Filem Babah Penuh Emosi Antara Bapa Dan Anak, Jom Tonton Dan Menangi Hadiah Percutian

Babah, mengupas kasih sayang mendalam dan sering tidak diungkapkan antara Isyak, seorang bapa yang punya masalah pendengaran dan Maya, anak perempuannya, Filem yang ditayangkan pada 5 Disember 20204 ini sangat menyentuh hati penonton di seluruh negara ini telah mencipta fenomena di seluruh Malaysia dan merupakan filem sulung terbitan Nads Media Entertainment

Filem Babah

Babah Kutip 6 Juta 20 Hari Tayangan

Semalam, umi berkesempatan menonton satu tayangan khas untuk media bagi meraikan sambutan luar biasa terhadap Babah. Penonton telah berkongsi pelbagai kisah peribadi di media sosial, menggambarkan bagaimana filem ini mencerminkan hubungan mereka dengan bapa masing-masing. Perkongsian ini telah menjadi tular, mencetuskan gelombang emosi yang terus membawa penonton ke pawagam.

Babah telah mencatat kutipan box office yang luar biasa sebanyak RM6 juta sepanjang 20 hari tayangan setakat ini, menjadikannya filem nombor satu di Malaysia. Pencapaian hebat ini turut membuka laluan kepada gelombang kedua penonton yang ingin menyaksikan kisah menyentuh hati ini.


Babak Menarik Dalam Babah 

Kempen Istimewa Menang Percutian

Sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia kami, kami dengan sukacitanya mengumumkan kempen istimewa. 

Penonton yang membeli tiket berpeluang memenangi hadiah percutian eksklusif, Kempen ini direalisasikan dengan tajaan daripada Ottoman Tour and Travels Sdn. Bhd.:

  • 2 tiket: Penginapan mewah di Langkawi Sembilan Resort.
  • 4 tiket: Percutian yang tidak dapat dilupakan ke Jepun.
  • 6 tiket: Perjalanan spiritual untuk Umrah atau pengembaraan ke Eropah.


Tarikh Tayangan Di Singapura

Perjalanan Babah masih belum berakhir. Dalam usaha kami untuk berkongsi kisah yang penuh emosi ini kepada khalayak yang lebih luas, kami dengan bangganya mengumumkan tayangan antarabangsa Babah di Singapura. 


Bermula 26 Disember 2024, Babah akan ditayangkan di enam lokasi Cathay Cineplex, termasuk Downtown East, Causeway Point, West Mall, Century Square, JEM, dan Clementi 321. Orang ramai di Singapura, dialu-alukan untuk merasai kedalaman emosi dan tema sejagat yang diketengahkan dalam Babah.


Mengenai Nads Media Entertainment

Nads Media Entertainment, yang sebelum ini dikenali dengan kepakaran dalam pengedaran filem dan drama, telah melangkah berani ke dunia penerbitan dan pemasaran dengan menerbitan dan mempromosikan sendiri filem Babah. Filem ini adalah bukti kekuatan penceritaan untuk menggerakkan emosi, memberi inspirasi, dan menyatukan masyarakat.

Post a Comment

0 Comments