3 Kali Singgah Kedai Roti Paung Dan Pizza Arang Kayu Sebab Lokan Bakar Sedap

Bila kita sukakan sesuatu makanan dan kedai makan, mesti kita akan berulang pergi dan pergi lagi sampai jemu. Tu pun kalau jemulah kan. Begitulah bila 3 kali singgah Kedai Roti Paung dan Pizza Arang Kayu kat Sepang ni mulanya sebab teringat lokan bakar yang diberikan secara percuma (owner promotelah tu) dan kemudian seronok layan tart telur yang panas-panas


Roti Paung Dan Pizza Kayu Arang

Outing Ke Bagan Lalang : 4 Ogos

Kami jemput CikCha dan firkir nak singgah Masjid Sendayan, konon nak rehat dan makan kat sana tapi tiada wakaf, lagipun hujan pun agak lebat, jadi terus kami ke Pantai Bagan Lalang untuk makan bekalan nasi lemak.

Masa nak ke Bagan Lalang tu, KC Iman bagitau nak cari kedai roti paung tapi kata KY, kita singgah lepas ambil angin kat Pantai Bagan Lalang.




Sampai kat Bagan Lalang (PBL) kami bentang tikar dan menjamu makan bekalan nasi lemak yang dimasak, sempat pulak Cik Meya dan CikCha beli jajan, aiskrim dan belon buih. Sempat juga CikCha main belon buih dan dapat juga rehat sekejap ambil angin pantai. Tak tunggu lama bila hujan dah mula turun, kami gerak ke lokasi mencari roti paung.



Kedai Roti Paung & Pizza Kayu Api

Perniagaan pizza arang kayu ni cukup menarik sebab diusahakan oleh seorang gadis yang masih menuntut (Form 6) di halaman rumah keluarga jadinya business ni cuma dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad. 

Disebabkan roti paung tak ada, kami takeaway 2 pizza dan tuan punya kedai (mak si tukang buat pizza) tu belanja lokan bakar yang dibakar dalam ketuhar simen. 




Dalam perjalanan nak balik tu sempat kami borong buah naga yang cukup murah, ada yang dijual serendah 4 kilo RM10.  Bayangkan kami bawa balik dalam 10 biji buah naga yang mana tak akan dapat banyak tu kalau kat KL. Tak tahu pulak kat sini tempat penanaman buah naga. 

Destinasi seterusnya kami ke Aeon Mall Nilai untuk beli air mineral untuk CikCha tapi tak de pulak botol 5 liter jadi kami ke Messa Mall pulak dan terus pecut menghantar CikCha balik ke kolej. Dia harus berada di kolej sebelum jam 6 petang.


Bila tengok jam, rupanya dah jam 6 lebih dan perut mula berkeroncong, jadinya kami singgah Masjid Dato Klana Petra Undang Luak Sg Ujong untuk makan pizza dan lokan di wakaf yang disediakan. Bayangkan kami beli pizza ni dalam jam 1.30 petang dan dah beberapa jam tapi pizza tu masih lembut. 

Tak cukup pulak lokan yang diberikan, memang nak kena cari balik kata anak-anak. Sedap sebab tak berbau pelik dan sos thai yang diberikan tu cukup membuat lokan tu sedap walau dah sejuk.

Bila keluar dengan anak-anak yang dah dewasa ni memang makan tu satu kemestian, walau dah makan pizza tetap juga mereka lapar, jadinya kami singgah ke Wawa Seafood. Nanti-nanti umi share apa yang kami makan kat sini dalam entri yang lain.


Singgah Kali Kedua : 15 September

Alhamdulillah, dapat umi singgah dan bawa habibi singgah ke Kedai Roti Paung Dan Pizza Arang Kayu di sini.


Memang niat nak bawa habibi ke sini sebab dia kan suka ambil gambar dan semestinya dia suka bila tengok cara penyediaan pizza ni dan saya pulak dapat makan lokan. Adillah kan!


Kali ini kami order 2 piza dan bungkus 3 set lokan sebab KY dan KC tak ikut sebab ada hal masing-masing dan sebagai mak-mak, nak juga Ayong rasa tapi memang sah Angah memang tak akan makan tapi tak pe sebab pizza kan ada.




Kami order mushroom soup dengan garlic bread, tart telur dan 1 bekas lokan. Memang sedap makan waktu panas-panas terutama tart telur yang hampir buat bibir melecur sebab tak sabar. Selalu dapat makan tart telur yang dah sejuk tapi ni memang sedap tak boleh nak cerita. 

Mushroom soup ni pun recommended sebab terasa cendawan yang dihiris halus dan rasanya ni memang homemade mushroom soup bukan yang dalam tin.


Bawa Cik Cha Outing : 29 September

2 minggu tak jumpa Cik Cha, hanya video call tak cukup nak dengar celoteh si bongsu ni, jadi kami plan untuk outing dan bawa dia ke Pantai Bagan Lalang. Mana lagi nak pergi untuk rehat-rehat dan santai selain masuk mall di Nilai ni.


Dari Politeknik, kami terus ke Pantai Bagan Lalang untuk santai di pantai tapi perut dah mula lapar, jadi kami drive hingga ke hujung untuk cari kedai makan dan jumpa kedai Mak Ngah Asam Pedas.



Rasa asam pedas ni kira boleh la pada tekak umi walau kuah nampak pekat likat tapi bila makan makanan dah sejuk ni memang tak berapa best. Habibi play safe dengan ambil nasi goreng sementara kak cik Iman ambil nasi goreng kampung dan satu lagi dibungkus untuk cikcha. Portion nasi goreng memang banyak



Otw balik tu kami singgah beli buah naga merah dan buah naga yang isi putih yang lebih mahal harganya, RM16 sekilo. Mujur beli 2 biji sebab memang masam manis rasanya.


Kami singgah lagi ke kedai roti paung dan pizza arang kayu untuk minum petang. Kali ni kami makan 1 hidangan lokan, 1 set tart telur, mushroom soup dan pizza sebab KC Iman tersangat lapar. Memang dia ni kalau makan makanan macam ni memang suka betul.


Senyum lebar tuanpunya kedai sebab kami singgah lagi.

Kali ni kami bungkus 2 set tart telur dan 2 biji pizza untuk anak-anak di rumah. 

Selesai makan, kami gerak ke Politeknik untuk hantar CikCha balik.

Korang rasa umi akan singgah lagi takke kedai roti paung dan pizza arang kayu ni? InsyaAllah, akan singgah lagi sebab selain menu sedap ni, tuanpunya kedai pun ramah.


Post a Comment

5 Comments

  1. Kalau hidangan sedap dan puas hati memanglah berulang kali kita singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya wak, memang sedap sbb dibakar dengan pembakar gitu

      Delete
  2. Kalau hidangan sedap dan puas hati memanglah berulang kali kita singgah

    ReplyDelete
  3. bestnya makan pizza panas2 baru keluar dapur tu.

    ReplyDelete
  4. Saya tadi lihat juga beberapa YouTube yg mereview pizza kayu api ini. Menariiiik sangat ❤️❤️. Jadi teringin pula nak rasa. Lokasinya hanya di sekitaran rumah mereka yaa. Luas sangat halamannya. 👍. Pizza pun kliatan menarik.

    Tapi egg tart pun saya penasaran juga 😄❤️. Semoga kalo ke Malaysia lagi tahun depan, bisa mampir kesini juga.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!