Masuk jer dalam kereta, habibi suruh call cikcha. Taklah rasa pelik sebab mungkin nak pastikan dia dah bangun dari tidur. Panggilan disambut dan kedengaran suara cikcha yang serak. Mungkin sebab berjaga malam.
Simmy Boy 14.12.2024
Sampai di depan pintu, cikcha bukakan pintu dan bagitahu yang Sim dah mati. Kelu sekejap. Ingatkan hanya gurauan sebab dah banyak kali umi cakap bilalah Sim nak mati sebab kesian tengok dia. Sejak dua menjak ni asyik nak keluar dan warna bulu pun dah tak putih gebu gebas. Bukan tak nak bagi keluar tapi dia kucing buta. Bila bagi keluar, menonong dia sampai ke seberang jalan tak macam sebelum-sebelum ni dia akan lepak di pintu belakang rumah jiran.
Kisah Sim Hilang
Pernah beberapa hari lepas dia hilang, puas Cik Meya cari tak jumpa dan bila ditengok pada cctv, nampak dia keluar waktu Cik Meya dan habibi pergi sidai baju dalam jam 10 pagi dan dah hampir petang baru perasan dia tiada dalam rumah.
Puas Cik Meya dan Cik Cha mencari waktu tengahari yang panas lit lit tapi tak jumpa. Dalam hati berdoa, kalau dia segera dijumpai walau dalam apa keadaan sekalipun dan yang penting kalau dia mati, nak pastikan dia dikuburkan seperti mana kucing-kucing lain. Ada juga kucing yang hilang dan tak tahu apa khabar mereka.
Akhirnya Sim dijumpai dekat kedai Bang Oun dalam jam 10.30 malam. Hampir 12 jam dia hilang dan keadaan dia basah mungkin sebab jatuh longkang. Kesian sungguh Sim.
Sim Hilang Lagi
Kali kedua (hari Khamis, 12 Disember 2024) dia hilang dan jenuh Cik Meya dan Cik Cha cari, tidak dijumpai. Bertambah risau sebab petang tu hujan terlalu lebat sampai ke malam. Waktu umi pergi jemput KC Iman kat stesen LRT pun umi drive slow untuk tengok-tengok kalau terserempak dengan Sim dan kemudian umi pergi jemput habibi di pejabat sebab hujan lebat mencurah.
Waktu lalu depan kedai Bang Oun, habibi slowkan kereta untuk kami tengok kot-kot ada Sim tapi tak nampak. Hujan masih mencurah dan memang tak hilang rasa kesian, bagaimana keadaan dia dengan hujan lebat, kesejukan dan hilang arah tuju.
Rupanya bila hujan agak reda tapi masih turuncik Meya dan KC Iman mencari lagi, tapi tak jumpa sementara umi pulak dah ke rumah bonda untuk rutin bermalam. Tup-tup jam 9.30 malam, umi tengok kat grup WA family, Sim telah dijumpai!
Bila ditanya kat mana jumpa dia, rupanya dia tidur di bawah katil KY Amanda dan tiba-tiba dia keluar dari bawah katil tu pun sebab nak kencing. Aduhai Sim oh Sim.
Lega.
Punca Kematian Sim
Tak tahu tapi dia macam agak susut tapi masih berat. Kata Cik Meya, Sim dah macam tak ada selera nak makan.
Sim pulak beberapa ni asyik mengiau jer nak keluar rumah tapi memang tak dilepaskan sebab takut dia hilang tapi dia ni bijak, pantang dengar pintu dibuka memang cepat menyelinap keluar.
Kalau dari sangkar, memang menonong dia laju nak lepak di luar tapi sejak Cik Meya nampak dia kat seberang blok lain, memang tak dibenarkan langsung dah.
Baca Juga : Sim Dah Dimandulkan di SPCA
Leman Juga Dah Mati
Leman ni anak Rara, cucu Rey dan kucing yang cukup baik. Dia akan masuk ke dalam rumah untuk tidur bila waktu panas.
11 hari Leman sakit tak tahu apa puncanya. KY fikir mungkin dia kena sawan.
Beberapa hari sebelum Leman terlantar tu, dia dah seakan lemah, ada luka pada lengan kanan hingga nampak kulit. Dia asyik baring dan tak langsung aktif. Cik Meya rawat dia dan nampak dia makin pulih, boleh melompat ke kerusi dan makan tetap macam biasa.
Tapi tak lama, lepas luka tu nampak baik, Leman kembali terbaring hingga kami ingat dia dah nak mati. Sesekali dia cuba angkat kepala pastu rebah balik. Cik Meya rawat, bagi dia makan melalui syringe dan apa yang merisaukan kami akan balik kampung dalam beberapa minggu lagi.
Risau kalau dia masih dalam keadaan begitu, siapa yang akan bagi makan kelak. Kata cik Meya, harapnya Leman sihat seperti sediakala tau kalau dia nak mati, biar mati sebelum kami semua bercuti.
Beberapa hari lepas nampak Leman macam tiada tanda nak sihat, habibi dah korekkan kubur tapi dari hari ke sehari dia masih dalam keadaan terbaring.
2 hari sebelum kematian, Leman dah boleh angkat kepala tegak dan buka mata. Memang harap Leman sihat.
Tapi akhirnya Leman pergi juga, dan dia dah tak sakit lagi.Kami tetap rindu Leman yang suka jelir lidah!
Leman Dan Adik-Beradik
Leman ni dilahirkan oleh Rara pada kelahiran ke 3 dengan 5 adik beradik. Nama diaorang ni unik dengan nama orang Melayu iaitu Ali, Abu, Leman, Senah aka Leha dan Yen. Leha dan Yen ni pulak kucing betina.
Abu mati terlebih dahulu sebelum ibunya Rara (kena langgar, dan diletakkan ditepi jalan) Ali hilang sementara Yen juga hilang selepas melahirkan anak kali kedua.
Leman dan Leha ni masih kekal hingga Leman mati dan keduanya macam tak gatal langsung.
2 Comments
Sedih sangat kan kalau kucing kesayangan kita mati. Pernah ada hamster, mati sebab hanyut banjir. Kami ke KL minta kawan jagakan, rumah dia naik air banjir dan hanyut. Ajalnya sebegitu.
ReplyDeletealaa.... terbayang sim tu..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!