Isu Poligami Dalam Drama Berbagi Suami Adaptasi Sinetron Indonesia

Drama Berbagi Suami, adaptasi sinetron Indonesia yang mengisahkan konflik pligami dalam perkahwinan yang sering menjadi polemik di kalangan masyarakat. Selain menyajikan hiburan buat penonton, drama ‘Berbahagi Suami’ juga turut menyelitkan perkongsian ilmu mengenai tanggungjawab lelaki selaku seorang ketua keluarga, hak isteri pada suami, hak ibu dan soal keadilan dalam poligami.


Drama Berbagi Suami

Drama Berbagi Suami

‘Berbahagi Suami’ mengisahkan tentang rumah tangga Dhani (Amar Bahrin) dan Bella (Elizad Sharifuddin) yang tergugat setelah Dhani memperkenalkan Aishah (Sharifah Husna) sebagai isteri  keduanya lantas menjerumus keluarga Dhani ke lembah berantakan. Ibunya, Lydia, dan mentuanya nekad untuk menghukum Aishah, namun terkesima apabila Bella bertegas menyokong tindakan suaminya. Bella kini berhadapan dengan dua hakikat kehidupan; menerima kehadiran Aishah sebagai madunya atau menerima hukuman dari jenayahnya yang disaksikan Aishah tidak lama dahulu.


Sinopsis Drama Berbagi Suami

Rumah tangga Dhani dan Bella tergugat setelah Dhani memperkenalkan Aishah sebagai isteri keduanya. Dhani menikahi Aishah untuk menjaga maruah dan membalas budi setelah gadis kampung itu merawatnya selepas Dhani terlibat dalam kemalangan. Namun, posisi sebagai isteri kedua tidaklah mudah bagi Aishah, terutamanya menghadapi keluarga Dhani yang berusaha memisahkan mereka. Dalam perjalanan cerita, terungkap bahawa Bella dan Aishah memiliki masa lalu yang terkait dengan sebuah pembunuhan. Bella bersikap ramah demi menjaga perkahwinannya tetapi dendam perlahan tumbuh setelah kegugurannya. Hubungan semakin rumit ketika Aishah dan Bella ternyata mempunyai ayah yang sama, sebuah fakta yang mengejutkan keluarga. Dhani berusaha adil, tetapi cinta terhadap Aishah semakin dalam, menimbulkan konflik baharu. 


Barisan Pelakon Dan Watak



Amar Baharin (Dani) | Siti Elizad (Bella) | Sharifah Husna (Aishah) | Dina Allisya (Sofea) | Zharif Ghazzi (Harris) | Ayunie Rizal (Zira) | Amy Mastura (Sabrina) | Ezu Hashim (Lydia) | Nazrief Nazri (Syafiq) | Yusra Akma (Arissa) | Amylea Azizan (Kak Bee) | Faizul Syaharin (Irwan) | Kuza Muzani (Hayati) | Wan Raja (Aaron) | Royce Iqram (Fitri) | Elly Arifin (Zurin) | Rian Shain (Farid) |  Riz Amin (Shahril) |  Qaralyana (Sherry) | Syafiq Dharma (Joshua)


Info Drama 

Tajuk Drama : Berbahagi Suami

Tarikh Siaran / Waktu : 2 Disember 2024 / jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat. 

Bilangan Siri : 65 episod

Produksi : Radius One

Pengarah : Uchee Fukada

Info siaran : Bermula 2 Disember 2024, setiap hari Isnin - Jumaat, jam 6 petang


OST Berbagi Suami

Tajuk: Berbagi Hati

Penyanyi: Wany Hasrita & Khai Bahar

Komposer & Lirik: Amylea


Tonton / Strim Drama

Drama ‘Berbahagi Suami’ disiarkan di Astro Prima (saluran 105), boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan Sooka untuk pilihan yang fleksibel. Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. 

Untuk info lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838. Tertakluk pada terma dan syarat.


Menurut Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Salleh, berkata, “Selain daripada terus memberikan drama yang baik, Astro juga terpanggil untuk menerbitkan naskhah yang bukan sahaja sekadar memberi hiburan, namun turun memberi ilmu yang bermanfaat buat semua penonton. ‘Berbahagi Suami’ bukan sekadar membincangkan persoalan poligami dari segi luaran, tetapi juga pelbagai aspek penting seperti faham keadilan, mengimbangi perasaan keluarga, memahami akibat atau natijah poligami serta perilaku seorang suami yang baik. Perlu ditekankan, naskhah ini bukanlah untuk menggalakkan poligami tetapi untuk mengetengahkan aspek-aspek yang wajar diambil kira dan ditimbang tara dalam mengharungi sesebuah perkahwinan.”


Post a Comment

0 Comments