Masalah pepijat di rumah dah agak lama tapi tak serius dan masih dapat ditangani bilamana habibi akan bangun tengah malam dan guna torchlight untuk tangkap dan bunuh serangga ni. Kiranya agak lama juga masalah ni, kami guna pelbagai usaha antaranya letak daun durian belanda, kulit durian dan ubat semburan. Masalah tetap tak boleh selesai dan berjangkit ke bilik anak-anak.
Bagaimana Pepijat Ada Kat Rumah?
Tak tahu, tapi yang kita semua tahu, pepijat ni senang berpindah dan tempat yang sering ada pepijat adalah di katil hotel dan mereka boleh merayap ke beg serta pakaian sewaktu kita menginap dan bila balik, mereka pun ikut sekali.
Bila masalah pijat kat rumah ni, habibi memang layan bangun tengah malam dan bunuh pepijat ni, kekadang sampai 4,5 ekor sementara umi syok tidur walau sesekali tu tergaru-garu. Mujur kulit kami sekeluarga ni tak over sensitif kalau tak memang calar balar atau berkudis disebabkan pijat ni
Baca Juga : Kami juga cuba hapuskan pepijat dengan pelbagai cara tapi tak berhasil sangat.
Masalah Pepijat Di Rumah Bonda
Beberapa bulan sudah abang Ngah bagitau yang bilik abah ada pijat dan kami buang comforter lama dan ternampak kesan gigitan pada badan bonda dan bila diselidik, memang pepijat dah bertelur dan berumah tangga di tilam yang bonda tidur selama ini.
Sebelum dibuat tu umi ambil tilam tu dan spray serta letak di jemuran supaya kena panas tapi jujur cakap memang menggerikan bila nampak telur, pijat dewasa dan anak pijat sehalu-halusnya merayap kat tilam
Nak dijadikan cerita, Kak Ndak masukkan tilam ke dalam rumah sebab hujan dan kemungkinan ada yang jatuh ke karpet hingga bila kami tidur di ruang tamu, gatal-gatal kena gigit. Bila bangun check, memang ada pepijat.
Memang tidur malam tu penuh ketakutan sebab bimbang dengan makhluk yang halus, tak nampak tapi know know tergaru-garu dan kesan gigitan yang bukan 2,3 tapi banyak. Memang trauma sungguh.
Bukan tilam ni saja dibuang, tilam kat bilik abah, comforter dan bantal pun kami buang sebab tak sanggup nak cari dan bunuh pepijat ni yang dah banyak. Takut juga silap-silap ada yang melekat kat baju sendiri dan bawa balik.
Cari Servis Pest Control
Dengan bantuan en Google, umi mula mencari servis pest control dan temui tapi mereka tak boleh datang cepat sebab ada tugasan lain.
Dalam dok mencari lagi, adik cef bagi no untuk dihubungi, katanya dia pernah dapat bantuan pest control dekat kedai dia buat roti dan kenallah pegawai yang mengawal selia tugasan pest control yang bernama En Azman.
Proses Pest Control
En Azman terangkan yang servis pest control untuk pepijat ni akan dibuat selama 3 kali dan InsyaAllah dalam tempoh tu pepijat akan terhapus
Sekarang ni bonda boleh tidur dengan selesa dan rumah umi pun sama, selepas 3 kali sesi penyemburan, dah tak ada pepijat dah tapi tetap kena berhati-hati sebab mana tahu ada saki baki yang tunggu masa untuk berkembang.
Hubungi Pest Control
Kalau ada sesiapa yang perlukan perkhidmatanpest control, boleh hubungi secara terus kepada pegawai En Azman - 012653 7243
1 Comments
Bagus service pest control boleh matikan segala pest yang ada kat rumah.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!