Baru-baru ni umi dapat join kawan-kawan sekolah untuk trip jalan-jalan naik bas hop on hop off setelah sekian lama asyik tertunda. Bukan dengan kawan sekolah menengah tapi asyik tertangguh sebab ada yang masih lagi bekerja dan ramai juga yang sudah pencen tapi sibuk dengan pelbagai agenda.
Perancangan Menjadi!
Hari Sabtu, 9 November, seperti dijanjikan, umi dah sampai kat depan Plaza Sg Wang beberapa minit sebelum jam 9 pagi menaiki ehailing, tapi Intan dan Fazi dah sampai lebih awal rupanya. Awalnya bila umi confirm join, dah janji dengan habibi untuk breakfast berdua dan minta dia hantar naik motor ke ke lokasi tapi hari Jumaat tu habibi diperlukan untuk cover tugasan di Cyberjaya.
Ingat nak mintak KC Iman hantar tapi nampak penat sebab malam tu dia ada assignment, cik Meya pun nak bersiap ke BD parti anak bff dia kat Puchong. KY Amanda dah balik Nilai rumah suami dia. Angah Ammar dah ke tempat kerja dan Ayong pulak baru balik. Cik Cha pulak tak balik sebab kat kolej ada tugasan.
Sesampai Kak Anim, diajak kami breakfast duluan sementara tunggu Chik Som dan anak serta cucu dianya sampai. Yalah, masing-masing dah makin tua, sarapan kena dimakan walau ala kadar jer. 5 orang dengan 3 tosei tu pun tak habis sebab Intan dah siap bawa bungku kuih.
Bila dengan kawan-kawan ni, makan sikit pun dah kenyang sebab boraknya banyak dan ketawa pun banyak. Angin banyak masuk perut tu yang kenyang cepat. haha
Jam 9.30 kami dah terpacak kat kiosk untuk redeem tiket yang dibeli online dengan harga RM21 sebab ada promosi. Jimat RM9 seorang! Chik Som pun dah sampai jadi bolehlah kami ambil tiket.
City tour (14 stops)
Masa ambil tiket tu konsultan kat kaunter bagi penerangan yang kami boleh pilih nak naik bas City tour (warna merah) atau Garden Tour (warna hijau), ikut suka kami dan tiket pulak sah laku selama 24 jam.
Tiket ni boleh dipakai berapa kali pun boleh sampai esok hari sebelum jam 12! Kami boleh duduk dalam bas sepanjang perjalanan yang mengambil masak 2 jam atau turun ke pit stop yang kami pilih dan tunggu bas yang akan sampai dalam 20 - 30 minit.
Laluan City Tour
Bermula di Sg Wang Plaza - Masjid India - Kg Baru - Palace of Culture ( Titiwangsa, National Art Gallery, National Library) - Intercontinenatal - KLCC - Matic - KL Tower - Jalan P Ramlee - Aquaria/KLCC Park - Komplek Kraf - TRX - Bkt Bintang - Tengkat Tong Shin - Sg Wang Plaza
Kami tak turun dari bas sebab kalau turun nak kena tunggu bas dalam 20 - 30 minit. Kalau orang muda tu ok la boleh la jalan-jalan, ambil gambar bagai tapi malas la pulak. Kang dari trip 2 jam dah jadi berjam-jam dan extra penat.
Sampai kat pit stop terakhir, kami turun dan cari makan food court Jumpa di Sg Wang Plaza, makan santai-santai dan naik solat di tingkat 5.
Lepas makan dan solat tu sempat lagi kami ronda-ronda dalam shopping complex sebelum keluar untuk experience Garden Tour pulak
Garden Tour (14 stops)
Jam 2.15 masing-masing dah ambil tempat dalam bas di tingkat atas tapi duduk kejap hujan mencurah turuu, hujan yang renyai-renyai jadi makin lebat. Berlarilah kami masuk ke ruang bertutup dan berhawa dingin sambil mengharap hujan akan reda.
Alhamdulillah, hujan yang agak lebat tu reda dan kembali renyai-renyai tapi dek sebab nak nikmati tour, kami kembali ke ruang terbuka. Sesekali kena hujan, ok jer kan. Alhamdulillah, tak ada yang demam keesokkan harinya.
Laluan Garden Tour
Sg Wang Plaza - Swiss Garden - China Town - Central Market - Little India - KL Sental - National Museum - National Palace (Tugu Negara/ Botanical Garden) - Bird Park - Masjid Negara - Dataran Merdeka - Chow Kit - Sunway Putra - Sg Wang
Alhamdulillah, selesai 2 tour dan kami kembali ke Sg Wang Plaza untuk solat dan hi-tea. Memang Mak Nim ni lapar jer kerja dia, tapi tak gemuk-gemuk ahakss
Tip : Kena pastikan anda simpan tiket sepanjang tour dan tiket boleh digunakan selama 24 jam
Nak cantik nanti tunggu umi upload video kat youtube, baru boleh tengok keseronokan naik bas hop on hop off ni.
Fuhh, seharian kat luar berjimba dengan kawan-kawan ni memang seronok tapi tak seronoknya bila tunggu Grab yang accept job tapi dia masih berada jauh. Tunggu punya tunggu, akhirnya kami dapat naik Grab dalam jam 8 malam.
Sampai kat rumah habibi ajak teman dia dinner makan kue tiaw. Layankan jer lah, sebab dia dah bagi keizian untuk keluar berjimba kan.
Night Tour / KL City of Lights
Destinasi : Sg Wang Plaza - Saloma Link - KL Tower - Chinatown - Central Market - Little India - National Palace - KLCC - Sg Wang Plaza
Mengenai KL HOP ON HOP OFF (Day Tour)
- City Tour dan Garden Tour (RM30) : Beroperasi setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang, bermula di hadapan Plaza Sungei Wang dan berakhir di lokasi yang sama. Setiap bas akan tiba dalam 20 - 30 minit (waktu menunggu)
- KL Night Tour RM35) : beroperasi pada jam 8 malam SAHAJA, bermula di Plaza Sungei Wang dan berakhir di lokasi yang sama. Tempahan : pre booking sahaja
- Tiket-tiket boleh dibeli secara atas talian, di kiosk, dalam bas dan agent atau hotel yang berdaftar
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!