap sepenuhnya..
ReplyDeleteya AJ, rasa tenang. Alhamdulillah, jadilah penutup seorang di Selatan yg dekat bukan Selatan jauh. Tu yg bestnya bila anak-anak belajar luar dari KL, mak2 mmg suka dapat jalan2 jugak kan..hehee
Deletesalam ziarah :) i pernah singgah kat masjid ni last year (rasanya), memang cantikkk
ReplyDeletecantik dan persekitaran pun tenang kan..
DeleteWahhhhh sukanya perkongsian ni. Udah lama teringin hendak ke sini. Semoga ada rezeki hendak solat di sini 1 hari nanti
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!