Semalam umi berkesempatan menonton Mereka Yang Tertewas, filem yang diadaptasi dari novel karya Hasanuddin Md Isa. Filem dengan genre keagamaan ini diarah oleh Dato' Zulkeflie M Osman dengan kos RM700k. Penggambaran filem ini dijalankan di sekitar Kuantan, Raub dan Temerloh bagi mendapatkan visual sepertimana di dalam novel popular ini dengan persediaan lebih 3 bulan dan penggambaran yang mengambil masa 20 hari.
Watak
Sinopsis
Mereka Yang Tertewas mengetengahkan sebuah cerita yang lebih berlatarbelakangkan penerapan Islam dalalm hidup sebuah kelompok masyarakat di Kampung Bukit Setugal. Tapa dari Kampung Padi Setempat beralih arah berhijrah ke tempat lain setelah maruah diri dan keluarganya dicermuh dan dicaci apabila ingin memperistrikan Mimah.
Tapa mengembara mencari penghidupan yag baru serta mendalami ilmu agama untuk melupakan masa silamnya. Tapa berhijrah ke Kampung Bukit Setugal dan memperisiterikan Jamilah anak murid tok gurunya serta menyebarkan syiar Islam.
Kesucian hati Tapa atau dikenali sebagai Lebai Pa disalahertikan oleh penduduk kampung tersebut kerana mereka beranggapan Lebai Pa telah menyebarkan ajaran sesat dan ingin berkuasa di dalam kampung tersebut. Lebai Pa berusaha untuk mengembalikan pegangan agama penduduk Kampung Bukit Setugal yang semakin goyah dengan hiburan dunia sehinggakan kebanyakan anak-anak muda kampung tersebut terjebat dengan perkara maksiat. Usaha Lebai Pa tidak sia-sia apabila mendapat sokongan Uda Puat, Mat Yasin dan Pudin.
Tohmahan demi tohmahan dilemparkan kepada Lebai Pa sebagai usaha untuk menggagalkan hasratnya menyebarkan agama tetapi pegangan hidup Lebai Pa yang banyak mencontohi sikap Rasulullah S.A.W. dalam menyebarkan agama menyebabkan Lebai Pa lebih bersemangat dan bersabar. Akhirnya Lebai Pa mampu mengubah pemikiran penduduk kampung untuk menerima Islam dan sedar atas kesalahan yang peranah mereka lakukan ke atas Lebai Pa.
Informasi Filem
Filem : Mereka Yang Tertewas
Tarikh Tayangan: 7 November 2024
Pengarah: Dato' Zulkeflie M Osman
Produksi: Tujuh Pelangi Maju Sdn Bhd
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!