Resipi Sup Keting Masak Sendiri Baru Puas Boleh Makan Banyak

Minggu lepas beli urat keting umi buat masak padang, kali ni beli lagi urat keting sebab cik Meya nak mintak umi buatkan sup memandangkan ada hidangan sambal sotong. Satu hidangan dengan urat keting berharga RM29 ni bila dimasak sendiri baru puas boleh makan banyak dan kalau makan kat kedai tu semangkuk pun dah berapa agaknya.


sup urat keting


Alhamdulillah, sedap sup urat keting yang bukan pertama kali dimasak tapi dah 2,3 kali rasanya dibuat sup sebab keting masak padang atau dipanggil masak minang ni lebih tinggi permintaannya kat rumah ni. Sesekali depa kena layan tastebud umi pulak kan. Baru adil.


Bahan-bahan

1 kilo urat keting

2 sudu rempah sup

2 sudu rempah kurma

 Kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang

 Air


Bahan dikisar

1 labu bawang besar

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 sudu besar serbuk lada hitam

  Garam dan serbuk perasa



Bahan hiasan

2 biji tomato , dibelah 4

1 biji lobak merah, dipotong nipis

Bawang goreng

Sedikit daun sup, dihiris


Cara Penyediaan


  • Basuh urat keting dan masukkan urat keting bersama hirisan halia ke dalam periuk, bubuh air secukupnya.  Rebus urat keting sehingga empuk. Hirisan halia adalah untuk hilangkan baru hanyir dan juga untuk melembutkan urat keting. Urat keting ni kalau direbus tanpa pressure cooker memang lama, makan masa 3,4 jam juga ya.



  • Bila urat keting dah empuk, masukkan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan juga kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih dan daun salam ke dalam rebusan urat keting tadi.

  • Masukkan pula separuh daripada daun sup sekali dengan batang serta akarnya.
  • Biarkan mendidih. Masukkan rempah sup dan rempah kurma. Renih dengan api sederhana dan biar mendidih.


  • Masukkan lobak merah dan tomato. Perasakan dengan garam secukupnya. Tutup api. Taburkan daun sup yang dicincang dan sedia untuk dihidangkan.


Baca Juga 

Post a Comment

0 Comments