Memang rezeki betul bila habibi bagitau dia dapat telur ikan parang, first time pulak tu sebab selalunya mudah nak dapat telur ikan tenggiri yang jadi kesukaan Cik Meya. Kalau ke pasar memang selalu yang kami cari telur ikan mayong, tapi sekarang ni susah betul nak dapat sebab ada orang dah dapat dulu. Memang rezeki diaorang kan.
Gulai Cili Api Telur Ikan Parang
Sepertimana sedapnya isi ikan parang, begitu juga sedapnya telur ikan parang ni lebih sedap dari telur ikan tenggiri tau. Kalau anda jumpa telur ikan parang ni, silalah beli, memang akan terus jatuh cinta.
Tapi awas, kalau dimasak kena betul-betul masak, kalau tak bau hanyir dan rasa hanyir.
Selain perlu dibasuh dengan bersih dengan tepung dan asam limau, penggunaan mangga telur ini akan menambah kesedapan gulai cili api. Isi mangga telur ini akan kembang dan lerai dari kulit dan rasa masam dari mangga ni memberi extra kesedapan pada masakan.
Bahan-bahan:-
Telur ikan parang / ikan mayong / ikan tenggiri1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
2 batang serai diketuk
5 biji mangga telur muda, dibelah
1 helai daun kunyit, dihiris
Garam secukup rasa
Bahan untuk dikisar
15 tangkai cili api3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 cawan air
Cara penyediaan:-
- Telur ikan dibersihkan dengan direndam dengan tepung dan limau kasturi dan dicuci bersih tapi hati-hati bimbang lapisan telur akan koyak dan telur akan pecah.
- Kisar cili api, bawang putih dan kunyit hidup hingga halus. Masukkan ke dalam periuk bersama serai yang diketuk dan semangkuk air, renih dengan api perlahan, kacau supaya jangan melekat bila kering.
- Masukkan mangga, dan santan cair, bila hampir mendidih masukkan telur ikan dan daun kunyit.
- Bila telur tu nampak dah separa masak, terbalikkan dengan cermat ya kalau tidak telur tu akan pecah dan masukkan santan pekat, kacau dengan perlahan supaya kuah tidak pecah minyak.
- Akhir sekali, peraskan dengan garam secukupnya. Siap!
Nota :
- Mangga telur rasanya masam tapi ini yang menyedapkan gulai cili api dan isi mangga telur akan mengembang dan menjadikan kuah agak pekat dan sedap.
- Kalau tiada mangga muda, boleh guna buah belimbing atau guna asam gelugur.
Baca Juga : 8 Pelbagai Resepi Masak Lemak Cili Api
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!