Kari Jepun ni dah beberapa kali Cik Meya masakkan sejak tahun lepas tapi asyik lupa nak ambil gambar dan video, know know dah siap masak dan sedia untuk dimakan. Mana taknya, cukup mudah dengan pes/kiub ni. Malahan bahan-bahan pun tak perlu banyak dan tak susah pun.
Bahan-bahan
Ni dia, bahan penting dalam kari Jepun sama macam masak kari, kena ada rempah dan inilah rempah dalam bentuk kiub yang memudahkan dan senang untuk dimasak. Di dalam kotak ni ada 12 keping/kiub.
Pes kari jepun Vermont - beli kat sini
1 biji bawang holland, dipotong dadu
2 biji kentang, dibelah dan dipotong
2 biji lobak merah dibelah dan dipotong
2 sudu lada hitam kisar
Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak dan tumis bawang holland hingga naik bau dan lembut.
- Masukkan ayam yang telah dipotong, kacau dan bila isi ayam kelihatan masak, lada hitam kisar (kalau suka pedas, boleh lebihkan), kentang dan lobak merah.
- Bila kentang dan lobak merah sudah nampak lembut, masukkan air dan pes kari Jepun. Terpulang berapa banya nak dimasukkan bergantung pada berapa banyak ayam yang dimasak.
- Masak hingga pes/kiub tu lebur dan sebati dengan kuah. Kacau sesekali supaya isi ayam tidak melekat dan renih hingga isi ayam betul-betul masak dan sebati.
- Kepekatan kuah bergantung kepada berapa lama kuah dimasak, lagi lama dimasak, kuah akan mengering dan menjadi pekat.
- Tak perlu tambah garam kerana pes ni sudah cukup perasanya tapi kalau anda kuat makan makanan masin, tambah saja jika suka
Dah siap dan sedia untuk dimakan. Tak perlu lauk lain dah, kari ayam secukup rasa dan sedap dimakan dengan nasi beras Sumo - beli kat sini. Tapi guna beras wangi atau beras biasa pun dah sedap.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!