Aktiviti menjemput dan menghantar CikCha akan menjadi rutin kami sampailah dia habis belajar, rutin yang memang seronok la sebab boleh jalan-jalan dan makan-makan sambil dengar dia berceloteh pasal kursus, pasal rakan kelas dan rakan sebilik.
Hari Jumaat : Jemput CikCha
Memang umi tak lepas peluang kalau nak jemput CikCha, jadi umi balik awal 30 minit dari biasa sebab habibi nak gerak awal untuk elak kesesakan jalanraya.
Sebelum balik rumah tu kami singgah kat kedai Kopi Saigon di Sri Rampai sebab CikCha ni dah lama nak beli "Dark Series" yang dah dilancarkan sebelum dia masuk kolej.
Hari Sabtu : Cuci Mata Di IKEA
Hari Sabtu umi pulak sibuk dengan Dialog KRT bersama Ketua Balai Polis Wangsa Maju sementara habibi pulak ada tugasan tapi sempat la umi masak nasi lemak supaya rakyat kat rumah terjaga perut mereka. Ha, gitulah mak-mak kan. Lagipun program yang setengah hari pun dah buat rasa penat tapi berjalan lancar.
Sampai rumah, rehat dan habibi ajak pulak IKEA untuk survey perabut untuk bilik KY memandangkan katil kat bilik dia tu dah agak uzur.
Jadi kat sini pun kami spend masa berjam-jam belek itu ini, walau dah berkali ke sini. Bila dah jalan-jalan, memang kena isi perut kan sebab tadi brunch dengan nasi lemak jer. Apa yang pasti, kalau ke sini, ada je barangan yang dibeli walau tujuan asal tu nak survey jer.
Sebelum balik rumah, singgah pulak dinner kat kedai mamak sebab masing-masing dah lapar balik. Bak kata habibi, barulah boleh tarik selimut.
Hari Ahad : Hantar CikCha Balik Ke Nilai
3 hari CikCha di rumah, terasa singkat sangat dan apa yang pasti CikCha harus dihantar dbalik ke kolej. Jadinya lepas makan tengahari tu kami terus menghantar dia balik sebab dia nak balik awal walau curfew dia jam 7 malam.
Alhamdulillah, memang tak berapa risau selain dia seronok duduk asrama, kawan-kawan sebilik dia pun ok kesemuanya begitu juga dengan rakan sama kursus.
Baca Juga : CikCha Belajar Di Politeknik Nilai
Singgah MesaMall
Kat Nilai ni selain ada Aeon Mall, ada juga Mesa Mall yang ada kondo macam kat Setapak Sentral dengan pelbagai kemudahan seperti gym dan boleh bershopping.
Ni kali kedua kami singgah ke MesaMall sebab nak belikan air Spritzer untuk CikCha memandangkan sehari sebelum tu kami singgah ke Village Grocer WM tapi tiada saiz besar.
Dinner Di Dapur Thai Nilai
Kami singgah makan malam di sini lepas hantar CikCha yang nak masuk awal ke kolej, sebab dia sendiri dah order dinner untuk makan bersama kawan sebilik.
Baca Juga : Solat Dengan Tenang Di Masjid Sri Sendayan
2 Comments
Seronoknya JJCM dengan anak dara yang sedang belajar. Best kan dapat JJCM makan2 dekat tempat yang kita tak pernah singgah, etc
ReplyDeleteKuliner Thailand ini favorit saya. ❤️. Menu2 yg dicoba memang nampak sedap kak. Tempat pun cantik yaa.
ReplyDeleteSeru juga jalan2 dengan anak sekalian mengantarkan dia balik asrama. 👍☺️
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!