Servis Pest Control Je Mampu Tangani Masalah Pepijat Di Rumah, Lega Dapat Tidur Selesa

Masalah pepijat di rumah dah agak lama tapi tak serius dan masih dapat ditangani bilamana habibi akan bangun tengah malam dan guna torchlight untuk tangkap dan bunuh serangga ni. Kiranya agak lama juga masalah ni, kami guna pelbagai usaha antaranya letak daun durian belanda, kulit durian dan ubat semburan. Masalah tetap tak boleh selesai dan berjangkit ke bilik anak-anak.


Bagaimana Pepijat Ada Kat Rumah?

Tak tahu, tapi yang kita semua tahu, pepijat ni senang berpindah dan tempat yang sering ada pepijat adalah di katil hotel dan mereka boleh merayap ke beg serta pakaian sewaktu kita menginap dan bila balik, mereka pun ikut sekali.


Bila masalah pijat kat rumah ni, habibi memang layan bangun tengah malam dan bunuh pepijat ni, kekadang sampai 4,5 ekor sementara umi syok tidur walau sesekali tu tergaru-garu. Mujur kulit kami sekeluarga ni tak over sensitif kalau tak memang calar balar atau berkudis disebabkan pijat ni


Baca Juga  : Kami juga cuba hapuskan pepijat dengan pelbagai cara tapi tak berhasil sangat.

 

Masalah Pepijat Di Rumah Bonda

Beberapa bulan sudah abang Ngah bagitau yang bilik abah ada pijat dan kami buang comforter lama dan ternampak kesan gigitan pada badan bonda dan bila diselidik, memang pepijat dah bertelur dan berumah tangga di tilam yang bonda tidur selama ini.


Sebelum dibuat tu umi ambil tilam tu dan spray serta letak di jemuran supaya kena panas tapi jujur cakap memang menggerikan bila nampak telur, pijat dewasa dan anak pijat sehalu-halusnya merayap kat tilam 


Nak dijadikan cerita, Kak Ndak masukkan tilam ke dalam rumah sebab hujan dan kemungkinan ada yang jatuh ke karpet hingga bila kami tidur di ruang tamu, gatal-gatal kena gigit. Bila bangun check, memang ada pepijat.


Memang tidur malam tu penuh ketakutan sebab bimbang dengan makhluk yang halus, tak nampak tapi know know tergaru-garu dan kesan gigitan yang bukan 2,3 tapi banyak. Memang trauma sungguh.


Nampak tak pepijat dewasa dengan telur-telur yang memutih tu. Bila umi angkat tilam bonda ni, memang ngeri rasa sebab punyalah banyak pepijat dah bersarang.


 
Kat bahagian ni ada pepijat yang kecil dengan warna coklat terang, punyalah laju diaorang ni. Entah-entah didalam bahagian tilam ni pun dah bersarang sakan, jadi umi tak buka cover tilam bonda ni.


Tilam ni tilam dari katil yang macam kat hospital tu, disediakan oleh Veteran ATM, sayang tilam ni terpaksa dibuat kerana terlalu banyak telur dan pepijat kat setiap sudut tilam ni.


Maka 24 Mei lalu, tilam dah selamat dibuat dan sebelum tu umi dah bungkus elok2 supaya pijat mahupun telur tak tertanggal dan melekat kat adik.


Bukan tilam ni saja dibuang, tilam kat bilik abah, comforter dan bantal pun kami buang sebab tak sanggup nak cari dan bunuh pepijat ni yang dah banyak. Takut juga silap-silap ada yang melekat kat baju sendiri dan bawa balik.


Cari Servis Pest Control

Dengan bantuan en Google, umi mula mencari servis pest control dan temui tapi mereka tak boleh datang cepat sebab ada tugasan lain.

Dalam dok mencari lagi, adik cef bagi no untuk dihubungi, katanya dia pernah dapat bantuan pest control dekat kedai dia buat roti dan kenallah pegawai yang mengawal selia tugasan pest control yang bernama  En Azman.


Proses Pest Control

En Azman terangkan yang servis pest control untuk pepijat ni akan dibuat selama 3 kali dan InsyaAllah dalam tempoh tu pepijat akan terhapus




Sekarang ni bonda boleh tidur dengan selesa dan rumah umi pun sama, selepas 3 kali sesi penyemburan, dah tak ada pepijat dah tapi tetap kena berhati-hati sebab mana tahu ada saki baki yang tunggu masa untuk berkembang.



Hubungi Pest Control

Kalau ada sesiapa yang perlukan perkhidmatanpest control, boleh hubungi secara terus kepada pegawai  En Azman - 012653 7243

Post a Comment

0 Comments