Singgah Sarapan Pagi Di Kedai Kopi Chubani, Alor Setar Memang Puashati

Bak kata orang, balik kampung mesti nak makan ala-ala kampung! Sebenarnya duduk di bandaraya Kuala Lumpur ni memang banyak kedai makan dan kafe yang menyajikan makanan kampung seperti lempeng, ubik kayu rebus, pulut ikan masin yang sering disediakan  oleh orang dulu-dulu sebelum memulakan kerja di bendang, ladang getah. ladang kelapa sawit dan sebagainya



Kami check out dari apartmen penginapan dan terus mencari tempat untuk bersarapan sebelum ke masjid. Dah bagi tahu pada SiL yang kami akan terus ke masjid, jadinya perut anak-anak perlu diisi dahulu.

Kedai Kopi Chubani

Tengok pada senarai makanan pun dah rasa teruja bila nampak ada pulut ikan masin, peknga nyok (lempeng kelapa), roti bakar, telur 1/2 masak dan roti jala. Malah moi (bubur nasi) pun ada untuk sarapan pagi.

Sajian tengahari boleh didapati paa jam 1 tengahari seperti mee kiah, mee kari, mee bandung, laksa utara dan bihun sup utara dan ada set nasi panas dengan pelbagai pilihan lauk.


Lempeng kelapa pilihan hati habibi ni, cukup tebal dan mengenyangkan.


Pulut ikan masi tamban dan kelapa parut, jadi pilihan umi. 


Roti jala pilihan cik Meya ni rangup dengan kuah kari yang pekat sedap.


Roti Bakar ni pun tebal dan cukup mengenyangkan.


Masing-masing seronok dan puashati dengan pilihan untuk lapik perut sebelum hadir ke majlis akad nikah di masjid nanti.



Hiasan Dalaman Menarik 

Hiasan dalam kedai ni cukup menarik dengan mesin jahit diubahsuai menjadi meja makan, pelbagai jenis hiasan lama dan paling menarik tandas didalam sekbot (almari). Terdapat basikal tua menjadi hiasan dan memang serba menarik.


Lokasi


Nak ke kedai kopi Chubani ni cukup mudah sebab ianya terletak berdekatan dengan Masjid Aman, Alor Setar.


Alamat : No. 237, Kawasan Perusahaan Tandop Baru, Jalan Lencong Barat 05400 Alor Setar Kedah
Telefon : 017-573 0583

Post a Comment

2 Comments

  1. cie minat betul dengan kedai2 kopi macam ni. ada vibes2 zaman dulu lagi best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Cie. rasa teruja kan dgn deko kedai mcm ni dan food dia pun sedap

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!