Flea Market (Pasar Karat) AmCorp Mall Buat Peminat Barangan Lama Dan Antik

Sebenarnya dah lama habibi nak bawa kami ke Flea Market di Amcorp Mall ni tapi asyik tertunda sebab kalau boleh dia nak bawa semua anak gadis dia pergi tapi manakan boleh sebab cikcha kat kolej, KC Iman kadang kala ada kelas di Puncak Alam dan Cik Meya pun sama sibuknya. 

Tapi akhirnya dapat juga kami pergi walau hanya bertiga dengan KY Amanda tapi bagitau habibi, kita pergi dulu dan nanti boleh pergi lagi bawa anak-anak yang lain. Kami tahu ni pun dari habibi juga selepas dia balik dari tugasan kat sini kalau tak silap.

Flea Market Amcorp Mall

Flea Market Amcorp Mall ini dikatakan antara pasar karat yang paling tua atau paling lama bertahan di kawasan Lembah Klang. Ia dibuka sejak 1997 dan menjadi medan berkumpul buat pencinta barang antik yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berusia.


Jadi entri kali ni memang banyak gambar yang umi nak kongsi supaya kalau ada peluang, anda pun boleh singgah sini cuci mata.


Barangan Buat Peminat Barangan Lama


Terpandang beg kotak ni teringat bag sekolah rendah umi yang masih ada dalam simpanan dan teringat bag yang menyimpan pakaian setiap kali balik kampung. Beg besar tu Allahyarham abah simpan habis hayat abah dan kemudian dibuang waktu membersihkan rumah 3 tahun sudah. Tak ingat pasal apa dibuang.


Kat gerai ni memang kami teruja tengok jam yang berjenama dan masih berfungsi baik dan harganya pun boleh tahan, selain tu ada cermin mata original seperti Gucci, CD yang dijual dengan harga ratusan ringgit. Memang berkenan tapi bila fikir 2,3,4 dan 5 kali, tunggulah dulu kot kalau datang lagi, ada lagi dan duit ada lebihan, mungkin akan diambil. Mungkin.


Ada juga pinggan mangguk bunga kangkung yang sangat popular  yang dijual dalam set dan individu. Memang rasa nak beli tapi bila fikir balik mungkin kalau balik kampung kami boleh dapat dengan harga lebih murah. 

Tapi kalau beli tu kena fikir kat mana nak letak pinggan mangkuk ni pulak


Peniaga kat ni berbilang kaum tapi rata-rata mereka ni adalah peminat barangan lama dan rasanya meniaga pun disebabkan minat dan tahu dimana boleh mendapatkan barangan lama dan rare ni




Kalau ke sini kena naik hingga ke tingkat atas sebab ada banyak lagi barangan lama yang boleh didapati termasuk radio, piring hitam, hiasan rumah, mesin jahit, aksesori tembaga, seterika, tepak sirih, pakaian, permainan dan kedai bukan second hand


Koleksi majalah lama pun ada disini, jadi habibi kata apa kata kita pulak menjual kat sini sebab kami pun ada koleksi Gila-Gila, Gelihati, Majalah Remaja, Novel Tamar Jalis dan banyak lagi.


Kalau anda pengumpul tegar dan peminat barangan antik pasti tak ragu-ragu nak keluarkan wang untuk mendapatkan pelbagai koleksi yang dijual serendah RM10 hingga mencecah ribuan ringgit.



Fridge magnet pun banyak dan sangat menarik. cuma sekarang ni fridge magneta peti ais kat rumah dah tak lagi diletakan di peti ais sebab rasa semak sangat.



Pelbagai mainan kanak-kanak pun ada dijual termasuk pelbagai miniature yang disukai orang muda sekarang ni


Minat juga habibi dengan seluar codroy dan pelbagai jeans seperti Levis tapi harganya alahai. 

Memang bagi orang-orang seusia umi dan habibi, barangan lama yang ada dijual ni memang mengimbau nostalgia zaman datuk nenek dahulu yang boleh dikongsi bersama anak. 


Tiket bas lama dan jam jangka masa pun ada kat sini dan pastinya ada pembeli yang berminat juga rasanya.


Katanya, pasar karat ini juga pernah diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai pasar karat induk terbesar di negara ini.


Apa kos keluar dari poket?


Kat kedai buku second hand ni, umi beli 2 buah buku RM10 x2 buah) dari novel favorite, siapa lagi kalau bukan Danielle Steel dan KY belanja cincin tembaga berharga RM25. Memang lama juga kami kat sini terutama kat gerai cincin ni sebab tak tahu nak pilih batu warna apa.


Bagaimana Nak Ke Flea Market


Kedudukan pasar karat ni pun strategik, berada dalam bangunan Amcorp Mall bersebelahan dengan Lebuh raya Persekutuan dan sangat memudahkan pengunjung dari serata tempat datang.


Selain dari itu, anda boleh naik tren MRT & LRT di stesen Universiti dan berjalan kaki dalam 4 min sahaja.


Singgah Restoran A&W

Dah alang-alang kat Amcorp ni, kami singgah minum float kat A&W yang terletak di seberang Amcorp Mall. Lama sungguh tak ke sini sejak habibi dah berpindah ofis ke Ulu Kelang, Nak makan perut masih terasa kenyang, jadi kami cuma minum float dengan 1 scoop ice cream buat hilang craving dan sebungkus curly fries kongsi bertiga sementara KY pulak ambil ice cream.


Lepas selesai, kami ke destinasi seterusnya...Nak tahu, tunggu ler next entrinya nanti.

Post a Comment

3 Comments

  1. Ada teman saya yg memang sukaaa sangat barangan vintage. Tp dia lebih ke baju dan aksesoris. Kalo jumpa, pasti dibeli 😄. Akun IG dia pun isinya tentang fashion zaman 80an. Memang selalu ada penggemar bagi barangan lama seperti ini kan.

    Saya sendiri sekedar suka, tp nak beli rasanya tidak. Tak ada space penyimpanan 😄

    ReplyDelete
  2. tiket bas tu legend sangat...

    ReplyDelete
  3. lamanya market ni.. majalah tu legend.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!